CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Pensyarah UM Antara 5 Suspek Militan Dikehendaki Polis

4-7-2014 11:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8301| Komen: 42

Description: Beliau Berkata, Kesemua Mereka Kini Dipercayai Berada Di Selatan Filipina. Tiga Daripada Mereka Disyaki Terlibat Merekrut Dan Mengatur Pemergian Anggota-Anggota Militan Dari Malaysia Untuk Menyertai K ...
Gambar hiasan


KUALA LUMPUR 2 Julai - Seorang pensyarah di Fakulti Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, adalah antara lima rakyat tempatan yang dikehendaki Polis Diraja Malaysia hari ini kerana terlibat dalam kegiatan militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka ialah pensyarah terbabit iaitu Dr. Mahmud Ahmad, 36; manakala empat lagi yang diburu ialah Mohd. Najib Husen, 36; Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39; Mohd. Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30.

Beliau berkata, kesemua mereka kini dipercayai berada di selatan Filipina. Tiga daripada mereka disyaki terlibat merekrut dan mengatur pemergian anggota-anggota militan dari Malaysia untuk menyertai kumpulan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) di Syria.

"Dua lagi (yang dikehendaki) adalah anggota Darul Islam Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini. 

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Omong 2-7-2014 02:18 PM
tengok ler pensyarah fakulti maner
Quote Cakkkk....aaaa 2-7-2014 02:24 PM
sejak lawatan obama hari tu... ramai betul terrorist kat malaysia ni ya...
Quote cepheid 2-7-2014 02:31 PM
Orang Akademi Islam ke ni?
Quote PE-DX03 2-7-2014 02:32 PM
Dr Mahmud Ahmad? that handsome guys? wow. pow lis are u sure he is a culprit?
Quote nebulagazer 2-7-2014 02:33 PM
Nk.tutup skendel seks new zealand kah????
Quote OmJualGas 2-7-2014 02:35 PM
nasib baik bukan itu punsyarah bertekad cumerlang...
Quote crossfire 2-7-2014 02:38 PM
cepheid posted on 2-7-2014 02:31 PM
Orang Akademi Islam ke ni?

Islam apa kalau join abu shayaffff....... militant tu...
Quote PE-DX03 2-7-2014 02:38 PM
better pow lis tangkap itu mamat ass scar cuba merogol orang.
Quote AbukRokok 2-7-2014 02:40 PM
crossfire posted on 2-7-2014 02:38 PM
Islam apa kalau join abu shayaffff....... militant tu...

owhhh banyak cantik kalau abu sayaf sulu dipangil militan
klu Isis dipanggil pejue dabel standard tol
Quote ultra78 2-7-2014 02:41 PM


Name
Dr.  Mahmud Bin Ahmad
Designation
Senior  Lecturer
Department
Department  of Akidah and Islamic Thought
Faculty
Academy  of Islamic Studies
Tel. No. (Office)
03-7967  6102
E-mail Address
drmahmud@um.edu.my
Address(Office)
Department  of Akidah and Islamic Thought, Academy of Islamic Studies Building,  University of Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA
Quote AbukRokok 2-7-2014 02:42 PM
len kali org2 UM ikut la mcm profesor zizang lehnat...aman aman je buat trip gi antartika cari penguin dgn mat said
Quote crossfire 2-7-2014 02:44 PM
AbukRokok posted on 2-7-2014 02:40 PM
owhhh banyak cantik kalau abu sayaf sulu dipangil militan
klu Isis dipanggil pejue dabel standard ...

penggal kepala, culik, Islam ker tu...nak perang betul2 gie selatan Thailand tu...tak payah nak culik2..lawan askar thailand sana, bantu geng2 Patani.

Quote cepheid 2-7-2014 02:45 PM
AbukRokok posted on 2-7-2014 02:42 PM
len kali org2 UM ikut la mcm profesor zizang lehnat...aman aman je buat trip gi antartika cari pengu ...

apasal ko jaki dengan dia?
Quote AbukRokok 2-7-2014 02:51 PM
crossfire posted on 2-7-2014 02:44 PM
penggal kepala, culik, Islam ker tu...nak perang betul2 gie selatan Thailand tu...tak payah nak cu ...

Imam mahdi takkan muncul di Patani dan Mindanao kekdahnya
tapi akan muncul di Levant ...jadi secara teoririkalnya lebih afdhol berperang disana..... patani mindanao rohingya pi lantak la x signifikan dan x menggamit akhir zaman agar dtg dgn segera .
Quote skymania 2-7-2014 02:55 PM
lecturer gang sepohon kayu...

ari tuh lecturer UTM kt indon..nih UM la plak..
Quote crossfire 2-7-2014 02:55 PM
AbukRokok posted on 2-7-2014 02:51 PM
Imam mahdi takkan muncul di Patani dan Mindanao kekdahnya
tapi akan muncul di Levant ...jadi seca ...

maksudnya berperang boleh pilih2 tempat   jihad hanya laku di tanah ereb!!!

Quote AbukRokok 2-7-2014 03:01 PM
crossfire posted on 2-7-2014 02:55 PM
maksudnya berperang boleh pilih2 tempat   jihad hanya laku di tanah ereb!!!

iya...ereb pun hanya tempat2 tertentu sahaja..... lihat saja Sudan sendu sgt xde sapa nk berjihad dengannya sehingga terpecah belah dua menjadi sudan utara dan sudan selatan sbb sudan xpenting.
Quote kentel 2-7-2014 03:03 PM
adoih...terlalu extremist sangat fahaman...terus jadi terrorist...
Quote Czaziq 2-7-2014 03:43 PM
nape dia xkeje bersungguh2 terbitkan artikel ke jurnal ke guide student2 dia buat good deeds ke or dia kumpulkan geng2 dia buat good deeds utk golongan mualaf ke homeless ke or pesakit mental or rumah org tua or rumah anak yatim or bantu anak2 tahfiz amal yg dibekalkan rm5 utk keje jual minyak urut dr pagi sampai malam kt tepi jalan?

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:06 AM GMT+8 , Processed in 0.138234 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top