CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padan Muka! Sejam Tolak Motosikal 'Berjemaah' Ke Balai

23-10-2020 12:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4740| Komen: 27

Description: 98 individu berusia antara 13 hingga 20 tahun diarah menolak motosikal mereka kira-kira sejam untuk sampai ke Balai Polis Batu Kurau.
98 individu berusia antara 13 hingga 20 tahun diarah menolak motosikal mereka kira-kira sejam untuk sampai ke Balai Polis Batu Kurau.

Harian Metro melaporkan, ditahan dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Besar Jelai berdekatan Kampung Jelai bermula 5 petang oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, semalam.


Dalam operasi itu, 42 motosikal disita dan 134 saman dikeluarkan.


Kredit foto: Harian Metro

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat bagaimanapun berkata, tiada tangkapan dibuat bagi mana-mana peruntukan dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987, begitu juga bagi kesalahan lain seperti jenayah dan narkotik.

Difahamkan, mereka mengambil masa kira-kira sejam untuk menolak motosikal enam kilometer dari lokasi operasi berhampiran Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Jelai dan sering menjadi tumpuan 'mat motor'.

Antara sebab mereka ditahan adalah melakukan modifikasi keterlaluan khususnya pada bahagian ekzos, tiada nombor plat pendaftaran, serta nombor plat tidak memenuhi spesifikasi ditetapkan. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 23-10-2020 09:48 AM
Mau berketul urat betis..
Quote mdhelmi 23-10-2020 11:02 AM
aik saman je xbole ke
Quote TomyamPuteh 23-10-2020 11:09 AM
Yg ni mmg aku nk CASH kan...
Quote ikanmasin 23-10-2020 11:41 AM
cash sesangat ni...
Quote matseh 23-10-2020 11:43 AM
Kalau aku jadi ketua balai, kumpul ramai2 ni depan masjid batu kurau. Panggil mak bapak dia orang ni suruh datang ambik sekor2. Lepas Asar je. Pakai speaker masjid sebut nama sorang2. Yg mana utk bawah umur saja la buat begitu.

Mana mak bapa x datang hantar kat rumah siap siren bagai.
Quote Artemesiaa 23-10-2020 11:51 AM
Mendapat sudah, jauh tu nak tolak motor 6 km moga serik lepas ni
Quote gigahertz 23-10-2020 11:53 AM
mdhelmi replied at 23-10-2020 03:02 AM
aik saman je xbole ke

Kesalahan tiada lesen , roadtax tiada , insuran mati mmg kena sita.
Quote sarahmirza 23-10-2020 11:56 AM

boleh kot tapi saja je polis nak menyusahkan si rempit ni...

pelik la, susah sangat ke nak hidup dengan ikut peraturan?
beli motor/kereta tak payah modify beriya macam la boleh menang pertandingan..

Quote Acikgomen 23-10-2020 11:57 AM
matseh replied at 23-10-2020 11:43 AM
Kalau aku jadi ketua balai, kumpul ramai2 ni depan masjid batu kurau. Panggil mak bapak dia orang ni ...

Skali mak bapak buat tak heran, siap pakej dimaki nye polis tuh dengki nak tahan anak soleh dia katanye
Org kampung neh ko jgn memain keberanian deyols
Quote gigahertz 23-10-2020 11:57 AM
Artemesiaa replied at 23-10-2020 03:51 AM
Mendapat sudah, jauh tu nak tolak motor 6 km moga serik lepas ni

I pernah kena bende ni. Masa sekolah dulu al maklumlah ada lesen motor kan. Part paling x best i kena sorang je. Masa tu habis sekolah. Patut ada kelas tambahan tapi kelas takde. So nak weng weng pakai moto. Keluar ikut gate belakang tetiba dua abam polis dah kat luar. Terus rampas kunci. Yang drive bukan i . Kawan i.
Kawan i takde lesen. Polis suruh tolak sampai balai polis ipd gombak.

Sampai sekarang kalau i jumpa kawan i tu mmg kitaorang gelak gelak.dia pulak dah kahwin. Cerita pulak kat bini dia.
Quote palmolive 23-10-2020 11:58 AM
xde apa sgt setakat tolak motor sejam..ada geng pulak tu
Quote Artemesiaa 23-10-2020 11:59 AM
gigahertz replied at 23-10-2020 11:57 AM
I pernah kena bende ni. Masa sekolah dulu al maklumlah ada lesen motor kan. Part paling x best i k ...

Jauh jugak tu nak tolak sampai balai tapi pengalaman ni yang selalu dikenang sampai bila2.
Quote mdhelmi 23-10-2020 12:09 PM
sarahmirza replied at 23-10-2020 11:56 AM
boleh kot tapi saja je polis nak menyusahkan si rempit ni...

pelik la, susah sangat ke nak hidu ...

diorg ni lain
mmg pagi ptg siang malam ngadap moto je
time lepak dan ngeteh pon sembang moto
senang cite makan tidur moto jela
pastu bila sorg dah mula bikin, org lain mesti follow punya
tukar2 plat ni mcm kita tukar2 fon casing la
biar nampak bergaya kene saman blkg kira
sbb itu je life diorg
mostly budak2 area kg la

aku pon dulu mcm diorg jugak
tp bila dah berkeluarga dah xde masa nk fikir modi semua tu
pakai standard je sudah
janji jaga maintenance



Quote sarahmirza 23-10-2020 12:16 PM
mdhelmi replied at 23-10-2020 12:09 PM
diorg ni lain
mmg pagi ptg siang malam ngadap moto je
time lepak dan ngeteh pon sembang moto

Dulu i kerja site kt putrajaya, kita org bg basikal kat indon2 ni buat senang pergi balik kerja...
tak sangka plak ada indon ni yg seumur hidup tak pernah ada basikal...
bersusun basikal masing2 depa modified mcm2 pasang riben dh mcm pompom pun ada...
Quote sarah82 23-10-2020 12:29 PM
Aku setiap kali baca kisah ni.. Teringat kat anak mak mah belakang rumah aku.. Punya la buas.. Dok race sangat motor.. Sekali kena tahan.. Dari gunung sampai Balai polis trafik hat depan Balai bomba alor setar dia kena tolak motor.. Mak mah. Siap menganjing anak dia hat tu sebab x dengar kata

Tapi berkat kena tolak motor.. Menjadi juga dia sebagai seorg anggota polis..
Quote jofizo 23-10-2020 12:55 PM
6km jauh tuhhh....aku yg tolak moto rosak x sampai 1km pun habis lenjun baju...betis ngan lengan naik kejung.....
Quote Manjahati 23-10-2020 01:40 PM
Haa kan dah mendapat
Quote husna_amal 23-10-2020 02:16 PM
Kalau polis selalu buat tindakan macam ni, serik diorang ni nak ulang salah lagi.
Quote RatuDunia94 23-10-2020 04:23 PM
Padan muka.. sama lah dgn kat kampung iols.. geram rasa kalau bawa motor tu penuh geng2 dia satu jalan.. pastu berbual2. Org naik kereta kat belakang dh hon2 dia siap nganjing2..

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 11:21 AM GMT+8 , Processed in 0.123993 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top