Pasangan yang sentiasa ceria, Azad Jazmin dan Eira Syazira tidak pernah menghampakan peminat kerana pasti ada sahaja gelagat mereka yang mencuit hati warganet. Bukan semua pasangan bertuah dapat suami yang lucu dan suka bergurau, pendek kata beruntunglah Eira bersuamikan Azad atau lebih mesra dipanggil Pak Azad. Oh ya! sudah pastilah Pak Azad pun bertuah juga dapat isteri yang sungguh sporting dan "boleh bergurau". Ya lah! hidup ni tak boleh terlalu serius sangat, kena sentiasa ada gurauan dalam kehidupan seharian barulah tak stress kan. Gurauan pun satu terapi dan pengikat kasih sayang suami isteri tau! Terbaru, Eira berkongsi satu lagi video yang berjaya mencuit hati peminat. Melalui paparan video tersebut, ketika Eira sedang leka merakam video di Instagramnya, secara tiba-tiba Pak Azad muncul dari belakang dan menyerkup kepala isterinya dengan kain pelikat yang sedang dipakai olehnya.
|
Mopiko replied at 22-2-2021 08:27 AM
tak faham part kenapa macam malu2 bila kena serkup.. like tak pernah tengok
Kak.Nah.Bosan replied at 22-2-2021 03:34 PM
duhhh tibe lak kaknah terbayang dok dalam kain tu pulak.kak nah tak suka perasaan ni
ADVERTISEMENT