CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sedekah Tak Pandang GENDER, Mungkin Mereka Suka Tengok Saya Melacur" - Sajat

15-1-2021 08:12 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 12449| Komen: 96|Original author: Oleh: LilRose

Kecoh sejak beberapa hari ini selepas tular video menunjukkan Sajat menangis apabila tangannya digari.

Lebih-lebih lagi apabila dia memuat naik beberapa hantaran memberi bayangan mengakui status sebenar jantina dirinya.



Kredit foto: IG

Malah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga mengesahkan Sajat disiasat pihaknya berikutan menerima laporan usahawan kontroversi itu berpakaian wanita ketika menghadiri majlis doa selamat di Wisma Nur Sajat, Shah Alam.

Dalam hantaran terbarunya, Sajat yang masih berasa dirinya teraniaya mempersoalkan pandangan orang ramai terhadap dirinya yang disifatkan mempermainkan agama walaupun banyak kerja amal sudah dilakukannya.


Kredit foto: IG


"Mungkin mereka suka tengok saya melacur dari buat kerja elok kot!!

"Yalah! Saya mana ada rekod kena tangkap OPS pelacuran di bawah JAIS!" tulisnya.


Kredit foto: IG

Sajat kemudian memuat naik video berjalan memakai baju tidur sambil memberi sedekah kepada gelandangan di jalanan berserta kapsyen yang menegaskan perbuatan sedekah atau wakaf bukan berpandukan dari pakaian, tetapi dari niat hati dan keikhlasaan.



Kredit foto: IG

"Sedekah tak pandang siapa GENDER kita, AGAMA kita, STATUS kita, PAKAIAN kita atau SESIAPA pun BOLEH bersedekah, yang penting kita mempunyai hati perkemanusiaan.

"Saya sayang Allah, tetapi mereka kata saya mempersenda agamaku kerana sedekah Di wisma ku sendiri dengan keadaan berjubah dan bertudung. Ia terus dihukum mempersenda agama islam. Maafkan Aku.. Aku bukan manusia sempurna," ujarnya. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakakpositifker 15-1-2021 08:16 AM
Niat tak menghalalkan cara dik. Semoga kau kembali ke jalan allah swt.
Quote Buritan 15-1-2021 08:19 AM
kakakpositifker replied at 15-1-2021 08:16 AM
Niat tak menghalalkan cara dik. Semoga kau kembali ke jalan allah swt.

Lantak dia laa sis.. mohon Allsh turun bala pd sajat and the gang laa.. jgnlaa Kau turunkan bala pd kami pula Ya Allah.. bala kobikni pun tak settle lagi..
Quote Themilo 15-1-2021 08:22 AM
Selama ni pun memang kau dress up macam pelacur..
Quote tokchik 15-1-2021 08:23 AM
Balik2 Kau ungkit pasal sedekah Kau.

Sekarang Bukan pertikaikan pasal sedekah Tu.

Tetapi penampilan yg berlawanan dgn fitrah semulajadi kmu.

Dulu pung pang pung pang kata KHUNSA
Quote September14 15-1-2021 08:24 AM
Kawenkan dgn sohai sesuai
Quote kikuri 15-1-2021 08:36 AM
bodo ke jat... orang minta ko balik ke fitrah asal... bukan suruh ko melacur... amalan sedekah tu jangan nak ungkit2.. mungkin nnti ada bhgn untuk jat... kita tak payah nak nilai amalan kita sendiri...


gittew mood ustajah di hari jumaat
Quote Tinot7 15-1-2021 08:37 AM
Ubah kemaluan tak bermakna dna pun berubah...
Tapi bila dah ubah kemaluan, voley ka depa balik ke asal?
Quote Knowlee 15-1-2021 08:37 AM
Sedekah tu sampingan. Yg kau terang terang langgar perintah Allah tu apa? Allah berfirman dalam Quran pasal menyerupai lelaki atau perempuan ni.
Quote Nenasketum 15-1-2021 08:39 AM
Apa lah punya perangai jantan sekor ni, tak abis2 nak meroyan kat soc med.
Quote singajantan 15-1-2021 08:42 AM
Ni laa orang

Telan rasuah byk2 kemudian pergi umrah ke haji balik anggap suci segalanya...

Dah buat jenayah....minta maaf ...Kira selesai

Sudahlaa ko sajat...setakat play victim ..pastu dpt publisiti murahan utk produk timbang Kati ko
Quote miss_perfect 15-1-2021 08:42 AM
Ko ni Sajat, kalau kau bukan ummah LGBT pun, aku menyampah dengan perangai ko. Cuba muhasabah sikit. Ko ingat orang benci ko semata sebab LGBT ke. Padahal perangai sendiri tak senonoh.
Quote alieyrina 15-1-2021 08:55 AM
Diam2 xleh ka dia ni..defensive much
Quote budakshinchan 15-1-2021 08:57 AM
sedekah dari kaum kelempok x salah.. ko jadi lelaki lembut berlenggang lenggok still boleh beramal jariah.. kalo ikhlas dan dari sumber halal InsyaAllah dpt pahala.. benda salah tu bila pakai menyerupai perempuan.. pesal sampai meroyan nk pegi melacur la, kuar Islam la, nk pegi mati la.. benak sungguh.. susah betul dia nk paham..
Quote kay781 15-1-2021 09:00 AM
Kat dunia boleh lah spin..kat akhirat anggota badan bersaksi kecuali mulut terkunci.

Tangan kata inilah tangan yang bersedekah.
Pinggul kata inilah pinggul yang menari dan bergelek penuh keghairahan menjana pendapatan (orang puji cantik lawa seksi, followers bertambah makin ramai beli produk dan support)
Quote lovelytouch 15-1-2021 09:07 AM
Sedekah2 kepala hotak hangggg
Quote EvieWanKenobi 15-1-2021 09:16 AM
manipulator.. that's what you are..
Quote putericahaya999 15-1-2021 09:38 AM
Xyah melacur sajat weh
Jadi laki je
Xyah duk sedekah la gebang2
Sedekah senyap2
Quote boojaat 15-1-2021 09:47 AM
Lama nya dia ni meroyan...
Quote Scheherazade 15-1-2021 09:49 AM
Bangang la dia ni. Bkn nya org tgkp sbb pertikai sedekah ke amal jariah yg ko buat. In denial betul dgn realiti

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.037511 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top