CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

COVID-19 : Dari Zon Hijau, Langkawi Kini Kembali Bertukar Kepada Zon Kuning

13-1-2021 09:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2274| Komen: 7

Description: Langkawi: Pulau Langkawi bertukar status daripada zon hijau kepada zon kuning selepas mencatatkan dua kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini.



Langkawi: Pulau Langkawi bertukar status daripada zon hijau kepada zon kuning selepas mencatatkan dua kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini.

Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi menerusi Facebook (FB) hari ini menyatakan kes itu dilaporkan masing-masing satu kes di Mukim Ayer Hangat dan Kedawang.

"Dukacita dimaklumkan terdapat dua kes baharu hari ini dilaporkan menjadikan Pulau Langkawi kini bertukar ke zon kuning," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut meminta orang ramai supaya dapat menjaga diri dan keluarga bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.

"Covid-19 sudah berada di sekeliling kita sekarang. Amalkan norma baharu dalam kehidupan seharian kita.


"Seperti sentiasa memakai pelitup muka, sentiasa mencuci tangan, jaga penjarakan fizikal dan menggunakan aplikasi MySejahtera di setiap premis yang dikunjungi," katanya.



Sumber : Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 13-1-2021 10:01 PM
Bru jah komen kt benang mn tah td psal langkawi 0 case. Choi
Quote matbad 13-1-2021 10:30 PM
Aku baru nak bernafas buat keta sewa. Homestay bru nk jalan huhu
Quote LadyCarefree 13-1-2021 11:02 PM
Avian flu pula di ambang. Ya Tuhan.
Quote Mopiko 13-1-2021 11:11 PM
LadyCarefree replied at 13-1-2021 11:02 PM
Avian flu pula di ambang. Ya Tuhan.


maksudnya?



Quote Perawankota 14-1-2021 04:42 AM
Sian org2 langkawi. Harap2 pakcik yg bawak aku pusing2 tour langkawi bln 9 hari tu dpt survive... Masa aku dtg tu pon, dorg baru nk start balik..
Quote lattehazelnut 14-1-2021 04:46 AM
Xsurprise pun.. 2 minggu lepas new year..
Quote LadyCarefree 14-1-2021 07:52 AM
Mopiko replied at 13-1-2021 10:11 PM
maksudnya?

Avian flu dah start muncul di India, Cambodia, China. Selsema burung.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.045527 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top