CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibuli Kerana Gemuk 114kG, Kini Miss Britain 2020!

4-10-2020 01:51 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 11559| Komen: 75|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Pembuli menggelar saya sebagai budak gemuk ketika di sekolah, tetapi sekarang saya Miss Britain."




"Pembuli menggelar saya sebagai budak gemuk ketika di sekolah, tetapi sekarang saya Miss Britain."

Pernah dibaling dengan makanan, beg sekolahnya dicuri dan dimalukan setiap hari adalah perbuatan biasa yang dilakukan oleh pembuli kepada Jen Atkin ketika di sekolah.

Pernah mencapai berat 114 kilogram, dia turut mendapat gelaran 'Jen Gemuk' di padang permainan. Walaupun dia cuba mempertahankan dirinya, namun pembuli terus mengusiknya hingga dia sentiasa pulang ke rumah dengan air mata.


Kredit foto: Daily Star


Namun, di usianya 26 tahun, Jen bergelar Miss Britain pada Mac baru-baru ini. Jen turut berkongsi rahsianya menurunkan berat badan sebanyak 51kg.

"Jujurnya, makanan adalah penenang saya. Ibarat hanya makanan sahaja yang saya miliki.


Menurut Jen, tabiat buruk tersebut semakin menjadi-jadi apabila dia bertemu teman lelakinya pada usia 18 tahun.


"Kami sukakan kehidupan malam di bar dan restoran. Dua tahun saya terperangkap dalam kehidupan yang penuh kepalsuan."


Walaupun ada yang menggelarnya sebagai 'lembu gemuk', Jen sedaya upaya membetulkan mindanya bahawa itu sekadar gurauan semata-mata.


Foto :Daily Star

Bagaimanapun, setelah dikecewakan, Jen mula berfikiran waras bahawa tabiat makannya yang buruk adalah 'zon selesa' berbahaya. Setelah bertemu doktor pada tahun 2015, Jen nekad untuk mengubah gaya hidupnya.


Dia mula  membeli makanan sihat, menghentikan pengambilan gula, bersenam setiap hari dan dalam masa tiga tahun, Jen membuktikan kesungguhannya. 


Foto : Daily Star

Setelah memenangi Miss Yorkshire pada tahun 2018, dia layak menyertai Miss England sebelum dikalungkan mahkota Miss Great Britain pada Mac 2020.


Sebagai individu yang pernah obes, Jen menekankan kepenting untuk menyedarkan mereka yang obes ini untuk menjaga kesihatan. - CARI

3

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 4-10-2020 01:54 PM
Nak seribu daya...tapi perut tu nampak x tegang.....patut exercise kut
Quote Normabaru 4-10-2020 01:59 PM
Bagusla dh balance diet.. Tp jgn kurus sbb salah.. Nnt naik blk
Kuruslah sbb nk sihat

Jadi xstress. Hehehe
Quote ChildrenOfBodom 4-10-2020 02:00 PM
Perot mcm granny 80 taon
Quote delia3003 4-10-2020 02:44 PM
Edited by delia3003 at 4-10-2020 02:46 PM
noor2 replied at 4-10-2020 01:54 PM
Nak seribu daya...tapi perut tu nampak x tegang.....patut exercise kut


Tu rasa bahagian kulit yg dah kendur. Maybe akan ambik masa utk tegang balik kalau buat secara natural. Tapi confident giler tayang perut

Turun 51 kg tu, bukan senang nak buat
Quote Modngengade 4-10-2020 02:47 PM
buta agaknya pengadil2 ni
Quote URUHA 4-10-2020 03:04 PM
Dah agak da mesti ada yg akan kecam tang perut tu. Org yg pernah obese & then kurus akan ada perut cmtu. At least sheols confident dgn apa yg ada kt diri dia.

