CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Bahayakan Diri Alih Objek Di Lebuhraya, PLUS Ada Petugas Sendiri

3-12-2019 12:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5152| Komen: 26

"PLUS tidak menggalakkan pelanggan mengalihkan sebarang objek atau halangan di lebuhraya."

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan menasihati pengguna jalan raya supaya tidak mengalihkan sebarang halangan atau objek yang tercicir di lebuhraya kerana ia hanya membahayakan diri sendiri.


Sebaliknya, jika mengesan kehadiran sebarang objek atau halangan di lebuhraya, orang ramai diminta menghubungi PLUS dengan segera.


Kredit foto: Twitter

“Lebuhraya adalah persekitaran yang amat berbahaya dengan kehadiran banyak kenderaan.

“Oleh itu, PLUS tidak menggalakkan pelanggan yang mengesan kehadiran sebarang objek atau halangan di lebuhraya untuk mengalihkan memandangkan tindakan terbabit boleh mendedahkan mereka kepada risiko dirempuh oleh kenderaan lain sekali gus menyebabkan kemalangan.


“Sebaliknya, pelanggan dinasihatkan supaya segera menghubungi PLUS menerusi talian bebas tol PLUSLine 1800 88 0000 sebelum pasukan PLUSRonda atau Propel dikerahkan ke lokasi untuk mengalihkan objek berkenaan,” katanya dipetik dari MalaysiaGazette.

PLUS juga menegaskan bahawa sebarang bentuk halangan di lebuhraya hanya boleh dikendalikan petugas lebuhraya seperti diperuntukkan dalam Pasport Keselamatan Operasi Lebuhraya (EOSP).



Kenyataan itu dikeluarkan susulan tular rakaman memaparkan lelaki bergadai nyawa mengalihkan objek tercicir di sebuah lebuhraya. - CARI
9

Bagus
9

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umie 3-12-2019 01:26 PM
Bro ni mesti claim pernah kena reject dgn PLUS sbb tu dia gigih gi collect objek tu. Kalau nak tunggu Rondateam collect berpuluh2 kete dah langgar. Pastu claim kena reject sbb bukan salah PLUS. Objek jatuh dari kenderaan lain!
Quote julielapadite 3-12-2019 01:55 PM
Contoh org Malaysia baik tak kena tempat. Contoh lain:

Sanggup emergency brake bila ada babi sondol kat penghujung susur masuk sampai org lain kena brake mcm nak gila.

Sanggup tak jalan walaupun lampu hijau sbb ada babi sondol nak celah masuk line.

Sanggup bagi babi sondol potong masuk dari lorong emergency lane sedangkan org lain yg beratur tunggu kat belakang ni dah jem.

Aku anti babi sondol jalan raya DAN pemandu tolol baik tak bertempat.

Bodo. Tak belajar apa itu right of way.
Quote Melorqe 3-12-2019 02:07 PM
kat nkve banyak sampah sarap bersepah
aku tak tau la staff dia ada keluar meronda tu tengok betul2 ke tidak
ada satu kali tu aku nampak bilah kipas diperbuat dari besi kat  tepi divider tgh highway
seminggu aku lalu  jalan tu benda tu ada lagi kat situ
pagi tadi ada baldi kat tepi jln
selalu juga aku telefon bgtau plus, takkan la nak harap orang call je wei
staff ko tak guna highway ke?
Quote CatMiow 3-12-2019 02:11 PM
julielapadite: Contoh org Malaysia baik tak kena tempat. Contoh lain:Sanggup emergency brake bila ada babi sondol kat penghujung susur masuk sampai org lain kena bra ...


Payah nak hadam..  Lama2 paham gak.


Quote aHoi83 3-12-2019 02:16 PM
Scary nyaaaa. Apepun terima kasih buat brother yg berani itu
Quote paz 3-12-2019 02:17 PM
Pengalaman Paz serpihan tayar besar di lorong laju, kereta depan langgar, melantun hempap keta Paz. PLUS cakap takde cctv so tak boleh buktikan.
Quote prettyuglybabe 3-12-2019 02:36 PM
hotak la suruh call jangan pandai-pandai alih kejadah..
kalau peronda buat kerja takde la bersepah benda-benda bahaya atas jalan tu..
serpihan tayar pecah, jenazah haiwan sampai reput hitam pun ada..
kalau hari-hari buat rondaan kutip buang segala benda tu, takkan la dua tiga hari lalu benda yang sama masih ada..
Quote SweetShera 3-12-2019 02:41 PM
salute bro!!! tapi sangat2 bahaya...
Quote Mfzg89 3-12-2019 02:54 PM
dahtu korg ronda ke x? tu sampah besar, yg kecik2 bersepah bertahun pn xde staff kutip pun..lagi2 kat emergency line.. patutnya PLUS bagi la skit penghargaan kat brader ni.. nak buat report mcm2 soalan plak korg tanya + nak tunggu korg sampai silap2 ada yg jadi korban dulu..
Quote Artemesiaa 3-12-2019 02:56 PM
Niat dah baik tapi boleh membahayakan diri sendiri.  
Quote minguk 3-12-2019 02:58 PM
nak tunggu petugas lebuhraya sempat hilang senyawa
Quote uda 3-12-2019 03:07 PM
umie replied at 3-12-2019 01:26 PM
Bro ni mesti claim pernah kena reject dgn PLUS sbb tu dia gigih gi collect objek tu. Kalau nak tungg ...

Betul tu. My claim kena reject dgn Plus sbb meeka kata buka kerja mereka untuk alih objek dr jalan. Pastu kerja sapa pulak
Quote cikpah27 3-12-2019 04:44 PM
paz replied at 3-12-2019 02:17 PM
Pengalaman Paz serpihan tayar besar di lorong laju, kereta depan langgar, melantun hempap keta Paz.  ...

kejinya alasan PLUS
Quote ellZack 3-12-2019 04:55 PM
uda replied at 3-12-2019 03:07 PM
Betul tu. My claim kena reject dgn Plus sbb meeka kata buka kerja mereka untuk alih objek dr jalan ...

Contradict nya reason PLUS. Atas tu PLUS kata diorang kutip, time nak claim bukan kerja diorang untuk kutip. Apoo..
Quote johan-adx 3-12-2019 04:58 PM
mmg merbahaya..
tp dia sngup merbahayakan diri utk pengguna lain..
tak ramai yg berani mcm bro ni
Quote paz 3-12-2019 05:04 PM

Kan, dah lah nak buat report tu. Kesana kemari, menghabiskan masa dan duit betul.

Anyway bukan Paz setuju dengan tindakan orang tu alihkan debris tu. Sebernarnya marah baca bila PLUS kata tu kerja dia, tapi debris kat hiway sebesar anjing (masa tu betul-betul Paz ingat anjing besar kat cermin depan) pun terbiar aja.

Ok done merempan.
Quote Ladybird910 3-12-2019 07:13 PM
paz: Pengalaman Paz serpihan tayar besar di lorong laju, kereta depan langgar, melantun hempap keta Paz. PLUS cakap takde cctv so tak boleh buktikan.


Tula psl..lembap buat keje..kereta dpn langgar laju..kereta blkg yg kena..nk claim pny seksa..pastu ade org alih,ko bising plak..Next time cctv dgn lampu kasi on laa semua jln..ni kdg tgh bandar lalu hi way pon certain part bgelap
Quote dino 3-12-2019 07:38 PM
kat lpt2 pun byk.. monyet la.. biawak la... bleh buat terkojut
Quote Perawankota 3-12-2019 07:40 PM
Plus sila take note

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:46 PM GMT+8 , Processed in 0.129858 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top