CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Anak Artis Lain Memang Tak Nak Duduk Carseat Ke?" - Anzalna Dipuji, Siap Rujuk Manual Lagi

26-11-2019 05:48 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 24698| Komen: 164|Original author: Shimmer Shine



Sejak 'car seat' menjadi isu nasional, ramai warganet bertelagah pendapat. Bagi artis yang menyokong kempen ini, mereka diangkat sebagai idola, sementara yang was-was dengan kempen ini dipandang sebaliknya.

Anzalna, antara ibu muda yang aktif menyokong saranan kerajaan ini mengalu-alukan semua ibu bapa mematuhinya.

Ig

Dengan menunjukkan cara-cara untuk memakai 'car seat', Anzalna turut berkongsi manual kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di lam Instagramnya.

Ramai pula yang membandingkan Anzalna dengan artis lain yang tidak mematuhi undang-undang yang akan dikuatkuasakan Januari 2020 ini.


Ini kerana mengikut mereka, ada yang kaya dan mampu tetapi tetap tidak mahu membeli 'carseat' dengan pelbagai alasan.

Hal ini menimbulkan rasa kurang senang kerana kebanyakan artis yang enggan ini memiliki jumlah pengikut yang ramai.

Setelah melayari laman instagram beberapa artis, ada benarnya kerana beberapa artis selamba menempatkan anak mereka di bawah ketinggian 135cm di kerusi biasa.

Ig - Cuba teka anak artis mana (kecuali Adira yang sudah ada dalam.gambar)

Memandangkan mereka mempunyai ramai pengikut, jadi gaya hidup mereka ini secara tidak langsung akan mempengaruhi pengikut mereka.

Selain isu ini, Anzalna juga dekat di hati pengikutnya yang bergelar ibu dengan memperuntukkan barangan keperluan bayi kepada keluarga kurang berkemampuan secara percuma.

Ig

Nampaknya Anzalna kini menjadi ibu muda yang menjadi contoh. Seterusnya kita nantikan sahaja 'drama carseat' di tahun 2020 nanti. - CARI 

2

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • rosasen

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MentariSenja 26-11-2019 06:21 PM
Cantik sungguh anzalna ni. Educated plak tu. Kaka sokong. I did the same for my boys. Ikut manual. Masa baby kecik, mengadap kebelakang dan di seat belakang. Dah besar sikit baru mengadap kedepan. Kami selalu diperli oleh sedara mara. Takut mati katanya. Malays ramai gitu. Benda yg elok susah sgt nak ikut...harap ibu bapa di luar sana bukak mata. Memang ajal maut ditangan tuhan tapi kita sbg ibu bapa diamanahkan oleh Allah utk buat yg terbaik. Well done anzalna.
Quote fleurdelis 26-11-2019 06:30 PM
Good job Anzalna! Cantik dan well mannered. Iols suka sebab dia selalu share benda-benda positive je dekat IG. Kekadang caption dia kelakar so iols mudah terhibur.  

Yang baik macam isu carseat ni iols sokong. Kalau asyik tangguh je sampai bila kita nak start? Bila gov cakap takde saman at least for the first 6 months of 2020, terus ada orang update macam tu tunggu pertengahan tahun laa baru pakai carseat. Sorry to say ya, mentality memang mundur orang camni.
Quote buapakperut 26-11-2019 06:42 PM
haha makan dalam sngat kan...
Quote umbut 26-11-2019 07:47 PM
MentariSenja replied at 26-11-2019 06:21 PM
Cantik sungguh anzalna ni. Educated plak tu. Kaka sokong. I did the same for my boys. Ikut manual. M ...

Ada ke org nak perli pakai carseat pun.. ramai je org pki carseat.. kalau anak ramai keta kecil sempit ler
Quote AwanCikDania 26-11-2019 07:53 PM
umbut replied at 26-11-2019 07:47 PM
Ada ke org nak perli pakai carseat pun.. ramai je org pki carseat.. kalau anak ramai keta kecil se ...

Ada je you. Mcm2 katanya. kesian duduk sorg2 dekat belakang. Habis tu kalau duduk depan nauzubillahminzalik jadi apa2 kena air bag lagi bahaya.
Quote KIM.K 26-11-2019 08:06 PM
MentariSenja: Cantik sungguh anzalna ni. Educated plak tu. Kaka sokong. I did the same for my boys. Ikut manual. Masa baby kecik, mengadap kebelakang dan di seat be ...

Terbaik sis. Isu ni pun asalnya dibangkitkan parents yang ada kesedaran/pengalaman
Quote MentariSenja 26-11-2019 08:24 PM
umbut replied at 26-11-2019 07:47 PM
Ada ke org nak perli pakai carseat pun.. ramai je org pki carseat.. kalau anak ramai keta kecil se ...

