CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Orang Cina Bukan Pendatang, Mereka Bangsa Johor" - Sultan Johor

21-2-2021 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9625| Komen: 74

Description: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah Johor menghargai peranan masyarakat Cina dalam membangunkan negeri itu, sejak bermulanya zaman Kesultanan Johor pada abad ke-16.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah Johor menghargai peranan masyarakat Cina dalam membangunkan negeri itu, sejak bermulanya zaman Kesultanan Johor pada abad ke-16.

Royal Press Office dalam kenyataan sempena sambutan Tahun Baharu Cina memaklumkan, Sultan Ibrahim bertitah bahawa kerja keras dan ketahanan diri masyarakat Cina dalam membantu memodenkan Johor penting dan mengagumkan, oleh itu, sumbangan mereka yang luar biasa itu perlu diiktiraf.



Kredit foto: IG Sultan Ibrahim

Menurut Sultan Ibrahim, masyarakat Cina telah diundang ke Johor sebagai “tetamu” oleh nenek moyang baginda untuk membantu membangunkan negeri ini.

“Nenek moyang beta berpandangan jauh dalam menjalinkan hubungan yang unik dengan orang Cina. Mereka bukan “pendatang”. Mereka dijemput ke Johor untuk membuka tanah kita dan mengusahakan ladang-ladang.

“Mereka (orang Cina) adalah “Bangsa Johor”- sama seperti orang Melayu, India dan lain-lain, semuanya adalah rakyat Malaysia,” tegas baginda.

Menelusuri sejarah kedatangan masyarakat Cina, baginda bertitah bahawa Temenggong Daeng Ibrahim individu pertama yang mengundang orang Cina dari China untuk datang ke Johor pada tahun 1844 untuk membantu membuka ladang gambir dan lada hitam, secara besar-besaran.

Semenjak dari itu, masyarakat Cina juga membantu meletakkan Johor di persada antarabangsa pada tahun 1850 sebagai pengeluar lada hitam dan gambir terbesar, dengan aktiviti hiliran yang aktif seperti penyamakan kulit dan mewarnakan kain menggunakan gambir.

“Kesultanan Johor dan masyarakat Cina mempunyai hubungan yang istimewa. Mereka telah memainkan peranan penting dalam pembangunan Johor. Kami menghargai sumbangan mereka,” titah baginda. 


Sumber: Bernama

2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • yeos

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • coco

  • Adrif

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 21-2-2021 03:10 PM
Macam mana pulak kalau dotdotdot bukan keturunan sultan dotdotdot yg sebenar, tapi dotdotdot hanyalah keturunan temenggung ???
Quote dudaberhias 21-2-2021 03:17 PM
Sultan yang sultan perak titah katanya mengizinkan negara dijajah kerana duit dan harta tu tu sultan mana ye?
Quote Aliaskotonggo 21-2-2021 03:21 PM
apa kata pejuang2 Melayu CF? yg pakai tanjak sambil tgk tv kat rumah tu, minta komen sikit
Quote Belibis 21-2-2021 03:22 PM
Takpelahh..i simpan komen dalam hati jer.
Quote KIM.K 21-2-2021 03:33 PM
ada sultan tu di rumah dia ada rotary club mata satu siap mata satu dlam architecture
Quote Decaffeinated 21-2-2021 03:38 PM
Kalau johor ni nanti berjaya melakukan apa yang Malaysia gagal korang sila lah jeles.
Quote noor2 21-2-2021 03:47 PM
Adakah bangsa cina dijohor dapat hak keistimewaan bumiputera sebab depa dikatakan bukan pendatang?....

Ampun tuanku
Quote salmon-suki 21-2-2021 03:48 PM
Kekeke~
Yelaa..bangsa johor .{:smile{:smile{:smile
Lpe plak,johor kan sebuah negara{:smile
Quote Tinot7 21-2-2021 03:53 PM
Awat depa panggil org cina mai usahakan ladang depa?
Awat bkn org melayu kat sana?
Iols dah lupa sejarah ni
Quote mh17 21-2-2021 04:06 PM
Orix replied at 21-2-2021 03:10 PM
Macam mana pulak kalau dotdotdot bukan keturunan sultan dotdotdot yg sebenar, tapi dotdotdot hanyala ...

Stuju,yg original suku sakat disingapura sudah dbersihkn,ksian2
Quote Orix 21-2-2021 04:14 PM
mh17 replied at 21-2-2021 04:06 PM
Stuju,yg original suku sakat disingapura sudah dbersihkn,ksian2

Itupun masih kuat pefeeling
Quote Belibis 21-2-2021 04:16 PM
salmon-suki: Kekeke~Yelaa..bangsa johor .{:smile{:smile{:smileLpe plak,johor kan sebuah negara{:smile

Dekat borang resmi,kolum bangsa cuma ada melayu,cina,india dan lain lain.orang johor ambik kolum dan lain2 ke?
Quote airmineral 21-2-2021 04:18 PM
mohon cina2 berhijrah ke johorrrr
Quote lavendernovella 21-2-2021 05:18 PM
Tengoklah apa dah jadi. Harap keluarga asal tu boleh naik kembali.  
Quote haruslah 21-2-2021 05:26 PM
Dah boleh tambah bangsa melaka selangor sarawak sabah kedah kelantan dll dlm urusan rasmi
Tp pelik, negeri lain xde lak sebut2 bangsa......
Quote PEPPERMAN 21-2-2021 06:03 PM
Sama mcm peranakan di melaka n Penang ka
Quote FOTHER-MUCKER 21-2-2021 06:13 PM
Sepatutnya di malaysia tu kena ada satu bangsa sahaja iatu bangsa malaysia.

Bangsa malaysia  berbagai agama dan budaya!
Quote Skuau 21-2-2021 06:42 PM
Edited by Skuau at 21-2-2021 06:45 PM

AKU....sedar diri datang ke tempat orang...ya AKU akui...AKU.....HANYA ......PENDATANG...ke sempadan yang mengasingkan....kedatangan tiada sambutan.....dan.... senyuman tiada balasan...........
Quote tagas 21-2-2021 06:45 PM
Syok sendiri

johorean2 sendiri pun ada yg rengsa

dgn depa2 nih bangsa Jubor bagaih

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.076023 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top