CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Azab 7 jam dalam semak

23-5-2013 10:36 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 5348| Komen: 35

Description: Seorang buruh berdepan detik mencemaskan apabila dibuang ke dalam semak dengan kedua-dua tangan diikat serta mulutnya disumbat dengan kain selepas dilibas parang da ...

K manoharan


KUALA TERENGGANU - Seorang buruh berdepan detik mencemaskan apabila dibuang ke dalam semak dengan kedua-dua tangan diikat serta mulutnya disumbat dengan kain selepas dilibas parang dan ditembak, dalam satu kejadian di Kampung Batu Putih, Pulau Serai, Dungun, 16 Mei lalu.

Mangsa, 27, dari Kampung Tanjung Pagar, Dungun, bertarung nyawa selama hampir tujuh jam sebelum berjaya menyelamatkan dirinya dengan bantuan daripada orang kampung di kawasan berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, sebelum kejadian iaitu kira-kira jam 10.30 malam, mangsa didatangi empat lelaki dikenali semasa sedang berada di rumah rakannya di Kampung Rajawali, Dungun.

“Keempat-empat suspek itu datang mencari rakan mangsa namun, ketika itu, hanya mangsa yang ada di rumah berkenaan.

“Tidak berpuas hati apabila mangsa memberitahu tidak mengetahui di mana rakannya itu, salah seorang daripada suspek telah melibas parang di belakang tubuh mangsa sebelum membawanya ke kawasan semak terpencil di lokasi kejadian,” katanya.

Menurut Manoharan, semasa tiba di lokasi kejadian, mangsa pada awalnya sempat melarikan diri dengan bersembunyi di dalam semak.

“Namun, salah seorang suspek telah melepaskan tembakan dan terkena pada dada kiri serta betis kanan mangsa, menyebabkan dia terpaksa menyerah diri.

“Mangsa telah diikat kedua-dua belah tangan, disumbat mulut dengan kain dan dibelasah sebelum ditinggalkan keseorangan di kandang lembu berhampiran lokasi berkenaan,” katanya.

Jelasnya lagi, mangsa yang kesakitan bagaimanapun berjaya meleraikan ikatan di tangannya dan bertindak keluar dari semak untuk mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung iaitu kira-kira jam 3 petang, 17 Mei lalu.

“Terdapat kesan torehan di kedua-dua belah paha, lebam di muka dipercayai ditumbuk dan kesan tembakan di dada kiri dan betis kanan mangsa serta cedera di bahagian belakang dipercayai kesan dilibas senjata tajam.

“Mangsa dihantar ke hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), untuk mendapatkan rawatan dan bebola dipercayai peluru dari senapang angin telah dikeluarkan,” katanya.

Siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca akibat tidak berpuas hati disebabkan hutang dalam urusan jual beli dadah dengan rakan mangsa.

“Bagaimanapun, disebabkan rakan mangsa, 20-an, gagal dijejaki, keempat-empat suspek berusia antara 23 tahun hingga 29 tahun itu menjadikan mangsa sebagai sasaran mereka melepaskan geram,” katanya.

Dalam kejadian itu, senjata yang digunakan ialah sebilah parang, pisau rambo dan senapang angin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 367 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan tujuan mendatangkan kecederaan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 23-5-2013 09:23 AM
waaaa, survivor betul la mamat ni

klu aku kt tempat die, xtaw la mcmna
Quote prettyuglybabe 23-5-2013 09:30 AM
belum ajal..


Quote rospinki 23-5-2013 09:41 AM
ganas nya ...dah macam cerita tembak2 kat tv. orang apa?? cina ke melayu ke india atau yang lain2
Quote ogata 23-5-2013 09:51 AM
exactly macam dalam movie...
Quote kasibiman 23-5-2013 09:57 AM
sek penyung ajaib lagikkkkk
Quote akughi 23-5-2013 09:57 AM
heheheheehehe yg buat keje tu mesti tgh kecut perut bile mangsa tak mati lagi
Quote mamapea 23-5-2013 10:07 AM
skrg ni kalau tak puas hati skit mesti nak tembak..
Malaysia ni aman ke tak ni?
Quote PICes_Boy 23-5-2013 10:11 AM
amboi samseng mcm mafia..tp area dungun ni mmg black area utk mat2 dadah ni...tu pon polis bagitau tahun 2005 masa aku belajar kat sana..skrg ni tak tau la..mybe makin teruk..jgn jadi 1 umah, 1 penagih suda...
Quote nexusys 23-5-2013 10:13 AM
tak guna punya kawan.. kawan punya hal, dia lak jadik mangsa.... seelok2 toksah kawan dgn orang dadah nih
Quote mjla 23-5-2013 10:15 AM
Msia meme dah ada geng mafia.

Tapi Polis dok kata Msia masih aman.
Quote putihgebusedap 23-5-2013 11:01 AM
ni semua mesti kaki dvd ni......
Quote md.jie 23-5-2013 11:14 AM
mcm citer Rambo plak
Quote peachRose 23-5-2013 11:17 AM
rospinki posted on 23-5-2013 09:41 AM
ganas nya ...dah macam cerita tembak2 kat tv. orang apa?? cina ke melayu ke india atau yang lain2

terengganu, dadah, kampung..tak lain tak bukan ummah Melayu la nih..
sana cina/india bape org sgt

Quote haryatie 23-5-2013 11:20 AM
dahsyat nyer kat malaysia da jd cam ni
da ramai mafia ke kat malaysia ni..
Quote SulurBidar 23-5-2013 11:26 AM
peachRose posted on 23-5-2013 11:17 AM
terengganu, dadah, kampung..tak lain tak bukan ummah Melayu la nih..
sana cina/india bape org sgt ...

Aku tengok nama tempat je aku dah tau kaum mana terlibat..
Quote batmana 23-5-2013 11:53 AM
aku harap penjenayah ni dpt ditangkap.
dan mangsa ni berpeluang potong totei2 dorg smpai putus..

Quote Pailang 24-5-2013 09:24 PM
saya bagaikan mendapat satu ilham..







Quote zawjah 24-5-2013 09:40 PM
ni kawan kepada adik aku.katanya dibadan ditulis perkataan b.o.d.o.h (tapi menurut adik aku) badannya di tulis b**i
Quote zorrro_03 24-5-2013 09:50 PM
Ni mcm kes mafia berebut kawasan jajahan takluk je.  tak beza dgn kes ayahanda bonda di tetak di pantai barat smlm.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.121767 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top