CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki bawa mati rindu kepada anak, isteri

12-8-2014 09:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7469| Komen: 28

Description: Akibat Rempuhan Kuat Itu Mangsa Tercampak Di Tengah Jalan Lebih 10 Meter Dari Motosikal Ditunggangnya Dan Meninggal Dunia Di Tempat Kejadian Akibat Parah Di Kepala Manakala Lembu Berkenaan Turut Mati.
Chukai: Memilukan apabila seorang mekanik tidak sempat menyerahkan baju baru kepada dua anak dan bayi yang bakal lahir tidak lama lagi selepas motosikal Honda EX5 ditunggangnya merempuh seekor lembu menyebabkannya maut kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Kejadian di Kilometer 131.9 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di Kampung Titian Berayun, Kijal, dekat sini, berlaku ketika mangsa Mohd Nurul Hafizul Mohd, 30, dalam perjalanan dari rumah ibunya di Kampung Ibai Penunjuk, Kijal, dekat sini, ke rumah mentuanya di Kampung Gong Chengal, Kemasik, dekat sini.

Sebaik tiba di tempat kejadian seekor lembu muncul melintas jalan menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh haiwan berkenaan.


Akibat rempuhan kuat itu mangsa tercampak di tengah jalan lebih 10 meter dari motosikal ditunggangnya dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala manakala lembu berkenaan turut mati.

Ibu mangsa, Madiah Mokhtar, 54, berkata, sehari sebelum itu arwah sepatutnya pulang ke rumah mentuanya menemui isteri, Noor Zalwati Mohd Yusoff, 33, yang sarat mengandung sembilan bulan serta dua anaknya berusia dua dan empat tahun.

“Arwah yang bekerja di sebuah bengkel kereta di Kampung Mak Lagam, dekat sini, pulang ke rumah saya pada jam 5.30 petang kelmarin (Sabtu) dan memberitahu sudah membeli baju anaknya yang bakal lahir pada bila-bila masa, tetapi terpaksa menangguhkan kepulangannya ke rumah mentua kerana letih.

“Selepas bermalam di rumah saya, dia terus pergi bekerja seperti biasa keesokannya. Ketika itu, saya pelik juga kerana dia beritahu sangat sayang kepada anak tetapi tidak pergi menemui mereka atas alasan letih,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kemaman, di sini, kelmarin.

Menurutnya, selepas pulang dari kerja jam 5.30 petang kelmarin, arwah pulang ke rumahnya terlebih dahulu dan keluar semula kira-kira jam 7.45 malam memberitahu ingin ke rumah mentua menemui keluarganya sebelum dia dikejutkan dengan berita anaknya terbabit kemalangan 15 minit kemudian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
13

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bbalik 12-8-2014 08:35 AM
takziah kepada femli...
semoga tabah..
Quote Munnalicious 12-8-2014 08:43 AM
Takziah kepada kelurga mangsa. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org beriman. Amin.
Quote protonpersona 12-8-2014 08:45 AM
Takziah Alfatihah
Quote zamnie 12-8-2014 08:57 AM
Al Fatihah.. moga family arwah bersabar..
Quote jengkoil 12-8-2014 08:58 AM
Lembu punye tuan lembu...
Quote jengkoil 12-8-2014 08:59 AM
Takziah pada pameli...sedeyy anak xsempat jumpa ayah...

metro mesti nk selit cite pelik melik...so stereotype...
Quote iman_aly 12-8-2014 09:09 AM
alfatihah.... ada anak belum lahir pulak.. sedihnye..
Quote ninjago 12-8-2014 09:10 AM
takziah.. byknye berita sedih2 camnie harinie =(cuaca kat luar pun mendung.. hati pun jadik mendung..
Quote kenarihitam 12-8-2014 09:14 AM
Takziah..kesian ..
Quote deanswify 12-8-2014 09:23 AM
takziah kepada keluarga arwah
Quote ibu_haritz 12-8-2014 09:27 AM
takziah kpd family mangsa..
hrp2 isteri arwah slmt bersalin..
Quote solstice 12-8-2014 09:58 AM
kesiannya

Lembu pon mati
Quote MummySafa 12-8-2014 10:48 AM
takziah.. semoga family arwah tabah..
Quote prettyuglybabe 12-8-2014 10:48 AM
kasihan.. takziah

Quote GhostWalking 12-8-2014 10:49 AM
solstice posted on 12-8-2014 01:58 AM
kesiannya

Lembu pon mati

Dalam sinar harian ada gambar lembu yang mati tu di seret ke tepi.Memang sedih..
Quote khaira01 12-8-2014 10:50 AM
Takziah..bertabahla.
Quote Innrukia 12-8-2014 10:51 AM
Lelaki yg penyayang pd isteri & anak2 selalu cepat jer diambil blk. Yg macam setan umur pjg.
Quote zwaty 12-8-2014 10:53 AM
inalillah...2thn..4thn...nak bersalin...berat dgaan mg d permudahkn...
Quote solstice 12-8-2014 11:15 AM
GhostWalking posted on 12-8-2014 10:49 AM
Dalam sinar harian ada gambar lembu yang mati tu di seret ke tepi.Memang sedih..

oh no
x sanggup tengok

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.066784 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top