CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terkulai Layu Manja Di Dalam But Kereta

11-8-2014 01:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8546| Komen: 28

Description: “Seekor Lembu Yang Dipercayai Disuntik Pelali Berada Di Dalam But Kereta Tersebut Selain Menjumpai Alatan Suntikan Pelali Di Dalam Kenderaan Terbabit.

Terkulai Layu Manja Di Dalam But Kereta





Seekor lembu yang disumbat di bonet belakang kereta terbabit dipercayai dicuri selepas disuntik pelali.


MARAN - Seekor lembu di percayai dicuri dijumpai di dalam but sebuah kereta jenis Proton Iswara yang terkandas di ladang kelapa sawit dekat Felda Jengka 4 dalam satu kejadian kejar mengejar dengan pihak polis, kira-kira jam 12 tengah hari, kelmarin.

         
Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, suspek di lihat dalam keadaan mencurigakan ketika berada di Pekan Sri Jaya dan gagal memberhentikan kenderaan apabila diminta berbuat demikian.

Menurutnya, suspek kemudian bertindak memecut kenderaan dinaiki menghala ke Bandar Maran sebelum satu sekatan polis dibuat berhampiran sebuah lampu isyarat di bandar itu.

“Suspek turut merempuh sekatan tersebut namun terkandas ketika cuba memasuki kawasan ladang kelapa sawit Jengka 4.

“Seekor lembu yang dipercayai disuntik pelali berada di dalam but kereta tersebut selain menjumpai alatan suntikan pelali di dalam kenderaan terbabit.

“Sehingga kini, pihak polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung kehilangan haiwan ternakan itu,” katanya.

Sulaiman berkata, sekiranya tiada laporan dalam tempoh dua hari lagi, lembu itu akan diserahkan kepada Pejabat Veterinar Daerah untuk tindakan lanjut.


6

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jengkoil 11-8-2014 08:46 AM
Baca tajuk dah tau lembu...lembu je selalu dok dlm bonet selain luggage. .
Quote Vellfire 11-8-2014 08:48 AM
lembu naik keta tempatan
Quote kikuri 11-8-2014 09:13 AM
alololo...kesiannya dia
Quote afie_m 11-8-2014 09:25 AM
dasyat rakyat mesia ni..dah tak perlukan lori tuk curi lembu lagi.....
Quote harimau76 11-8-2014 10:23 AM
kesian la kat lembu tu kena sumbat dlm but kereta....
Quote yellowfin 11-8-2014 10:41 AM
harimau76 posted on 11-8-2014 10:23 AM
kesian la kat lembu tu kena sumbat dlm but kereta....

Kat pasir puteh lagi kesian.. dibawak lari daging jer.. kepala ditinggalkan berlonggok bawah jambatan...

Aku gerenti penyamun2 ni sembelih mesti ikut cara isle... sbb agama melayu mengajar supaya umatnya sangat2 ambik berat pasal sembelihan.. makan haiwan yg tidak disembelih ibarat seperti memakan babi laknatullah..

Curi... curi jugak beb... tapi sembelih mesti mau betul ooo... tak sembelih kalu...makan lidah keras baca alquran dan segala hafalan hilang tau...
Quote gaara_X 11-8-2014 10:45 AM
lembu mahai wei skang nie....
Quote cowey 11-8-2014 10:56 AM
hahahaha..

tajuk tak boleh blah..

manja sgt bunyi..
Quote harimau76 11-8-2014 11:18 AM
yellowfin posted on 11-8-2014 10:41 AM
Kat pasir puteh lagi kesian.. dibawak lari daging jer.. kepala ditinggalkan berlonggok bawah jamba ...

mmg celaka penyamun-penyamun tu kan... time sembelih ikut agama.. time curi tak ingat agama plak kan... apa2 pun sesapa yg terbeli tu kira tak bersalah la sbb tak tau..
Quote mikasa 11-8-2014 11:19 AM
Sekor je? Berapa rekod setakat ni?
Quote Artemesiaa 11-8-2014 11:26 AM
Harap tuan punya lembu lebih berjaga dengan ternakan masing2.  Ialah sekarang ni musim raya posa lepas2 ni dah nak raya korban pulak pemintaan untuk lembu mesti makin tinggi. Kalau tak dijaga makin banyak le lembu yang akan melesap dek geng penyamun lembu cam ni.
Quote jengkoil 11-8-2014 11:33 AM
yellowfin posted on 11-8-2014 10:41 AM
Kat pasir puteh lagi kesian.. dibawak lari daging jer.. kepala ditinggalkan berlonggok bawah jamba ...

Huhuhu....mcm cite2 ustaz jah ni...

curi curi jgk...janji semelih...mesti baca bismillah yime semelih tu...
Quote mattzzx 11-8-2014 11:38 AM
SEmuanya yang mendatangkan duit akan menjadi perhatian terutama mat mat gian....
Quote asher 11-8-2014 11:46 AM
muat pulak tu..
Quote boyagombak 11-8-2014 12:01 PM
Oh manjanya lumbu yg terkulai layu ditasik madu
Quote jerukkedondong 11-8-2014 12:51 PM
kenapalah hati aku rasa berdebar2 baca tajuk thread ni...
Quote crossfire 11-8-2014 12:55 PM
ada reporter tulis tak gini=LEMBU ITU DLM  KEADAAN KHAYAL kih kih
Quote PongKang 11-8-2014 12:55 PM
harap next time kene culik, lembu tu berak je dlm kete. bior bau satu kete n semua pengsan sbb 'keracunan gas'.
Quote kerunai 11-8-2014 01:01 PM
negeri2 ameno mmg makin kurang kes2 camni ...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.097889 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top