Biarpun Group Masak Apa Hari Ni (MAHN) memaparkan resipi dimasak ahli grup, namun ada juga yang bertanyakan soalan bukan berkaitan resipi tetapi masih berkaitan dengan masak-masak. Antaranya adalah pendapat mengenai rutin sebagai suri rumah.
Persoalan mengenai masak hari-hari atau masak beberapa kali dalam seminggu mendapat sambutan daripada pengguna lain, lalu melontarkan buah fikiran dan idea tentang isu tersebut. "Ni lauk tadi masak untuk lunch dan dinner hari ni. Saya masak ikut mood dan ikut level kepenatan saya hari tu." Sebagai seorang suri rumah yang mempunyai pengalaman bekerja, bagi Akissha caranya itu tidak memenatkan dirinya dan mujur juga suaminya memahami dan menerimanya. Rupa-rupanya, perkongsian itu dipersetujui beberapa suri rumah yang turut mempunyai pendapat serupa. Bagaimanapun, ada juga yang berkata mereka memasak setiap hari, walaupun akhirnya mereka akan mencari makanan lain kerana jemu. Pelbagai pendapat dilontarkan, ada yang memasak setiap hari kecuali kecuali hujung minggu dan ada juga yang memasak tanpa henti tujuh hari seminggu. Walau apa jua pendapat, pastikan memasak itu menggembirakan anda dan bukannya merasa terbeban, barulah masakan pun sedap. Anda pula macam mana? - CARI |
manehnya replied at 4-10-2020 06:59 PM
Aku masak sehari 2-3 Kali
Sbb Jenis masak, mkn, abis
salmon-suki: Y tak patut tu ada komen tu y laki dia mkn ape y dia masak n dia beli mknan lain. ...dehek pmpuan??Xyah kawin jelaa yuolzs kalau xde rasa tggungjawab ...
ADVERTISEMENT