Malang nasib kanak-kanak lelaki yang maut dibelasah lelaki tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke sekolah. Memetik Shanghaiist, Luo Qi, 9, dibunuh di Hunan, Changsha pada Selasa lalu.
Difahamkan, Luo Qi baru sahaja keluar rumah menuju ke sekolah apabila dia tiba-tiba dikejar lelaki tidak dikenali. Menurut media tempatan, mangsa sempat melarikan diri sejauh 10 meter sebelum terjatuh, memberi kesempatan kepada penyerangnya untuk duduk di atasnya dan mula membelasah kanak-kanak itu. Ahli keluarga mangsa memberitahu wartawan bahawa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mangsa dibelasah selama beberapa minit. Sebuah klip video yang dikongsi di media sosial memaparkan suspek sedang duduk di atas mangsa sambil melambai-lambai pemutar skru ke arah orang ramai yang hanya memerhati dari jauh.
Sebuah lagi video memaparkan suspek ditahan orang awam dan dikerumuni penduduk setempat, manakala sebuah lagi video menunjukkan ibu mangsa sedang meratapi kematian anaknya. Menurut laporan, ambulans tiba 30 minit selepas serangan itu, namun mangsa sudah meninggal dunia. Pasukan perubatan mengesahkan, mangsa meninggal dunia akibat dicekik selain mengalami beberapa kecederaan parah pada tangannya. Difahamkan, ibu mangsa pitam selepas polis membacakan laporan kejadian kepadanya. Pada Khamis, polis mengumumkan suspek yang ditahan bernama Feng dan berusia 30 tahun. Sementara itu, penduduk setempat mendakwa lelaki terbabit mengalami masalah kesihatan mental. Feng bagaimanapun dilaporkan mungkin tidak akan dipenjarakan atau menerima hukuman lain, sebaliknya dia akan dimasukkan ke institusi mental. - CARI
|
chicozinn replied at 11-11-2019 02:28 PM
yang org ramai pun xreti nak terajang ke org gila tu b4 budak tu mati kena cekik??
reddots replied at 11-11-2019 02:49 PM
apa nak heran, kat sana mmg mcm tu.. walau depan mata sekali pun, org keliling mmg x kan bantu.. m ...
Kurex replied at 11-11-2019 01:25 PM
kebalnya.......
Kurex replied at 11-11-2019 01:25 PM
kebalnya.......
reddots replied at 11-11-2019 02:49 PM
apa nak heran, kat sana mmg mcm tu.. walau depan mata sekali pun, org keliling mmg x kan bantu.. m ...
tupaiterbang replied at 11-11-2019 05:41 PM
yg langgar smp budak2 mati beramai tu terlepas elok ja
diss69 replied at 11-11-2019 04:25 PM
Xfhm betul undang2 deorang ni..
ADVERTISEMENT