Lelaki berusia 20 tahun nekad menggantung diri selepas jiwanya kacau perlu membuat pilihan sama ada hendak berkahwin atau merantau. TribunNews melaporkan, mangsa membunuh diri pada Isnin lalu dan mayatnya ditemui tergantung sekitar jam 5.30 pagi di sebuah rumah sewa di wilayah Garonggong, Tana Toraja di Sulawesi Selatan. Difahamkan, lelaki itu dilema antara memenuhi kehendaknya untuk berkahwin atau merantau ke Irian, Papua, Indonesia. Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak pernah menyuarakan hajatnya untuk berkahwin dan ia sering mengganggu fikirannya sehinggalah dia mengakhiri hayatnya. - CARI
|
ADVERTISEMENT