KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengemukakan tuntutan kepada Tan Sri Tommy Thomas yang didakwa memfitnahnya dalam buku berjudul "My Story Justice in The Wilderness". Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata anak guamnya menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM10 juta daripada bekas Peguam Negara itu. "Sekiranya kami tidak menerima maklum balas yang memuaskan daripada pihak anda pada Jumaat ini, arahan jelas kami adalah untuk memulakan prosiding undang-undang awal minggu depan," katanya. Memetik laporan portal Free Malaysia Today, dalam surat tuntutan kepada Thomas, Najib mengatakan bahawa pada 31 Januari, Tommy telah menerbitkan sebuah buku dan tuduhan fitnah itu ada dalam bab 42 dengan judul "Altantuya" yang dari halaman 400 hingga 405.
Ia juga mengatakan bahawa kenyataan Thomas mengenai Najib dalam buku itu jelas didorong oleh mala fide dan usaha mementingkan diri sendiri untuk mencari publisiti murah yang didorong oleh "ego, sensasionalisme dan keuntungan". Kenyataan itu menambah bahawa penulisan Thomas jelas memfitnah Najib dan menyebabkan dirinya menderita dan berasa malu. Surat itu turut menuntut permohonan maaf daripada Thomas untuk disiarkan di akhbar pilihan Najib, dengan ikrar janji oleh Thomas untuk tidak mengulangi tuduhan dan komen dalam buku itu, serta ganti rugi RM10 juta sebagai balasan kerana mencemarkan reputasi Najib. Pada 31 Januari, Thomas mengeluarkan buku memoir 573 muka surat yang antara lain memaparkan kisah kejayaan dan kegagalan sewaktu pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan dari perspektifnya. Sumber : Astro Awani |
dodolgemok replied at 3-2-2021 12:36 PM
Saman je lah jib, kau kan sentiasa betul. Tpi jangan pilih hari selasa, tu saman tertunggak kau seja ...
axl_bach replied at 3-2-2021 08:56 AM
Harap semua yg tercuit dlm buku Tomitomas tu saman dia, biar the truth prevail
dodolgemok replied at 3-2-2021 12:36 PM
Saman je lah jib, kau kan sentiasa betul. Tpi jangan pilih hari selasa, tu saman tertunggak kau seja ...
Orix replied at 3-2-2021 10:51 AM
pampasan 10juta jah ??? cukai yg berbilionzzz tu dh bayo ke belum ?
dizekni replied at 3-2-2021 03:35 PM
Cukai atas apa?
2.6 billion ka
rashiman replied at 3-2-2021 11:42 AM
eloklah disaman jika betul ada unsur2 fitnah....
jika tak saman....nanti semakin berleluasa fitnah, ...
dodolgemok replied at 3-2-2021 12:36 PM
Saman je lah jib, kau kan sentiasa betul. Tpi jangan pilih hari selasa, tu saman tertunggak kau seja ...
rashiman replied at 3-2-2021 03:03 PM
ramai yg tercuit..
MissYouSayang replied at 3-2-2021 07:54 PM
Tun det ok jerrr, najib plak yg koyakkk..padahal imej tun yg tercalar teruk la ni..
ADVERTISEMENT