CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seriau! Lelaki Tersepit Di Eskalator Kompleks Pertama Sampai Patah Kaki

4-11-2019 11:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5303| Komen: 31

Lelaki berusia 49 tahun berdepan detik cemas apabila kakinya tersepit pada eskalator di Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, pagi semalam.

Berita Harian melaporkan, kejadian itu menyebabkan mangsa patah kaki kanannya.



Kredit foto: BH Online

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (PGOKL) mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 10.01 pagi sebelum mengerahkan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa ke lokasi.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, kaki kanan mangsa yang berusia 49 tahun itu didapati mengalami kecederaan, dengan kaki kanannya tersepit pada eskalator di pusat beli belah berkenaan.

“Anggota bertugas kemudian bertindak mengeluarkan kaki kanannya yang tersepit sebelum diberikan rawatan kecemasan,” katanya. - CARI

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TravellingBear 3-11-2019 01:01 PM
10 pagi??? Baru nak bukak shopping malls
Quote Pink_Purple 3-11-2019 01:14 PM
takutnya sampai patah kaki
Quote awaynepian 3-11-2019 02:45 PM
Mana nih?? Sunway putra mall??
Quote zorrro_03 3-11-2019 03:49 PM
dedahkan laaaa jenama dan origin produk tu...  jabatan berkenaan kena pantau isu ni.  banned jenama dan negara pengeluar.  tak selamat laaa gini.  setan betul puak2 nak kaya cepat kedekut maintenance.   
Quote nasbab86 3-11-2019 04:13 PM
ade terbace kt fb. kate kt kompleks pertama. jln TAR
Quote AbukRokok 3-11-2019 07:04 PM
makin banyak.... ban pergi mall
sbb semua mall xde tangga manual
Quote crazybeach 3-11-2019 07:06 PM
kat pertama complex

[youtube]MJlFkt2DDYg[/youtube]

Quote miss_baby 3-11-2019 07:34 PM
nasib baik patah jer..
so still ada kaki lg kan..
takut putus terus jer..ngeri
Quote Pearlapple 3-11-2019 08:17 PM
Edited by Pearlapple at 3-11-2019 08:18 PM

takutnya nak naik escalator lepasni ..
Nak naik lif trauma, pakai tangga jelah selamat & sihat
Quote gigimukelabu 3-11-2019 08:28 PM
Takutnya nak gi mall pasni. Meols dok rumah je lah.
Quote Pixie902 3-11-2019 08:32 PM
Tersepit sebab selipar getah tu ke? Mungkin hujung selipar tu terselit kat celah antara anak tangga tu...
Quote johan-adx 4-11-2019 08:27 AM
ngeri tengok..
Quote paz 4-11-2019 08:32 AM
Takutnya, Paz kalau nak escalator takut betul nak pijak kat mula dan akhir escalator. Dan kagum tengok orang naik escalator bila nak sampai boleh meloncat yer. Ngeri nak pikir.
Quote bulalof 4-11-2019 09:31 AM
Pertama Complex, mungkin uzur dah escalator tu, sama uzur dengan bangunan tu.
Quote kucingitam 4-11-2019 10:03 AM
takut dgr..dah macam final destination...eee ngeri..
Quote Modngengade 4-11-2019 10:30 AM
nasbab86 replied at 3-11-2019 04:13 PM
ade terbace kt fb. kate kt kompleks pertama. jln TAR

kompleks pprt ker....no wonder la

Quote AbukRokok 4-11-2019 11:22 AM
Pearlapple replied at 3-11-2019 08:17 PM
takutnya nak naik escalator lepasni ..
Nak naik lif trauma, pakai tangga jelah selamat & sihat

klu hari2 pakai tangga...sakit lutut... menghauskan tulang rawan pula


Quote hawk77 4-11-2019 11:27 AM
Pakai selipar memang bahaya naik escalator. terutama kasut Croc ..

Elok pakai kasut yg sempurna. itu lebih baik bagi kamu.
Quote CARI-MAL 4-11-2019 11:38 AM
Lelaki berusia 49 tahun berdepan detik cemas apabila kakinya tersepit pada eskalator di Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman, pagi semalam.


Berita Harian melaporkan, kejadian itu menyebabkan mangsa patah kaki kanannya.




Kredit foto: BH Online




Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur (PGOKL) mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 10.01 pagi sebelum mengerahkan enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa ke lokasi.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian, kaki kanan mangsa yang berusia 49 tahun itu didapati mengalami kecederaan, dengan kaki kanannya tersepit pada eskalator di pusat beli belah berkenaan.

“Anggota bertugas kemudian bertindak mengeluarkan kaki kanannya yang tersepit sebelum diberikan rawatan kecemasan,” katanya. - CARI

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.229931 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top