CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

50 Sen Je! Netizen Rayu Bantu Jualan Penutupan Gudang Utusan

13-12-2019 10:49 AM| Diterbitkan: yanieray| Dilihat: 6840| Komen: 19|Original author: Oleh: Pink Lily

Description: "Demi kelangsungan hidup bekas pekerja Utusan setelah tiga bulan tidak mendapat gaji."

Kredit foto: Twitter/Asrul Muzaffar

"Demi kelangsungan hidup bekas pekerja Utusan setelah tiga bulan tidak mendapat gaji."

Demikian kenyataan seorang pengguna Twitter bernama Asrul Muzaffar mengenai Jualan Murah Sempena Penutupan Gudang Utusan yang bermula 2 Disember hingga 31 Disember 2019 di Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, Kuala Lumpur. 



Melalui ciapannya juga, Asrul berharap selain orang ramai, pihak kerajaan terutama sekali Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa boleh membeli buku-buku yang dilelong untuk disedekahkan kepada rumah kebajikan, sekolah-sekolah dan pusat tahfiz. 



Melalui gambar-gambar yang dikongsi oleh salah seorang 'personal shopper' (pembeli peribadi) bernama Miss Emptor, didapati buku-buku yang dijual masih dalam keadaan baru, dalam pelbagai genre dan sangat murah-sehingga ada yang dijual pada harga 50 sen sahaja. 


Miss Emptor yang telah ke sini turut berkongsi sedikit tips sekiranya anda berminat untuk memeriahkan lagi jualan penutupan gudang ini. Antaranya, anda dinasihatkan untuk membawa topeng muka kerana keadaan gudang yang berdebu dan panas serta bawa kerusi untuk orang tua dan bawa beg beroda sekiranya ingin membeli buku dalam jumlah yang banyak. 


Kredit foto: Telegram/Miss Emptor

Dengan sokongan orang ramai, diharapkan dapat membantu meringankan sedikit beban kesulitan bekas pekerja-pekerja Utusan yang terkesan akibat penutupan syarikat akhbar tertua Malaysia itu.
8

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Cassieopeia

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fliphair8 13-12-2019 11:16 AM
bestnyaaa...malangnya hakak jauh nun di utara...hmmmm
Quote Boomibulat 13-12-2019 11:25 AM
Bestnya..malangnya diri ini jauh di obersea..huhuhuhu
Quote Cassieopeia 13-12-2019 11:33 AM
moga ramai personal shopper muncul. banyak buku best2 tu
Quote Zack8hunter 13-12-2019 11:49 AM
Ni boleh lawan Big Bad Wolf yg kat The Mines skrg ni.. lagi murah
Quote aleesyasofia 13-12-2019 12:09 PM
area situ mmg kwsn kilang kot.. serik dah iolss nak ke sana..
Quote bellaamsar 13-12-2019 12:13 PM
Takde jual on9 ke?
Quote Artemesiaa 13-12-2019 12:13 PM
Bagus juga ada guide dari yang dah sampai sana apa yang perlu dibawa atau buat bagi memudahkan mereka yang belum kesana lagi
Quote i_is_kennot 13-12-2019 12:54 PM
Di harap hasil jualan dpt settle bayaran gaji staff yg tertunggak. Kesian deols
Quote Supersirap 13-12-2019 03:40 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote Kak-Leen 13-12-2019 10:01 PM
Jauh di selatan... Kali ni ke BBW pun x dapat sebab kekangan waktu.. Suruh anak pergi tapi tgh sibuk dgn test dan quizzes di uni pulak. Di tu pun hantu buku..
Quote dekmieDandy 16-12-2019 11:04 AM
teringin nak pi, agak-agak novel pemenang karya utusan dulu-dulu tu ada jual dak
Quote BoongaKertas 16-12-2019 02:27 PM
dekmieDandy replied at 16-12-2019 03:04 AM
teringin nak pi, agak-agak novel pemenang karya utusan dulu-dulu tu ada jual dak

iols dah pergi. depends kat berapa lama yg chuols cari tu. aritu iols terjumpa yg 2012 ke 2016 punye pemenang. mmg condition baru and rm5 jer.
Quote dekmieDandy 16-12-2019 03:35 PM
BoongaKertas replied at 16-12-2019 06:27 AM
iols dah pergi. depends kat berapa lama yg chuols cari tu. aritu iols terjumpa yg 2012 ke 2016 pun ...

wahh ada ya, tak kesah pon tahun bila punya sebab kalau baca semua best-best

tapi lagi best kalau ada zaman 2010 ke bawah
Quote BoongaKertas 16-12-2019 04:45 PM
dekmieDandy replied at 16-12-2019 07:35 AM
wahh ada ya, tak kesah pon tahun bila punya sebab kalau baca semua best-best

tapi lagi best kal ...

2010 ke bawah tu iols xperasan. tp setakat yg iols g weekend tu, byk lg lah novel hadiah sastera tu chuols. yg paling best, memoir bergambar pemimpian kita yg kulit tebal tu jatuh rm10-25. mmg berbaloi sambil kita bantu staff utusan gak.

mastika plak siap 50sen jer.
Quote ais_kosong 17-12-2019 01:28 PM
macam best.. harap ada kekuatan nak pergi
Quote beautifulorchid 19-12-2019 10:07 AM
Buku tun razak tu aku beli dulu RM200..
berharga weh buku tu
Quote lanesra 15-1-2020 05:58 PM
jualan gudang masih dilanjutkan sehimgga 29 FEB










Quote izzah_ok 15-1-2020 08:42 PM
lanesra replied at 15-1-2020 05:58 PM
jualan gudang masih dilanjutkan sehimgga 29 FEB

agak2 banyak lg ke buku kat gudang tu? huhu
nak pergi tp takut tinggal habuk je
Quote GuaSayangMelaka 17-1-2020 12:49 AM
smg Utusan kembali gemilang ..........

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.348604 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top