Pasir Gudang: “Saya Pernah Memasak Sup Untuk Suami Dalam Usaha Membantunya Menurunkan Berat Badan, Tetapi Dia Mengamuk Kerana Mahu Menjamah Nasi. “Kini berat badan suami mencecah 180 kilogram dan menimbulkan kesulitan kepadanya terutama ketika mahu turun atau naik ke rumah yang terletak di tingkat empat,” kata Sharifah Hamzah, 42, ketika ditemui di sini, semalam.Suaminya, Mohd Nasir Kaya Kutty, 46, berdepan masalah obesiti sejak lima tahun lalu dan perlu mengambil masa sehingga sejam untuk turun atau naik ke rumah mereka di Blok 39, Projek Perumahan Rakyat Taman Cendana, di sini, akibat masalah terbabit. “Masalah obesiti dialami suami bertambah buruk sejak awal tahun lalu menyebabkan dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji di pasar raya Econsave Taman Scientex sejak April 2013. “Suami juga pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru selama hampir seminggu pada April tahun lalu kerana sesak nafas,” katanya ketika ditemui menerima kunjungan Pengurus Operasi Econsave Johor Mas Imran Adam dan Ketua UMNO Cawangan Taman Cendana 4 Shamsul Bahrin Ibrahim di rumahnya, semalam. Hasil perkahwinan pasangan berkenaan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd Amirul Shafie Mohd Nasir, 20. Menurut Sharifah yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran mamak di Taman Cendana, akibat masalah berat badan, Mohd Nasir kerap sakit sendi menyebabkan pergerakannya terhad. Dia yang turut mengambil upah menggosok baju jiran bagi menambah pendapatan keluarga berkata, dia perlu mengambil cuti setiap kali suaminya mahu mendapatkan rawatan di HSA kerana bimbang lelaki berkenaan terjatuh. “Suami bergerak menggunakan tongkat. Dia juga mengalami kesulitan apabila mahu mendapatkan khidmat pengangkutan awam untuk ke HSA. “Ada kalanya suami tidak dibenarkan untuk menaiki bas kerana pergerakannya yang lambat. Saya pernah menahan teksi, tetapi pemandu berkenaan memberi alasan baru membaiki kenderaannya yang rosak.'' Dia seolah-olah tidak mahu mengambil risiko dengan membawa suami. “Hanya beberapa pemandu teksi yang kami kenali sanggup membawa kami. Tambang teksi untuk pergi balik dari HSA ke rumah kami juga mencecah RM60 bagi setiap perjalanan,” katanya. Sharifah berkata, dia gembira kerana majikan suaminya masih membenarkannya bercuti sehingga keadaannya bertambah baik. “Dia adalah suami yang baik kerana sebelum ini rajin bekerja. Kini, keluarga hanya bergantung kepada pendapatan harian saya sebanyak RM50 sehari. “Ia digunakan bagi menampung kos membeli barangan dapur selain membayar bil utiliti,” katanya. Sementara itu, Shamsul Bahrin berkata, pihaknya akan menguruskan permohonan Mohd Nasir untuk berpindah ke tingkat bawah. “Kami mahu meringankan beban keluarga Mohd Nasir dan akan berusaha mencari kediaman sesuai. Kami juga akan berusaha mengumpul RM2,000 bagi membayar tunggakan sewa rumah Mohd Nasir kerana jika tidak dijelaskan, dia sekeluarga tidak boleh berpindah,” katanya. SHARIFAH menjaga suaminya di rumah mereka di Taman Cendana.
|
tongkatwaran75 posted on 8-3-2014 09:38 AM
SHARIFAH menjaga suaminya di rumah mereka di Taman Cendana.
jojo67 posted on 8-3-2014 10:04 AM
dari sedih dok teringat pasai kapal terbang mas tu teruih akak tergelak besaq.....
noor2 posted on 8-3-2014 10:15 AM
nak T-REX ka? pi cari dinosour dulu...baru boleh masak..cari dino pun tak pa..
Suaminya, Mohd Nasir Kaya Kutty, 46, berdepan masalah obesiti sejak lima tahun lalu dan perlu mengambil masa sehingga sejam untuk turun atau naik ke rumah mereka di Blok 39, Projek Perumahan Rakyat Taman Cendana, di sini, akibat masalah terbabit.
ADVERTISEMENT