CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gadis Maut Telan 200 Pil Sebab Takut Bekas Kekasih Sebar Gambar Bogel

20-11-2019 12:25 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 8244| Komen: 15|Original author: Oleh: LilRose

Penuntut sebuah kolej di China maut akibat menelan beratus-ratus pil antiloya selepas putus cinta.

Shanghaiist melaporkan, Xiao Han (bukan nama sebenar) mengambil tindakan itu selepas diugut bekas teman lelakinya untuk menyebarkan gambar bogelnya.



Kredit foto: Shanghaiist

Difahamkan, gadis itu memutuskan hubungan mereka selepas Xiao Zheng (bukan nama sebenar) kantoi bermain kayu tiga.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak puas hati apabila Xiao Han minta putus pada bulan lalu dan mula mengugut akan menyebarkan gambar bogel Xiao Han.

"Saya akan letak gambar bogel kamu di forum kolej kita sekarang! Gambar kad pengenalan kamu juga ada pada saya!

"Esok, saya akan 'siasat' ibu bapa kamu pula," ugut lelaki itu.

Xiao Han kemudian mengadu pada ibunya yang sanggup bertemu anaknya yang sedang menuntut di Fuzhou.



Kredit foto: Shanghaiist

Mereka kemudian bertemu Xiao Zheng untuk berbincang mengenai perkara itu dengan baik sebelum lelaki berkenaan memadam gambar terbabit.

Bimbang gambarnya masih ada dalam simpanan Xiao Zheng, gadis itu mencadangkan kepada ibunya untuk membuat laporan polis.

Namun, ibunya menegah kerana khuatir ia akan mencalarkan imej bapa Xiao Han yang merupakan anggota polis.

Kira-kira seminggu kemudian, gadis itu dikatakan tidak muncul di bilik asramanya. Dia sebaliknya ditemui di bangunan asrama lain dalam keadaan terbaring di atas lantai dan kekejangan serta mulutnya berbuih dipercayai selepas menelan 200 pil antiloya.

Dia yang dikejarkan ke hospital, dilaporkan koma hingga meninggal dunia beberapa minggu kemudian dan ibu mangsa menuduh Xiao Zheng menyebabkan kematian anaknya dengan mesej-mesej ugutannya sebelum ini.


Kredit foto: Gambar Hiasan

Sementara itu, bapa mangsa menerangkan kepada wartawan bahawa gambar yang dimaksudkan sebenarnya tidak menunjukkan anaknya dalam keadaan berbogel.

Sebaliknya, dia hanya mengenakan pakaian jarang dan tidak menunjukkan wajah mangsa sama sekali.

Difahamkan, Xiao Zheng yang turut menziarahi bekas teman wanitanya di hospital berkenaan dipukul keluarga gadis itu dan bajunya dirobek-robek. 

Patutkah keluarga Xiao Han menuntut pemampasan daripada bekas teman lelaki gadis itu? - CARI

Bagus
10

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Elanarose

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 20-11-2019 12:59 PM
ok maknye dah boleh buat report atas ugutan yang dibuat hingga menyebabkan kematian anak dia yang bakalan menjadi permata negara china.
Quote LuvAurora 20-11-2019 01:19 PM
Jahatnya laki tu.. Memang patut pun kena belasah
Quote DayangKirana 20-11-2019 02:25 PM
dah putus tu move on je lah..mohtip nak ugut2 that gurl tu kenapa?
moga dihantui roh mendiang..
Quote any42 20-11-2019 02:39 PM
jantan ego rsa tcabar sbb pompuan yg mntak putus tu yg ugut nk sebar gmbar. yg pompuan plak time bcinta bg semua, jntan snap gmbar time bogel pun xpe bila ptus mnggelupur. if share gmbar nude sndri kt suami pun ttap ad rsiko jatuh ke tgn org len ini plak bru bf.
Quote dua_chzy 20-11-2019 02:42 PM
Akak tikam ja muka Xiao Zheng tu if akak mak mendiang ni.
Quote orgsepang 20-11-2019 02:57 PM
Alahai, belajar tinggi pun tak boleh nak fikir jauh.Teman wanita baru lelaki tu kalau meneruskan hubungan memang cari nahas, lelaki sebegini tak layak jadi suami.
Quote nenekglamer 20-11-2019 03:01 PM
orgsepang replied at 20-11-2019 02:57 PM
Alahai, belajar tinggi pun tak boleh nak fikir jauh.Teman wanita baru lelaki tu kalau meneruskan hub ...

Stuju. Lelaki mcm ni jahat. Dia bole buat kt one girl... dia surely bole buat kt other girls. Stay away from lelaki mcm ni ladies.
Quote abangadek 20-11-2019 03:01 PM
cantiknya cikki ni,
Quote MissLana 20-11-2019 04:11 PM
kuasa viral dan teknologi kamera dalam telefon bimbit
Quote Ratutulip 20-11-2019 05:06 PM
hurmmm kesiannya.. disebabkan beberapa gamba nyawa jdi taruhan
Quote ninja9 20-11-2019 05:36 PM
Jgn pernah meletakkan kepercayaan penuh kepada cinta kerna ianya tidak akan sekuat spt yg diharapkan lantas ia juga bisa bertukar kepada kuasa kegelapan..
Quote kivio 20-11-2019 06:53 PM
Ala chill la.
Awek kastam rilek je dok keje lagi hehe
Quote Victorioussss 20-11-2019 08:08 PM
Why amoi whyy

Dah kurang sorg candidate china doll untuk massage massage happy ending kat sini
Quote DAPee 20-11-2019 08:11 PM
@pyropura @Orix @Asdan
Quote CatMiow 21-11-2019 06:15 AM
Kesiannya,  pendek akal.... Jantan pun tak guna,  belum kawin nak main kayu 3, lepas tu tak puas hati la pula...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:14 AM GMT+8 , Processed in 0.054960 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top