Pelakon Shima Anuar tampil memberi penjelasan apabila ada peminat meluahkan kegusaran untuk membeli laksam gara-gara dirinya positif COVID-19 beberapa hari lalu.
Menurut Shima, dia berasa terpanggil untuk memberi kenyataan kerana cakna akan kerisauan sesetengah pelanggan yang risau berikutan isu tersebut. Jelas pelakon cantik yang kini mengusahakan perniaggan laksam itu, dia sudah menyerahkan urusan pembuatan makanan tersebut kepada kakaknya disebabkan dia bakal memulakan sebuah projek penggambaran. Menurut Shima lagi, ada juga pelanggan yang bertanya sama ada mereka kena melakukan ujian calitan (Swab Test) COVID-19 memandangkan dia disahkan positif sebelum ini. Pelakon filem Hospital ini membalas bahawa pelanggan tidak perlu melakukan ujian tersebut, malah dia memohon maaf jika menimbulkan kerisauan dalam kalangan pelanggan dan berharap penjelasan tersebut dapat memuaskan hati semua pihak di luar sana.
Terdahulu, Shima mengadu sesak nafas dan sakit kepala sejak Jumaat lalu sebelum membuat ujian calitan tersebut pada keesokan harinya dan kemudian disahkan positif COVID-19.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|