CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sorok Dadah Dalam Bekas Gula-Gula Elak Dikesan

23-2-2015 10:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7381| Komen: 0

Description: Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad Berkata, Sepasukan Anggotanya Dari Balai Polis Kuantan Dibantu Lapan Anggota Pasukan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (Spdrm) Menja ...
Sorok Dadah Dalam Bekas Gula-Gula Elak Dikesan


KUANTAN - Tindakan dua lelaki menyorok dadah dalam bekas gula-gula terbongkar apabila pemeriksaan polis ke atas bekas yang ditemui dalam beg sandang salah seorangnya mendedahkan isi kandungannya itu sebenarnya pil kuda.
       
Susulan penemuan bekas tersebut, polis menemui dan merampas 68 biji pil berwarna kemerahan bertulis WY dianggarkan seberat 7.25 gram dengan nilai kira-kira RM680.
       
Berikutan itu, polis bertindak menahan dua suspek berusia 21 dan 23 tahun dari Taman Berjaya Permai, PPD Sungai Soi dan Kempadang Perdana, dekat sini untuk siasatan lanjut.
       
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, sepasukan anggotanya dari Balai Polis Kuantan dibantu lapan anggota pasukan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) menjalankan rondaan sempena Ops Selamat di kawasan Kempadang Perdana kira-kira jam 2 pagi, kelmarin.
       
Menurutnya, hasil maklumat yang diterima, pihaknya melakukan pemeriksaan ke atas sebuah rumah dan bertindak menahan dua lelaki terbabit untuk siasatan.
       
“Hasil pemeriksaan, polis menemui bekas gula-gula dalam beg salah seorang daripada mereka dan di dalamnya didapati berisi dadah.
       
“Siasatan awal ke atas mereka mendapati, pil kuda tersebut tersebut dibeli daripada seorang pengedar di Indera Mahkota dengan harga RM10 sebiji,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
       
Abdul Aziz berkata, hasil semakan rekod mendapati, suspek berusia 23 tahun itu tersenarai sebagai individu dikehendaki polis atas satu kesalahan dadah pada 2011 manakala seorang lagi tiada rekod lampau.
       
“Kedua-dua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah,” katanya.

4

Bagus
9

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (37 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.148613 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top