CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Kalau Ban Netflix, Saya Akan Baring Depan Finas Tu"- Sharifah Sakinah

19-11-2019 10:34 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 15492| Komen: 111|Original author: natrahn

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang juga pengarah popular, Ahmad Idham menggesa pihak kerajaan untuk menapis kandungan Netflix selepas menerima beberapa keluhan daripada ibu bapa. 


Kredit Foto - Instagram Ahmad Idham


Bagaimanapun, kenyataan dan cadangannya itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna dikecam hebat oleh pengguna media sosial.

Terbaharu, Ahmad Idham sekali dikecam sehingga trending di laman Twitter selepas dikatakan pihak FINAS bersetuju untuk bekerjasama dengan sebuah platform penstriman video tempatan yang dikenali sebagai Aflix.

Kredit foto: Twitter

Kerjasama ini mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang mendakwa pengarah tersebut seperti sengaja menimbulkan idea tersebut (filter Netflix) kerana ingin menaikkan jenama platform Aflix ini.


Sementara itu, Sharifah Sakinah menerusi laman instagramnya berkata jika kerajaan meneruskan hasrat tersebut, dia dan pengguna lain tidak teragak-agak untuk menyuarakan bantahan.

Kredit Foto - Instagram Sharifah Sakinah + FB Fahmi Reza

Menurut Sakinah, dia akui di dalam platfom itu barangkali terdapat kandungan yang tidak sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak. 

Namun baginya, semua itu boleh dikawal dengan ciri dan langkah keselamatan kandungan yang sememangnya boleh ditetapkan  sendiri oleh pengguna.


"Please jangan kacau Netflix. If the government wants to ban or filter Netflix I'm gonna baring depan finas tu dengan kawan2 ramai2. Boleh singgah zoo negara sekali.... 

"Cause it is unfair and inconsistent, what about app like Wechat or Youtube????... "

Baca lanjut :


Rata-rata pengikut Sakinah di laman Instagram turut bersependapat dengannya kerana menganggap idea tersebut seperti tidak adil buat pengguna seperti mereka.




Betul juga kata Sakinah kan. Lagipun, apa guna kerajaan memperkenalkan internet jalur lebar berkuasa tinggi kepada rakyat kalau rakyat tak dapat nak guna untuk  menonton apa yang mereka suka. 

Apa pendapat anda? - CARI 

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote papadomku 19-11-2019 10:59 AM
Ee.. sibukla nak ban netflix. Ada jugak nanti aku join kinah baring depan finas {:run
Quote boredomla 19-11-2019 11:02 AM
Dah dowgrade astro beralih ke netflix pastu nk ban. Marah ni
Quote Orix 19-11-2019 11:03 AM
hahahhahahaa ayat last kinah tu WINNNN
Quote carly_lah 19-11-2019 11:05 AM
apa yg best netflix, iflix etc ni? carly x pernah subscribe...
Quote electricopop 19-11-2019 11:08 AM
Heyyy aku terminate Astro, HyppTV semua sebab Netflix je okayyy. Janganlah isu 'unethical' ni punca nak kene banned. Xde sape nak subsribe Aflix bodddsss kau tu CEO Finas!!!
Quote lwyl 19-11-2019 11:09 AM
carly_lah replied at 19-11-2019 11:05 AM
apa yg best netflix, iflix etc ni? carly x pernah subscribe...

Cuba free trial Netflix selama sebulan. Kalau best terus subscribe.
Quote Fettybombom 19-11-2019 11:17 AM
Aku teringin nk tgk dia baring dpn finas tu
Quote realist_13 19-11-2019 11:19 AM
Ethical content katanyew... meleis much!
What does that even mean
Quote umbut 19-11-2019 11:27 AM
Sibuk je nak ban bagai.. kan ada parental control...  mak pak tolong guna parental control... adult yg dah dewasa kahwin pun ko nak soh tapis ke..
Quote fliphair8 19-11-2019 11:27 AM
hmmm.....ni sume deham lembam punya pasai...takde sape pun komplen ko jek yg over...pi main jauh2 nun...
Quote iriz88 19-11-2019 11:27 AM
Boleh laa aflix upload crita ceo ni time dia jd hero tuu. Tengok ethical ke idokkk heheh.
Quote chicozinn 19-11-2019 11:46 AM
best sgat ke netflix ni?meollss noob bab2 ni sbab tgan xberjahit hp sgat kat umah
Quote wordlife 19-11-2019 11:52 AM
Netflix tu skrg jd platform utk family berkumpul ramai2 sambil menghabiskan masa. Orang dh muak dgn Asteruk jd backlash mcm ni mmg sudah dijangka.
Quote keknaih 19-11-2019 12:02 PM
lwyl replied at 19-11-2019 11:09 AM
Cuba free trial Netflix selama sebulan. Kalau best terus subscribe.

iols pun pasal free trial tulaa terus subcribed. lagipun senang bila travel with kid nak nak pulak naik airasia, download movie sesiap so that ada laa flight entertainment
Quote September14 19-11-2019 12:11 PM
Knpa dia sibuk nk kacau pguna Netflix. Baik dia bising2 pasal astro tu bnyk iklan n cter ulang2.
Quote lwyl 19-11-2019 12:15 PM
keknaih replied at 19-11-2019 12:02 PM
iols pun pasal free trial tulaa terus subcribed. lagipun senang bila travel with kid nak nak pulak ...

Sama lah kita. Free trial dua kali pastu ter-subscribe
Quote mrsLucky 19-11-2019 12:15 PM
Netflix murah dari Astro. Astro cete balang2 pas tu mahal. National tv memang dah lama tak jengok. Leave Netflix's alone. Kalau tak nak unflitered jangan tengok jangan subscribe.
Quote HoneyManjer 19-11-2019 12:23 PM
team netflix poreberrrrrrrrrrrrrrrrr

tunggu disney+ plak masuk malaysia...pehnih beralih ke disney+ puleks...weeeeeeeeeeeeeeee

#teamnetflix
#teamdisney+

Quote ReginaGeorge 19-11-2019 12:32 PM
Sokong you kinah.. Menyampah la ngan lelaki tua sendu nih.

Lihat semua komen(111)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.243441 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top