CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imam Besar Masjid Putra Mohon Maaf Sebab Terlanjur Kata

15-9-2021 07:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8979| Komen: 66

Imam Masjid Putra, Ustaz Ikmal Zaidi Hashim memohon maaf kepada seluruh umat Islam berhubung video penjelasannya mengenai isu layanan dua darjat bagi solat Jumaat di Masjid Putra, baru-baru ini.


Ikmal berkongsi rakaman maaf secara terbuka itu menerusi laman Facebook Masjid Putra Putrajaya, kira-kira pukul 10.25 malam tadi.

Menurutnya, beliau memohon maaf berhubung penjelasannya yang dilihat agak keterlaluan berhubung video tular itu.



“Dengan rendah hati, saya ingin memohon maaf atas segala keterlanjuran tersebut dan berazam serta berjanji akan membaiki keadaan terutama berkaitan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Putra.

“Saya juga mengajak semua khasnya jemaah Masjid Putra untuk teruskan aktiviti pengimarahan sama ada solat Jumaat atau solat fardu dan program yang akan dianjurkan kelak,” katanya.


Sebelum ini, Ikmal memuat naik video bagi memberi penjelasan sebenar berhubung isu tular itu malah, beliau tidak reda dengan penyebaran video berkenaan.

Menerusi rakaman video itu, Ikmal turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada hari berkenaan. Malah, beliau turut menggesa individu yang menularkan video itu tampil memohon maaf kepada pihak penguruasan masjid.

Sebelum itu, pihak pengurusan Masjid Putra menerusi kenyataan akhbar memohon maaf kepada semua pihak sekiranya wujud kekeliruan susulan penyebaran video tular itu. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iman_kasih 15-9-2021 07:42 AM
Bagus la pak imam.. Ni je cara nak redakan isu. Elok dari awal hari tu minta maaf dan terangkan sebab musabab vip tu dpt masuk dan jemaah lain x boleh. Takde la kena kecam sangat. Muhasabah dan berlapang dada. Semua pun ada khilaf masing2.
Quote noor2 15-9-2021 07:55 AM
Alhamdulillah...ini yg sepatutnya...masyarakat akan lagi pandang tinggi cara ni...
Quote gekkou 15-9-2021 07:57 AM
dah kena tegur dengan menteri agama
baru nk minta maaf kan
Quote Trumpettt 15-9-2021 07:59 AM
Bagus, berlapang dada dan perbaiki. Jadi imam tak boleh dendam dan bermusuh.
Quote bulalof 15-9-2021 08:03 AM
berlagak hari tu. dah kena warned & org ramai dah bising baru nak minta maaf. harap2 ikhlas lah ye.
Quote bottombikini 15-9-2021 08:15 AM
dah kena bantai dgn netizen..

netizen Malaysia ni kalo dia bantai, dia bantai seluruh keturunan
Quote Mini.Me 15-9-2021 08:17 AM
Sepatutnya dpd mula lagi tok imam tak perlu buat video...diam lebih baik...kuar statement bertulis je sudah takde laa emosi abis kuar
Quote Kurex 15-9-2021 08:17 AM
Muka dia jenis kembang
Quote cmf_premierleag 15-9-2021 08:18 AM
bottombikini replied at 15-9-2021 08:15 AM
dah kena bantai dgn netizen..

netizen Malaysia ni kalo dia bantai, dia bantai seluruh keturunan : ...

yup,tau takpe
kalo hal2 mcm ni semua netizen dr B40 to T20 semua bersatu hati
Quote Eliadaisy83 15-9-2021 08:19 AM
Nama je imam tapi tak melambangkan akhlak seorang muslim.
Quote imanjannah 15-9-2021 08:19 AM
alhamdulillah.. moga masing2 berlapang dada dan keadaan lebih baik
Quote highcastle 15-9-2021 08:42 AM
Alhamdulillah.. Buat pengajaran..........
Quote c===8 15-9-2021 08:45 AM
jadi brader yg rakam video tu dah tak payah jumpa dia mintak mahap kan?
Quote damsel_fiji 15-9-2021 08:50 AM

haha gigih aku skrol balik tengok
Quote terma2nkondisi2 15-9-2021 09:29 AM
talk day look look, talk night hear hear

look surrounding when say samting... haiyaaa

Quote kuchenta_81 15-9-2021 09:37 AM
Lain kali imam2 ni takyah la main facebook or any social media. Banyak tak elok dari elok untuk kedudukan mereka sebagai imam. Ni la salah satunya, gagal kawal emosi. Dah orang buruk sangka jawatan imam tu jadi macam sejenis pekerjaan pulak.
Quote snor 15-9-2021 09:46 AM
aku xmaafkan ... slagi dia xgi minta maaf kat org yg ambik video tu ...
Quote MissyMolly 15-9-2021 09:50 AM
Sebegitulah sebaiknya.. jd.. skang turn kita puleks memaafin yach!! Mcm la ad kaitan dgn meols
Quote Dorotheas 15-9-2021 09:53 AM
kuchenta_81 replied at 15-9-2021 09:37 AM
Lain kali imam2 ni takyah la main facebook or any social media. Banyak tak elok dari elok untuk kedu ...

Jawatan imam bukan sejenis pekerjaan ke?

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.044314 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top