CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Filem Denu Papar Kisah Mak Yong Sebelum Merdeka Bukan Naskhah Provokasi

19-10-2022 03:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 973| Komen: 0|Original author: Tatod

Description: Sumber BH OnlinePelakon veteran, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar yang juga pengarah filem Denu sedar bahawa naskhah kesenian Mak Yong yang mengangkat kisah benar pada era sebelum merdeka di Kelantan pasti ...
Sumber BH Online

Pelakon veteran, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar yang juga pengarah filem Denu sedar bahawa naskhah kesenian Mak Yong yang mengangkat kisah benar pada era sebelum merdeka di Kelantan pasti mengundang risiko tersendiri.

Menerusi laporan BH Online, Mak Yong dianggap antara seni warisan popular di Kelantan yang diharamkan persembahannya oleh kerajaan negeri.

Oleh yang demikian, filem Denu yang mengetengahkan jalan cerita yang mempunyai unsur politik pada zaman prakemerdekaan itu tidak mustahil bakal mencetuskan kontroversi.


Pun begitu, Ahmad Tarmimi menafikan Denu adalah karya berunsur provokasi serta mempunyai maksud tersirat.

Ahmad Tarmimi. SUMBER KitaReporters

"Filem ini bukanlah memaparkan kisah sebenar sepenuhnya tetapi hanyalah adaptasi.

"Budaya Mak Ying diambil sebagai latar penceritaan sahaja.

"Kita ceritakan mengenai budaya Mak Yong ketika itu digunakan sebagai saluran menyampaikan mesej mengenai kemerdekaan dan apa peranan kerajaan.

"Kalau ada yang menganggap Denu sebagai naskhah provokasi yang pembikinannya mempunyai maksud tertentu, saya tidak mahu masuk campur dan tidak ambil tahu," katanya.

Pendapat tersebut turut dipersetujui oleh pelakon utama filem Denu, Sabri Yunus yang membetulkan salah tanggapan banyak pihak mengenai budaya Mak Yong.

Sabri Yunus (Kiri) dan Ahmad Tarmimi. SUMBER KitaReporters

"Mungkin ramai yang anggap seni Mak Yong pupus akibat diharamkan sedangkan hakikat sebenar Mak Yong sudah lama mati sebelum dimatikan.

"Mak Yong bukannya seperti Dikir Barat yang kandungannya lebih bersifat semasa menerusi lirik yang disampaikan.

"Kalau kita lihat, penceritaan Mak Yong tetap sama dari dahulu hingga kini. Apabila seni itu bersifat tradisional, maka tiada apa yang boleh diubah. Begitu juga dengan pementasan wayang kulit di mana kandungannya sama.

"Persembahan Mak Yong di Kelantan masih ada cuma dilakukan di luar bandar dan tidak dibuat secara besar-besaran," kata Sabri. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.145442 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top