CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakar Kereta Keluarga Kekasih Cinta Tak Direstui

12-12-2019 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2207| Komen: 8

Dua kereta menjadi mangsa amarah lelaki yang berang cintanya tidak direstui.

Menurut BERNAMA, suspek, 38, membakar dua kereta milik ahli keluarga teman wanitanya di Kampung Cheroh, Raub, pada awal pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Raub, Supt Kama Azural Mohamed berkata, suspek bersama seorang rakan menaiki Toyota Camry ke rumah mangsa sekitar jam 2.00 pagi sebelum melempar dua tong plastik berisi minyak petrol ke garaj rumah berkenaan.


Kredit foto: FB Balai Bomba Dan Penyelamat Raub

“Seorang daripada mereka dipercayai telah menyalakan api menggunakan pemetik api sebelum melarikan diri, menyebabkan kereta jenis Honda HRV dan Toyota Unser yang berada di garaj itu terbakar selain pecah di bahagian tingkap.

“Bagaimanapun, kebakaran itu dapat dipadamkan oleh ahli keluarga mangsa dengan menggunakan pemadam api sebelum abang kepada teman wanita suspek membuat laporan polis,” katanya.



Kredit foto: FB Balai Bomba Dan Penyelamat Raub

Abang mangsa mendakwa sebelum kejadian berlaku perselisihan faham antara keluarganya dengan suspek sebelum adiknya keluar dari rumah untuk mengikut suspek pada Sabtu lalu selepas hubungan mereka tidak direstui.

Bagaimanapun, semalam, adik mangsa pulang ke rumah untuk mengambil tiga anaknya, namun dihalang keluarga mangsa.


Kredit foto: FB Balai Bomba Dan Penyelamat Raub

Polis masih mengesan suspek dan rakannya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga 14 tahun dan denda. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 12-12-2019 01:19 PM
leluhur mana ni
Quote minguk 12-12-2019 01:33 PM
punyalah marah!
Quote sehirkedi 12-12-2019 01:41 PM
Kelmarin bakor rumah kekasih kat Indonesia.. La ni bakor kereta keluarga kekasih pula kat Malaysia.

Terinspirasi dari berita bakor rumah kekasih ke ape?
Quote Forfoxache 12-12-2019 01:42 PM
Dah macam citer tamil naidu
Quote prettyuglybabe 12-12-2019 04:48 PM
padan la family tak restu..
tapi adik dah jenis asal berlaki, bagi saja la dorang kawin..
Quote nononcrux 12-12-2019 04:51 PM
cina la ni.. mmg patut pon tak restu
Quote any42 12-12-2019 05:09 PM
blum khwin pun dh nmpak aggressive baran camni. takutnya.
Quote Perawankota 12-12-2019 06:38 PM
A ishh... Jgn lah aku dpt bf saiko macamni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.243651 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top