Ada...esp bila balik kg raya. Adoi...laki I memang skema. Dia bab2 safety ni memang tak tolak ansur. Sedara mara I kat kg yg jenis riba anak dlm kereta ni tak habis2 make fun....dlm hati I, ikut suka koranglah. Laki I lagi tak kisah, dia sejenis urban. Bukannya dia paham pun loghat pelik2 nih. Tak payah kat kg lah...I pakaikan anak harness dlm klcc pun org tegur. Anak bertali cam 'pet' katanya. I dahlah sejenis payah nak dpt anak, kalau anak I hilang, derang nak ganti ker? Kosserr...
Quote beatgirlX 26-11-2019 08:31 PM
Comelnyaaaa anak Anzalna...lawaa
Quote Bergosip 26-11-2019 08:38 PM
MentariSenja replied at 26-11-2019 06:21 PM
Cantik sungguh anzalna ni. Educated plak tu. Kaka sokong. I did the same for my boys. Ikut manual. M ...

Apoooo. Kena perli dengan sedara mara? Mundurnya dorang. Padahal uols prihatin dengan keselamatan anak uols. Uols berusaha cari dan dapatkan ciri2 keselamatan untuk anak uols. Dalam islam pon, usaha dulu baru tawakal. Mundur betul kalau nak tawakal je tanpa usaha.
Quote MentariSenja 26-11-2019 08:44 PM
Bergosip replied at 26-11-2019 08:38 PM
Apoooo. Kena perli dengan sedara mara? Mundurnya dorang. Padahal uols prihatin dengan keselamatan  ...

Ini realiti chuols....derang tanya, tak kesian ke anak ker? Anak tak nangis ker...nak mati, mati juga katanya. Kalau camtu, kita tak yah ikut undang2 jln raya yg lain. Nak mati, mati juga kan?...ikut 'mazhab' depa gitu lah...
Quote palmolive 26-11-2019 08:48 PM
Aii.. Artis pkai kete mahal pun xmampu bli car seat? Or psl ank xmo duduk dlm cs?
Quote evlinne 26-11-2019 08:55 PM
Ikut muka hanif ek anaknya tu. Comellll
Quote matchstick 26-11-2019 09:25 PM
Cantik nya rambut dia..kalah Iklan shampoo
Quote Nham22 26-11-2019 10:04 PM
Sebelah baby die ade maid x???
Quote emera 26-11-2019 10:09 PM
MentariSenja replied at 26-11-2019 08:24 PM
Ada...esp bila balik kg raya. Adoi...laki I memang skema. Dia bab2 safety ni memang tak tolak ansu ...

Hakak selalu kena jeling di zaman akak pakaikan harness kat anak akak masa dia tgh ligat jalan... baik kat klcc, alamanda atau di mana sahaja.. urban tak urban punye tempat... eh, kalau anak aku hilang, korang nak tolong carikan sampai dapat ke???  Ke, korg yg maki dulu kata tak pandai jaga anak??????
Quote ReginaGeorge 26-11-2019 10:31 PM
Anzalna cantik.. Dan akak memang strict pasal baby car seat nih. Anak2 akak, selagi muat dalam car seat tu selagi itulah dorang duduk dalam car seat. Sampai lah car seat jadi buruk dan nipis.
Quote Sazida 26-11-2019 10:37 PM
Aku beli carseat sblm beranak haritu. Xpakai lg.  Tup2 harini try taruk ank aku, dah xboleh nk clip dah. Igt tali tu boleh la dipanjangkan. Rupanya takboleh. Pdhl ank aku baru je umur 2bulan. Xmuat lgsg.
Quote kuchenta_81 26-11-2019 10:51 PM
Sebenarnya dari dulu lagi kat thread Parenting tu dah ada yg share pasal carseat. I follow since anak pertama. Since discharge dari wad, baby dok dalam carrier then tukar carseat. Baby kalau sedari awal diletakkan dalam tu memang dia okay, takdenya nak menangis.

2nd baby I tetap guna carrier and carseat, kemain dah banyak pilihan sampai terjebak dengan Maxi Cosi masa tu mahal jugak around rm900. Tapi sebab I travel hari2 ke rumah pengasuh and sejenis selalu balik kampung so I pentingkan safety. I akui carrier, carseat Maxi Cosi selesa, empuk gebu tu pasal baby elok je dalam tu heheheee jangan kecam I share jeeee biar retis bukak mata and netizen please jangan abaikan safety.
Quote sukacactus 26-11-2019 10:58 PM
Ank aku dr lps lahir bw balik dr spital tu dah mmg letak cs.
Skrg tgh ambik spm dah pun dia
Kalau mula dr awal mmg mudah
Mula la dr skrg, xskrg bila lg?

Lihat semua komen(164)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.151892 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top