CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hati-Hati Dengan Pendakwah Media Maya

14-10-2014 04:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4304| Komen: 7

Description: Mengenai Pendakwah Luar Jailani Berkata, Umat Islam Juga Perlu Berhati-Hati Kerana Semakin Ramai Pihak Yang Menyamar Sebagai Pendakwah Tetapi Mereka Sebenarnya Oportunis Islam Yang Mempunyai Kepentiga ...
Hati-Hati Dengan Pendakwah Media Maya

Jailani Johari 


HULU TERENGGANU - Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak mudah menerima ajaran agama melalui media maya dan pendakwah dari luar negara yang mungkin bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, umat Islam di negara ini harus berhati-hati dengan pihak tertentu yang cuba menyebarkan fahaman Islam liberal di negara ini.

"Pada masa sama umat Islam juga dinasihatkan tidak mudah menerima pengajaran agama menerusi internet yang tidak diketahui sumber sebenarnya dan mungkin bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.

"Kita perlu berhati-hati dengan apa yang dipaparkan dalam internet, jika merasa sangsi, ia perlu dilaporkan segera kepada pihak berkuasa agama atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian dewan serbaguna Masjid Kampung Menerong, Ajil di sini.

Jailani berkata, sejak kebelakangan ini semakin banyak bahan agama dipaparkan melalui internet yang tidak diketahui sejauh mana kesahihan dan kebenarannya.

Mengenai pendakwah luar Jailani berkata, umat Islam juga perlu berhati-hati kerana semakin ramai pihak yang menyamar sebagai pendakwah tetapi mereka sebenarnya oportunis Islam yang mempunyai kepentigan dengan berselindung sebagai pendakwah.

Semalam akhbar melaporkan tokoh Islam Liberal Indonesia, Ulil Abshar-Abdalla dilarang memasuki negara ini kerana dikhuatiri kehadirannya mampu memesongkan akidah umat Islam negara ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen untuk memantau dan seterusnya menghalang kehadiran Ulil yang dijadualkan mengadakan ceramah di negara ini pada 15 Oktober ini yang mendapat jemputan beberapa pertubuhan kerajaan (NGO) di sini.



Bagus
8

Marah
11

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (27 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 14-10-2014 10:56 AM
ape yg meyimpang si Ulil ni? cari dlm gugel x byk tahu.
Quote revolusi_30 14-10-2014 11:25 AM
chinta89 posted on 14-10-2014 10:56 AM
ape yg meyimpang si Ulil ni? cari dlm gugel x byk tahu.

Pasal beliau tubuhkan Jaringan Islam Liberal je ...tu yg JAKIM tak bagi masuk tu ...LOL  
Quote chinta89 14-10-2014 02:26 PM
revolusi_30 posted on 14-10-2014 11:25 AM
Pasal beliau tubuhkan Jaringan Islam Liberal je ...tu yg JAKIM tak bagi masuk tu ...LOL

tQ pencerahan!
Quote kazaraf 14-10-2014 02:36 PM
tarikat nasybandi nazim haqqani difatwa sesat oleh majlis fatwa malaysia, dah bertahun2 pun
tp pemimpin & orang2 yg berkaitan dgn tariqat tu slumber je ko biarkan ye menteri. ehe
Quote GhostWalking 14-10-2014 02:38 PM
kazaraf posted on 14-10-2014 06:36 AM
tarikat nasybandi nazim haqqani difatwa sesat oleh majlis fatwa malaysia, dah bertahun2 pun
tp pemi ...

kenapa yang tarikat nasybandi tak kena ban?
Quote kazaraf 14-10-2014 02:40 PM
GhostWalking posted on 14-10-2014 02:38 PM
kenapa yang tarikat nasybandi tak kena ban?

tariqat tu kena ban mmg jelas.. tp org yg berkaitan dan pemimpinnya je yg mcm bebas skit buat aktiviti (yg bukan atas nama tariqat nsybandi)



Quote robinwanpersie 20-11-2014 02:52 PM
Hello  dear sir or lady : My name is tian bao long from china , i'm selling LED trivision billboard  . it is anormal trivision  billboard  in the day and show three different posters , but at night , the face with LED lights  will stop rolling and  it will  become a LED colour screen  ,which  can show many different advertising videos ,   i think that we could on business  together   Skype  robinwanpersie   International  QQ 345256021  Email  shemenxibanya@163.com  


welcome to Hong Hai Group
skype  ID  robinwanpersie  international QQ  345256021   

   Allah  bless you                            God bless you  

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.059110 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top