CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PH Tak Dapat Terima Alasan Kerajaan Isytihar Darurat

13-1-2021 04:09 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1982| Komen: 8

Description: KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menolak rasional serta alasan pengisytiharan darurat bagi menyelamatkan Malaysia daripada COVID-19.



KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menolak rasional serta alasan pengisytiharan darurat bagi menyelamatkan Malaysia daripada COVID-19.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama PH yang dikeluarkan hari ini yang menyatakan undang-undang sedia ada, termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumum semalam, adalah mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak itu.

"Sebagai contoh, dalam isu mengambil alih hospital swasta untuk membantu dalam kes COVID-19, sememangnya mereka bersedia membantu pihak kerajaan dan kuasa darurat tidak diperlukan

untuk mendapatkan kerjasama mereka," kata kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.


Berkenaan isu pilihan raya pula, Majlis Presiden PH berpendapat tindakan yang telah dilakukan sebelum ini, iaitu perisytiharan darurat bagi sesebuah bahagian Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah memadai.

Mereka juga berpandangan Pilihan Raya Negeri Sarawak pula, ia tidak perlu dilakukan hingga selewat-lewatnya penghujung Ogos 2021, manakala Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15) pula hanya perlu diadakan menjelang 2023.

"Oleh itu, alasan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dalam isu ini tidak dapat diterima sama sekali. Malah kami melihat tindakan menggantung Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri pada ketika pihak eksekutif dan kehakiman masih boleh berfungsi seperti sedia kala menjejaskan proses semak imbang, merencat demokrasi negara dan menafikan suara rakyat," katanya.

Kuasa darurat ini menurut kenyataan itu bermakna memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri untuk melakukan hampir apa sahaja, sewenang-wenangnya.

Majlis Presiden turut menimbulkan kebimbangan bahawa proklamasi darurat itu akan menjejaskan usaha menghidupkan semula ekonomi serta keyakinan pelabur, dan tidak akan membantu mengatasi masalah pengangguran dan kehilangan pendapatan rakyat.

Oleh itu, PH berpandangan tindakan Tan Sri Muhyiddin mengusulkan darurat pada ketika beliau sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Machang dan Padang Rengas, bermaksud langkah ini tidak boleh diterima sama sekali.

"Jangan berselindung di sebalik COVID-19 dan membebankan rakyat dengan pengisytiharan darurat demi menyelamatkan diri sendiri," kata kenyataan itu.



Sumber : BeritaHarian

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 13-1-2021 04:19 PM
Elehhhhh.     
Quote Skuau 13-1-2021 04:33 PM
Apabila mereka(semua) berada 'di luar'.....mereka amat 'bijak dan sempurna' sekali.
Quote JunkMail 13-1-2021 04:53 PM
Takyah la buat2 tak paham. Darurat sah2 sebab nak bagi korang senyap. Aduhai... Rengsa betul aku dgn rengtua semua ni..memekak je.
Quote mesmerize 13-1-2021 05:00 PM
mesej PM dan Agong jelas.. darurat supaya kerajaan n KKM dapat tumpu usaha memerangi covid tanpa gangguan2 si gila politik .. fasiliti KKM dah tak mampu tanggung terlalu ramai pesakit.. dan peningkatan kes covid harus dibendung serta merta.
Quote dizekni 13-1-2021 07:10 PM
Pakatan Hanat
Quote RatuDunia94 13-1-2021 08:42 PM
Sibuk nk rebut kuasa..
Quote Bedah.Cun 14-1-2021 10:44 AM
Bagi tentera coup jer. Tangkap semua parti2 politik neh, sumbat dalam bilik gelap! Biar deme mampos dalam bilik gelap! Geram betol makk, GRRR!
Quote Scheherazade 14-1-2021 12:36 PM
X dpt terima pun, dah darurat dah pun. Bkn boleh overturn dah

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:16 AM GMT+8 , Processed in 0.340667 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top