CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyakit Pelik, Tak Sedar Belanja Online Masa Tidur

4-10-2020 01:43 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4325| Komen: 20

Description: Memesan gelanggang bola keranjang ketika tidur merupakan antara perbuatan aneh dilakukan seorang wanita yang mengalami masalah penyakit jarang ditemui.
Memesan gelanggang bola keranjang ketika tidur merupakan antara perbuatan aneh dilakukan seorang wanita yang mengalami masalah penyakit jarang ditemui.

Harian Metro yang memetik Daily Star melaporkan, Kelly Snipes, 38, dari United Kingdom tidak sedar dirinya berbelanja dalam talian ketika tidur.




Dia hanya menyedari perbuatannya itu selepas menerima emel resit pembelian barangan berkenaan yang dibelinya dari eBay.

Malah, dia terpaksa menolak apabila sebuah lori membuat penghantaran set lengkap gelanggang bola keranjang ke rumahnya.

"Saya terpaksa menolak penghantaran itu. Saya tidak pernah meletakkan maklumat kad kredit apabila saya membeli barangan dalam talian kerana semuanya disimpan dalam telefon bimbit saya.

"Semuanya ada dalam telefon saya dan hanya boleh diakses menerusi sentuhan," katanya dipetik Daily Star.

Selain itu, dia juga pernah membelanjakan beberapa ratus pound dengan membeli manisan.


Kredit foto: Daily Star/SWNS

Kelly berterima kasih kepada suaminya, Jamie, 40, kerana sangat memahami keadaannya dan sentiasa memberi sokongan.

"Kami cuba menetapkan langkah keselamatan untuk memastikan saya sentiasa selamat.

"Saya juga meminta suami berjaga memerhati saya ketika tidur, kadangkala dia juga tertidur," katanya.

Selepas menjalani ujian, Kelly menemui penawar kepada penyakitnya itu dengan kaedah rawatan untuk pesakit Sindrom Tidur Berapnea atau Obstructive Sleep Apnoea (OSA) iaitu menggunakan mesin Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) yang membantu meningkatkan tahap oksigen dalam badan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 4-10-2020 01:50 PM
Saja nak viral la tu. Maunya tak oelik makan pun pelik2
Quote ip_lepat 4-10-2020 01:52 PM
semoga @sarah82  tk smpai tahap mcmni  
Quote sarah82 4-10-2020 02:02 PM
ip_lepat replied at 4-10-2020 01:52 PM
semoga @sarah82  tk smpai tahap mcmni

Hahahahaaha.. Tak ada.. Cuma tido dulu.. Lepas tu gigih bangun 12 tghmlm sbb nak berebut beli sabun basuh baju masa 9/9
Quote ip_lepat 4-10-2020 02:04 PM
sarah82 replied at 4-10-2020 02:02 PM
Hahahahaaha.. Tak ada.. Cuma tido dulu.. Lepas tu gigih bangun 12 tghmlm sbb nak berebut beli sabu ...

ok... klu topik ni timbul blk kt sana, hang blh dah kelim royalti
Quote sarah82 4-10-2020 02:08 PM
ip_lepat replied at 4-10-2020 02:04 PM
ok... klu topik ni timbul blk kt sana, hang blh dah kelim royalti

Hahaha..sebab komen tu terlalu naif..terus depa ambik buat ayat promosi.. Hahahaha
Quote ip_lepat 4-10-2020 02:11 PM
sarah82 replied at 4-10-2020 02:08 PM
Hahaha..sebab komen tu terlalu naif..terus depa ambik buat ayat promosi.. Hahahaha

reporter yg sama tered pedo tu
ada peluang naik lagi

Quote sarah82 4-10-2020 02:15 PM
ip_lepat replied at 4-10-2020 02:11 PM
reporter yg sama tered pedo tu
ada peluang naik lagi

Aisehhh.. Kena minta royalti la mcm ni.. Asyik copy paste komen ja.. Hahahaha.. Idea kat thread pedo tu bagus.. Cuma sy bimbang kalau dilaksanakan.. Manusia masa depan akan jadi manusia hyrid robot.. Ikut saja apa yg diarahkan sbb dah x ada sifat melawan manusia.
Quote Cocoais 4-10-2020 07:24 PM
Boleh pula ye
Quote supernaturalee 5-10-2020 01:08 AM
Klu di msia xdenya penyakit begini nk dilayan
Siap pakej kena maki lagi ada lh
Quote ultra78 5-10-2020 01:15 AM
Baca tajuk aje terbayangkan sarah82.
Quote husna_amal 5-10-2020 10:26 AM
Kesan buruk bila dah ketagih belanje online. Sampai ketidur dia boleh belanje online.
Quote Belibis 5-10-2020 11:52 AM
Hasanah versi urban ..membongak tak beragak.
Quote ashilalat 5-10-2020 11:54 AM
mesin Continuous Positive Airway Pressure (CPAP)

Cipap?
Quote MsKoreanfanatic 5-10-2020 01:32 PM
Edited by MsKoreanfanatic at 5-10-2020 01:35 PM

iols paling2 teruk pun mimpikan Shop** dah kuarkan voucher yg I nak sgt2.. cepat2 bgn tgk habuk pun tarak
Quote MsKoreanfanatic 5-10-2020 01:34 PM
sarah82 replied at 4-10-2020 02:02 PM
Hahahahaaha.. Tak ada.. Cuma tido dulu.. Lepas tu gigih bangun 12 tghmlm sbb nak berebut beli sabu ...

iols sanggup tk tido tgg 12mlm kaut semua voucher yg ada
Sho*** Laz*** tu semua dah la voucher dorang limited skrg
Quote sarah82 5-10-2020 01:39 PM
MsKoreanfanatic replied at 5-10-2020 01:34 PM
iols sanggup tk tido tgg 12mlm kaut semua voucher yg ada
Sho*** Laz*** tu semua dah la vouc ...

Hahahhahahaha.. Iols x berseorangan rupanya.. Gigih kan kita ni.
Quote sarah82 5-10-2020 01:43 PM
ultra78 replied at 5-10-2020 01:15 AM
Baca tajuk aje terbayangkan sarah82.

Aku boleh apply jadi duta shopee/lazada mcm ni
Quote MsKoreanfanatic 5-10-2020 02:01 PM
sarah82 replied at 5-10-2020 01:39 PM
Hahahhahahaha.. Iols x berseorangan rupanya.. Gigih kan kita ni.

hahaha~ harusla gigih
Quote sarah82 5-10-2020 02:05 PM
MsKoreanfanatic replied at 5-10-2020 02:01 PM
hahaha~ harusla gigih

Demi harga murah. Hahahaah.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.058139 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top