CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Polis Terkedu Ditahan Polis Ketika Menahan Bangla

24-4-2014 10:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15082| Komen: 16

Description: “Siasatan Awal Juga Tidak Menolak Kemungkinan Kumpulan Ini Baru Berjinak-Jinak Melakukan Penyamaran Sebagai Anggota Polis Dengan Mensasarkan Mangsa Dalam Kalangan Warga Asing Untuk Elak Dikenali,” K ...
Ampang: Helah tiga lelaki menyamar anggota polis dan menahan seorang lelaki warga Bangladesh di hadapan sebuah pasar raya, di sini terbantut apabila mereka disapa anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan.

Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin, dua lelaki berusia 20-an dan seorang remaja berusia 17 tahun yang lengkap berpakaian seragam polis gagal mengemukakan kad kuasa polis ketika diminta berbuat demikian.

Sumber polis berkata, anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan berkenaan curiga dengan tindakan kumpulan lelaki itu selepas meneliti pakaian seragamnya yang tidak sama seperti polis sebenar.

“Mereka dikatakan menahan mangsa untuk melakukan pemeriksaan dokumen pengenalan diri kerana menyangka mangsa adalah pendatang tanpa izin (PATI) di negara ini.

“Mangsa yang ditahan adalah seorang lelaki warga Bangladesh berusia 20 tahun yang sedang menuntut di sebuah kolej swasta di sini,” katanya.

Katanya, bagaimanapun tindakan lelaki itu gagal apabila sekumpulan anggota polis yang menyaksikan kejadian itu menghampiri mereka dan meminta kad kuasa polis.

Sumber berkata, ketiga-tiga lelaki itu terkedu dan cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan dan dibawa ke balai polis.

“Mereka kemungkinan mahu mangsa menyerahkan ‘wang perlindungan’ bagi melepaskan diri,” katanya.

“Siasatan awal juga tidak menolak kemungkinan kumpulan ini baru berjinak-jinak melakukan penyamaran sebagai anggota polis dengan mensasarkan mangsa dalam kalangan warga asing untuk elak dikenali,” katanya.

Katanya, polis turut merampas pakaian seragam polis, kasut, tali pinggang hitam lambang POLIS dan sepasang gari manakala pemeriksaan mendapati ketiga-tiga lelaki itu tiada rekod jenayah lampau.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Contoh polis yang tiada no 

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 24-4-2014 04:52 AM
contoh pulis yg takde nombor anggota;

Quote kakikuDibibirmu 24-4-2014 05:09 AM
polis yang ni tasty, yang lain semua hazabedongs

Quote Acong 24-4-2014 06:10 AM
kadet polisi?
Quote pelukis.plan 24-4-2014 07:24 AM
tu uniform baru..
unit MPV yg pakai
Quote pakweneelofa 24-4-2014 08:12 AM
aku pelik mana dia dapat uniform ni
Quote MegiTomyam 24-4-2014 09:12 AM
Pakai baju kadet polis kot. Hihihih
Quote mute 24-4-2014 11:44 AM
nak sangat jadi polis...amek ko....
Quote mommymonster82 24-4-2014 11:55 AM
Goid job abang polis
Quote TEDDYASESARA 24-4-2014 11:58 AM
Quote tampinus 28-4-2014 01:51 AM
Nak cari mkn, jgn langgar kwsn..
Quote Dunhill. 28-4-2014 05:40 AM
Selayaknya
Quote alinone78 28-4-2014 06:08 AM
pelukis.plan posted on 24-4-2014 07:24 AM
tu uniform baru..
unit MPV yg pakai

Mpv tu apa
Quote pelukis.plan 28-4-2014 07:12 AM
alinone78 posted on 28-4-2014 06:08 AM
Mpv tu apa

unit kereta peronda
yang naik kereta polis putih tu

Quote alinone78 28-4-2014 08:32 AM
pelukis.plan posted on 28-4-2014 07:12 AM
unit kereta peronda
yang naik kereta polis putih tu

betoi la
hari tu nampak yang naik moto peronda pun pakai baju macam ni
Quote gaara_X 28-4-2014 08:50 AM
tu laa......nak wat cam ne....masa rusuhan dulu pun polis bukan ada number badan pong...aahks!!

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.068367 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top