Kebanyakan org zaman skang ni kena brainwash dgn mass media sampaikan ada mindset org yg cantik & handsome kena ada muka & body yg perfect. Kononnya kulit gelap, freckles, diastema, monolid, stretchmark & etc tu buruk sampaikan ada yg kena buli & low self esteem.

Bagi meols kisah Jen ni leh jadi inspirasi utk org yg nak turunkan berat & embrace your flaws gitu. Tak perlu nak perfect serba serbi utk rasa cantik & yakin dgn diri sendiri
Quote darkness 4-10-2020 03:11 PM
Strechmark tu susah gile nak buang. Mcmna nak hilangkan?
Quote insulin 4-10-2020 03:15 PM
darkness replied at 4-10-2020 03:11 PM
Strechmark tu susah gile nak buang. Mcmna nak hilangkan?

Seterika?

















Gurau2 je.


Quote cmf_premierleag 4-10-2020 03:18 PM
syabas..mmg kalo nk slim, jaga pemakanan je.sbb tu org kata 80% diet, 20% exercise
iols sendiri penah try avoid 3G (no gula garam goreng) in 2 weeks...mmg lost 8kg
i cuma masak dgn stim, rebus,grill je
mmg bawak bekal pi opis sbb nak make sure no sugar salt tu sume.kalo makan luar susah nk control
Quote darkness 4-10-2020 03:19 PM
insulin replied at 4-10-2020 03:15 PM
Seterika?



Habisslaaahh...hahahha
Quote yuki812 4-10-2020 03:27 PM
Kalau betul2 berat yg banyak..mmg agak laju nak turun ke berat ideal. Seminggu 2-3 kg..turun. Tapi akan ada satu tahap jadi plateau..masa tu nak hampir2 berat ideal..mmg dia stuck kejap weight tu takat tu jer walaupun keep continue diet. Masa ni lah..mental kena kuat..kadang putus asa nk diet.
Quote Artemesiaa 4-10-2020 03:28 PM
Hanya dengan semangat dan nekad sendiri je boleh berjaya sampai tahap tu.  Kalau sekadar dengar orang lain nasihat atau hanya terikut2 sukar nak capai.
Quote Burong_Hantuk 4-10-2020 03:37 PM
kawal permakanan & banyakkan minum air suam
Quote GigaMom 4-10-2020 06:12 PM
cmf_premierleag replied at 4-10-2020 03:18 PM
syabas..mmg kalo nk slim, jaga pemakanan je.sbb tu org kata 80% diet, 20% exercise
iols sendiri pen ...

Rwsipi apa sedap no salt sis
Quote cmf_premierleag 4-10-2020 06:32 PM
GigaMom replied at 4-10-2020 06:12 PM
Rwsipi apa sedap no salt sis

i cuma pakai bawang merah,bawang putih and cilipadi je utk stir fry
mmg takde garam gula ni sume
sbb konsepnya bukan makan utk sedap2
tp makan hanya utk alas perut jah
Quote any42 4-10-2020 06:35 PM
org gemuk bila dah kurus selalunya mmg akn ade excess skin. nk bg tegang naturally atau by exercise ke ape mmg ssah lg2 klau umur dh makin mningkat & excess skin tu sgt2 mggeleber. biasanya kna remove mlalui cosmetic procedure je.

kurus sbb syg dri sndri tu pling utama. tayang utk jd inspirasi xde salahnya.
Quote Kerexxx 4-10-2020 07:59 PM
darkness replied at 4-10-2020 03:11 PM
Strechmark tu susah gile nak buang. Mcmna nak hilangkan?

Bedah dan buang
Quote darkness 4-10-2020 08:12 PM
Kerexxx replied at 4-10-2020 07:59 PM
Bedah dan buang

Ooo...patutla
Quote RatuDunia94 4-10-2020 08:13 PM
Hmmm.. tp muka sheols tetap x lawo.. byee

Lihat semua komen(75)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:36 AM GMT+8 , Processed in 0.059455 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top