CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gula-Gula Klasik Zaman Persekolahan

13-8-2015 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 71610| Komen: 120

Description: Siapa yang tak suka dengan gula-gula? Kalau masa kecil dahulu, sanggup simpan 20 sen untuk beli gula-gula selepas habis persekolahan mahupun mengaji al-Quran ...
Oleh Izzah Abbasy

Siapa yang tak suka dengan gula-gula? Kalau masa kecil dahulu, sanggup simpan 20 sen untuk beli gula-gula selepas habis persekolahan mahupun mengaji al-Quran. Kadang-kadang siap bawa pergi sekolah lagi. Biasanya, kita akan beli di kedai runcit berdekatan rumah dan harganya sangat murah ketika itu. Gula-gula ini amat popular sekitar 80-an dan 90-an dan masih boleh didapati sehingga ke hari ini.

Tora dan Ding Dang




"Tora datang lagi". Suka dengan iklan Tora. Tora dan Ding Dang berisi bebola bersalut coklat tetapi biasanya dibeli oleh kanak-kanak kerana mainan yang didapati secara percuma dengan pembeliannya. Tambahan pula pengiklanannya bagus. Siapa ingat suara latar Pak Cik Mat Sentul untuk iklan televisyen gula-gula ini?


Gula-gula Arnab Putih


Gula-gula import dari China ini enak kerana rasa susu, tetapi disyaki mengandungi bahan berbahaya dan ditarik dari dijual dari pasaran beberapa tahun lepas.


Gula-gula Udang



Isi dalamnya diperbuat dari gula merah, disaluti susu dan sehelai kertas yang boleh dimakan, diperbuat dari beras. Nyam nyam!


Gula-gula Tablet atau Susu



Juga dikenali sebagai gula-gula susu atau ubat kerana rupanya yang berbentuk tablet. Gula-gula ini memiliki perisa susu yang kemudiannya dibezakan dengan perisa tambahan, antaranya ros, coklat, jagung dan kelapa.


Gula-gula Sugus


Gula-gula Sugus dikenali kerana ia boleh dikunyah dan kenyal. Terdapat pelbagai perisa buah seperti oren, strawberi, mangga dan anggur. Iklan
Gula-gula Sugus ini tidak ketinggalan kerana ia masih mengiklankan di kaca televisyen sehingga kini.



Gula-gula Bendera



Pasti anda biasa melihat gula-gula ini bukan? Dikenali kerana bendera Malaysia, gula-gulanya terletak di ruang kosong dalam pemegang bendera. Rasanya seperti gula standard, sedikit rasa coklat dan disaluti pelbagai warna. Apabila tiba bulan kemerdekaan, banyaklah gula-gula bendera ini terjual.


Nini Coklat Celup



"Nini coklat celup. Celup, celup, celup". Siapa tahu nyanyi lagu ni? Satu bekas ini mengandungi beberapa batang biskut yang boleh dicelup dalam coklat cair dan boleh terus dimakan.

Trevor t-Drops




Yang ini agak mahal, jadi agak jarang juga dapat dibeli ketika kanak-kanak. Ia terdiri dari gula-gula keras pelbagai perisa buah yang disaluti serbuk gula. Besar kemungkinan glukos. Rasanya masam manis. Sedap.


Bubble-gum


Yang ini boleh dikunyah, menghasilkan perisa buah dalam mulut dan bila sudah cukup dikunyah, boleh ditiup menjadi belon. Juga biasa panggil gula-gula getah.



Kenangan lalu, jika diimbau terlalu banyak untuk dikongsi. Tidak seperti hari ini, kanak-kanak dan remaja tidak berpeluang merasai seperti kita dahulu. Pengalaman lalu sentiasa segar hingga ke anak cucu. - CARI Infonet

16

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
5

Sedih
9

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (51 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote abduldel 7-7-2015 02:18 PM
wow nostalgianya
Quote miabebe 7-7-2015 02:30 PM
Kenangan
Quote bellaa 7-7-2015 02:31 PM
sampai sekarang suka makan

Gula-gula Arnab Putih / Gula-gula Tablet
Quote iznanaziz 7-7-2015 02:34 PM
Edited by iznanaziz at 7-7-2015 02:37 PM

betul.

ada lagi...gula2 cincin...korang ingat tak?
Quote cmf_Kimmy 7-7-2015 02:35 PM
peberet aku dulu2, gula2 sugus.
Quote iznanaziz 7-7-2015 02:38 PM
aku pun suka gula2 sugus.
ada lagi jual kan?
Quote iznanaziz 7-7-2015 02:39 PM
sapa suka makan gula2 ni?
gula2 asam?
gambar yg kedua tu...asam bulat2 tu
Quote Kebabomb 7-7-2015 02:45 PM
Sampai ke Hari ni, gula-gula udang paling sedap..
Quote chinta89 7-7-2015 02:52 PM
iznanaziz replied at 7-7-2015 02:34 PM
betul.

ada lagi...gula2 cincin...korang ingat tak?

yg ni girls suke sgttt beli.

masuk me n kakak
Quote uori 7-7-2015 02:53 PM
iznanaziz replied at 7-7-2015 02:39 PM
sapa suka makan gula2 ni?
gula2 asam?
gambar yg kedua tu...asam bulat2 tu

gula gula asam boi ..


Quote zafira 7-7-2015 03:12 PM
gula-gula telur burung puyuh tak masukkan sekali ke?

Quote mrsT 7-7-2015 03:28 PM
suke gula2 udang.. dengan asam bulat2 tu... nostalgia sugguh..
Quote mdhelmi 7-7-2015 03:30 PM
dulu aku suka makan gula pasir
bukan gula pasir kat rumah tu tp gula saiz kecik2 mcm pasir dlm botol kecik
nk makan tuang je dlm mulut
Quote hanamunir 7-7-2015 03:42 PM
lahaiii..
very the down memory lane laa..

gula2 arnab putih, gula2 tablet coklat n ros, gula2 cincinnn..
pastu gula2 asam boi..manis2 masam, hoiii, kecur air liur sekarang ni..
Quote gjoy_chester 7-7-2015 04:05 PM
kenangan...cekelat udang tu paling favourite...gula2 tablet tu kalau beli siap pilih nak perisa ape, time tu favourite ros..
Quote minahmanja 7-7-2015 04:15 PM
dlu suke makan gula tarik bile blk sekolah, pastu satu lg gula antu... bile mkn lidah jadik kaler hijau or kaler biru ... hehehe... rindu nye mse tecit2 dlu...
Quote ninja boy 7-7-2015 04:16 PM
macam2 zaman dulu2
Quote Lollipop111 7-7-2015 04:18 PM
uols, gula2x arnab stil x ley makan ke...nmpak je supermarket jual. suka btul ngn gula2x tuh
Quote espri6006 7-7-2015 04:50 PM
Suka semua gula gula diatas termasuk gula gula puyuh. Kalau lambat makan sikit pewarna putih tu akan cair kat tangan. Paling pebret ialah gula gula udang dan makan sekali plastic/kertas bahagian dalam yg balut gula gula tu.

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.151852 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top