CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Boleh 'Shooting' Di Zon PKP - Ahmad Idham

15-1-2021 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2417| Komen: 4

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengulangi peringatan rumah produksi dilarang melakukan aktiviti penggambaran di zon Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebaliknya, aktiviti penggambaran boleh diteruskan di zon Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).


Sehubungan itu, FINAS memandang serius penularan video dan artikel berkaitan kenyataan Presiden Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM), Ahmad Ibrahim mengenai apa yang didakwa kebenaran aktiviti penggambaran di zon PKP.


Kredit foto: IG Ahmad Idham

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri, berkata pihaknya sudah merujuk kepada MKN bagi mendapatkan kesahihan mengenai kenyataan Ahmad.

"Kita dimaklumkan tiada perbincangan antara pihak MKN bersama FDAM seperti dinyatakan dalam video terbabit.


"Justeru, FINAS menegaskan semua aktiviti penggambaran tidak dibenarkan di zon PKP," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Idham berkata, FINAS sedang berbincang dengan MKN untuk melonggarkan SOP penggambaran bagi sektor industri kreatif bagi memastikan ekonomi pemain tidak terjejas.

"FINAS juga mengingatkan kepada semua pihak agar tidak bertindak secara serkap jarang dalam membuat kenyataan dan tidak memutarbelitkan fakta yang boleh mengelirukan penggiat industri kreatif," katanya.

Ahmad Idham berkata, FINAS akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai isu penggambaran dan maklumat lain melalui medium hebahan media dan laman sesawang FINAS di www.finas.gov.my.

Maklumat juga dikongsi dalam media sosial rasmi Facebook, Instagram dan Twitter @FINASMalaysia.


Sumber: BH Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 15-1-2021 10:13 PM
Mmg bagus pon x der shoot.. Bukan reti jaga SOP masing2
Quote fealefea 15-1-2021 11:30 PM
Hmmm, x jaga sop. Pastu x pakai mask berlakon pon. Ikut je la rules. Asik nk dikecualikan mcm2 cam artis ni frontliners.
Quote LadyCarefree 16-1-2021 06:48 AM
Dahtu retis dn krew dari zon pkp gigih minta surat rentas negeri atas alasan kerja pi shoot kt negeri kpkb. Duhhhhhh. Retis2 bukan pekerja industry essential. Patut retis no pengecualian rentas negeri. Duk dendiam.
Quote Namasayaomel 15-3-2021 07:02 AM
{:childlike aku nak tgok drama bkualiti please..pkp ke pkpb ke pkpppppp ke yg pnting quality

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.068173 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top