CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tingkatkan Kebersihan Kendalian Makanan

2-2-2015 06:52 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2014| Komen: 0

Description: Pengendalian makanan adalah sangat penting bila menjalankan bisnes makanan. Walaupun tidak pernah menghadiri kursus pengendalian makanan, secara dasarnya saya akan mengambil langkah berhati-hati bil ...


Oleh : Fyruz Hanna

Pengendalian makanan adalah sangat penting bila menjalankan bisnes makanan.  Walaupun tidak pernah menghadiri kursus pengendalian makanan,  secara dasarnya saya akan mengambil langkah berhati-hati bila mengendalikan tempahan pelanggan.

Ini adalah antara tips yang kita sebagai orang biasa juga patut tahu dan amalkannya dalam rutin penyediaan makanan di rumah:

1. Jaga kebersihan dengan membasuh tangan sebelum memulakan kerja memasak. Kuku tangan hendaklah dipotong pendek agar tiada kotoran yang melekat di kuku berpindah ke makanan.  Antara bakteria yang sedia maklum selalu mencemari makanan melalui kuku dan tangan adalah E-coli.  Kuman ini selalunya berpindah dari najis dan ini bermakna sewaktu pergi ke tandas, tangan tidak dicuci bersih.

2. Ketika memasak dan memproses makanan, tidak digalakkan memakai barang kemas.  Tanpa kita sedari, sebenarnya banyak kuman melekat di celah-celah gelang tangan dan cincin.  Bila barang kemas kita terkena makanan sewaktu kita memproses atau menghidangkan makanan, kuman yang terlekat juga akan mencemari makanan tersebut.


3.  Ketika mengendalikan makanan, kita harus memakai sarung tangan.  Sama seperti no 1, pencemaran makanan dari tangan yang kotor dapat dielakkan.

4.  Peralatan yang kita gunakan juga haruslah bersih.  Basuh jika ada habuk-habuk yang terlekat.  Bekas yang terdedah juga harus diambil perhatian.  Bimbang jika ada haiwan seperti tikus mencemari peralatan dengan air kencing.  Sudah banyak kes yang melibatkan kematian berkaitan dengan pencemaran dari air kencing tikus.

5.  Berselawatlah setiap kali kita menyediakan makanan sambil berdoa kesejahteraan kepada individu yang memakan makanan yang kita sediakan. -CARI Infonet.

25

Bagus
13

Marah
25

Terkejut
24

Sedih
19

Lawak
44

Bosan

Friends Rank (150 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.038824 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top