CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parah Cuba Dibunuh Suami Lepas Tahu Menang Loteri RM31.6 Juta

14-9-2021 11:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2449| Komen: 9

Description: Seorang lelaki mengaku cuba membunuh isterinya tiga tahun selepas wanita itu menang loteri berjumlah £5.5 juta (RM31.6 juta), lapor Metro UK.
Seorang lelaki mengaku cuba membunuh isterinya tiga tahun selepas wanita itu menang loteri berjumlah £5.5 juta (RM31.6 juta), lapor Metro UK.

Stephen Gibbs, 45, pada mulanya menafikan dia cuba membunuh isterinya, Emma Brown, 49, namun mengubah pengakuan pada hari pertama perbicaraan di Mahkamah Diraja Cardiff kelmarin.

Pasangan itu tinggal bersama selama 11 tahun dan menikmati percutian di Sepanyol dan Portugal sebelum Gibbs tiba-tiba menyerang Brown di kediaman mereka di Barry,  Wales Selatan pada malam 30 Januari lalu.


Kredit foto: Daily Mail

Akibat serangan itu, Brown mengalami kecederaan pada bahagian wajah, lengan dan perutnya selain terpaksa menjalani pembedahan plastik di Hospital Universiti Wales.


Pasangan tersebut berkahwin selepas Gibbs dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama enam tahun kerana menyerang bekas teman wanitanya menggunakan pisau.

Apabila wanita itu memutuskan hubungan dengan Gibbs, dia menikam anak lelaki mangsa berusia 11 tahun sebanyak lima kali.

Dia juga pernah cuba membunuh diri dengan terjun dari tempat letak kenderaan bertingkat, namun terselamat.

Hakim Richard Twomlow memberi amaran kepada Gibbs bahawa dia berdepan hukuman penjara yang panjang akibat serangan terbaharunya itu.


Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 14-9-2021 11:43 PM
Edited by tumpanglalu74 at 14-9-2021 11:50 PM

Okay, kajaan UK dulu dah takde duit sampe kene buad National Lottery.  Half of the money kajaan ambek.

So the 1st few weeks* tu korang boley imejin la jackpot camne, ade sekali tu UK pound 41+ jota weh.  Pegi kire berape RM.  Pengsan..  Tup2 ade kelen bukak kedei runcit sorang ney yang menang.  Tapi the following week tu dia taknak tunjok muke dia kat show tu sebab dia takot.  Mase tu show tu belom buad lagi syarat pemenang jackpot wajib hadir during the next week punye show.  Seronok le dia, duit dia angkot balek India pehtu muke dia sekalipon nuspeipe tak dapat tunjok sebab dia dah pasang loyer bila menang tu.  After dat setiap minggu pemenang jackpot kene tunjok muke.  Ade reporter follow up idop dia kat India.  Dengornye orang angkat dia jadi maharaja.

Other than this kes, ponah ade orang menang 3X jackpot.  Gile tak gile.  

Cara nak menang tu ko kene scratch 6 nombor kat kad tu.  Beli je memane pon ade.  

46  53  77  85  02  10

Ateh ni contoh nombor pilihan aku.  Then mase kat tv show tu selebriti tekan butang untok jatohkan 6 biji bola yang ade nombor2 2 digit ni.  Saspen tak saspen.  Memang legit punye loteri takde nipu.  Sesape je boley beli scratch kad tu.

* Okay aku cek kat Wikipedia memang bukan the 1st week kelen ney menang.  Maybe the 2nd week gitu la seingat aku.  Wikipedia pon maleh kenang episod pahit duit negare kene angkot keluor sampe UKP 41 jota.
Quote R2D2 14-9-2021 11:53 PM
tu sebab nama pemenang loteri haram
tak didedahkan nama
pernah berlaku, ramai tahu si apek ni menang
entah dari mana sami
entah dari mana sedara mara jauh
semua dtg rumah apek ni
badan2 kebajikan pun htr wakil minta sumbangan
tension punya pasal
apek ni bunuh diri
Quote tumpanglalu74 14-9-2021 11:58 PM
R2D2 replied at 14-9-2021 11:53 PM
tu sebab nama pemenang loteri haram
tak didedahkan nama
pernah berlaku, ramai tahu si apek ni mena ...

Aku garu kepale betoi mase jackpot 41 jota pound tu dia sorang je tapau.  Jackpot tu kene kongsi la kalo ade orang lain pon scratch nombor sama.  Tapi dia sorang je kene.  Aku ponah beli 2X je.  Dah try 2X tak kene apah pon tak kuase aku nak beli lagi.  Aku kasi nombor kat ex-pakwe aku dia menang 20 pound gitu.  Kah2..
Quote LadyCarefree 15-9-2021 12:08 AM
iols kalau kat sana memang dok beli sesaja.
Quote R2D2 15-9-2021 12:17 AM
ni pun satu kes lain
takut org keliling tahu dia menang  

https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1213272
Quote tumpanglalu74 15-9-2021 12:25 AM
R2D2 replied at 15-9-2021 12:17 AM
ni pun satu kes lain
takut org keliling tahu dia menang  


4 nombor ney kacang sangat.  Ce buad macam UK tu.  Kalo menang gak jackpot memang itu le contoh terbaek bagi "Rezki tak ponah salah alamat "  Ade sekali tu Celine Dion tekan button.

Anyway SSP pon aku sesen tak ponah menang.  Jiran aku menang kete Mercedes..  Udah la memang loaded pon orangnye siap bini dia kabo kat mak aku berape duit simpanan deme.  Sebab dah nyanyok..
Quote nakkomenjugak 15-9-2021 02:33 AM
kalau iol menang loteri pun
jangan puja2 nama iol di paper
hahaa

Quote azwanaliori 15-9-2021 01:03 PM
Jiran iols penah ye menang nombor ekor ratus ribu, punye la gelupur satu family siap pergi tulis nama belakang tiket loteri tu pastu duk padam tulis padam tulis sbb teruja sgt anak beranak nak tulis nama satu family, habis jahanam tiket loteri sbb kene tonyoh dengan pemadam, sekali nak pergi cash in disqualified hahaha padan muka x merasa kaya hasil duit haram
Quote edayildiz 15-9-2021 04:56 PM
ada ke yg jadi kaya sbb menang lotery kt malaysia ni?
ada pakcik i suka beli ni..pastu kalau dpt dia belanja la kwn dia sikit sorg
tp non muslim la..melayu xboleh kan

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.079311 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top