CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

'Cina Buta' Tangguh Lagi Siaran Untuk Kali Kedua- Shahrulezad Kata, "Jangan Tanya, Abam Lebih Risaukan Nanad

23-11-2022 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4896| Komen: 36

Description: Pengarah dan penerbit Shahrulezad Mohammedin memaklumkan tayangan drama bersiri Cina Buta arahannya terpaksa ditunda siaran buat kali kedua.
Pengarah dan penerbit Shahrulezad Mohammedin memaklumkan tayangan drama bersiri Cina Buta arahannya terpaksa ditunda siaran buat kali kedua.

Shahrulezad berkata dia tidak mengetahui sebab drama berkenaan terpaksa ditangguhkan, namun lebih risau tentang keadaan kesihatan salah seorang pelakon drama itu iaitu Nad Zainal.


Foto: mStar

"Assalamualaikum semua. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan kami terpaksa menunda tayangan drama Cina Buta untuk kali kedua.

"Jangan tanya abam sebabnya apa ya. Abang lagi risaukan keadaan Nanad (Nad) sekarang. Mohon doa daripada semua orang," katanya.


Shahrulezad berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Shahrulezad memaklumkan tarikh baharu siaran drama berkenaan akan diumumkan oleh stesen berkenaan kelak.

Dia juga memohon maaf atas kesulitan ini dan berharap agar semua peminat terus bersabar.

"Tarikh baharu akan diberitahu kelak. Maaf atas segala kesulitan dan kami berterima kasih atas kerjasama semua. Harap terus bersabar ya," katanya.

Terdahulu, Cina Buta lakonan Nad Zainal, Ungku Ismail dan Alif Aziz yang sepatutnya bersiaran menerusi slot Mega Drama Astro Ria pada 9 November lalu telah ditunda tayangan pada Rabu, 23 November.

Namun, stesen memaklumkan drama itu sekali lagi ditunda siaran atas sebab yang tidak diketahui.

Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa kerana drama itu terpaksa ditangguhkan tayangannya lagi.

Dalam masa sama, mereka berdoa agar Nad diberikan kesembuhan segera.

"Asyik tunda sahaja. Apa-apa pun moga kak Nad lekas sembuh hendaknya.

"Ya, Nad lebih penting sekarang. Semoga Allah permudahkan segalanya dan cepat sembuh.

"Tak mengapa, kami rela menunggu. Semoga Nad cepat sembuh," tulis netizen.

Untuk rekod, Nad dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada paru-paru sejak Ahad lalu.

Pelakon wanita itu kini dilaporkan kritikal kerana terdapat pendarahan pada paru-paru dan kini sedang di rawat di unit rawatan rapi (ICU). -CARI

Sumber: mStar Onlune

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dzahin_poch 23-11-2022 09:23 PM
Semoga nad zainal diberi kesembuhan oleh Allah swt. Semoga kita semua juga diberi kesihatan yg baik oleh Allah swt.
Quote LadyCarefree 23-11-2022 10:35 PM
Dzahin_poch replied at 23-11-2022 08:23 PM
Semoga nad zainal diberi kesembuhan oleh Allah swt. Semoga kita semua juga diberi kesihatan yg baik  ...

aamiin........
Quote virgocircus 22-12-2022 04:09 PM
Surprisingly citer ni quite good. Mmg budak2 x seswai tgk. Rosak bahasa. Hahaha
Quote Temenung 22-12-2022 07:53 PM
virgocircus replied at 22-12-2022 04:09 PM
Surprisingly citer ni quite good. Mmg budak2 x seswai tgk. Rosak bahasa. Hahaha

Kasar sgt bahasa dlm drama ni wlaupun aku tau irl ada je kapel ckp bahasa2 mcm tu

Tp memang boleh layan la cite ni.tnggu scene azhan rani n mummy dd kuar nnt sbb aku tgk preview aritu klakar 2 org ni
Quote I.K.A888990 23-12-2022 01:12 AM
mmg best citer ni.
tgk trailer nad dgn aliff tu nmpak sweet pulak
tp menyampah giler dgn suami dia.
Quote cahaya_almas 23-12-2022 01:20 AM
Tk rasa nk tgk pun...pdhal hero ni dulu i minat abis..kalau dia berlakom mmg i tggu2...tp sejak tgk perangai dia pelik je terus rasa tknk tgk walau heroin pun mmg best lakonannya..
Quote ezacbee 23-12-2022 02:53 AM
Beriya aku nak tengok cite ni last2 tertido depan TV.
Quote Suchi 23-12-2022 06:35 AM
Cerita ni dh tayang ke blm? Tp knp ada yg mcm dh tengok je?
Takyah tangguh2 tayang jelaa tak adil plak nk tangguh2 takut terus tak tayang plak sampai bebila
Quote kiambang 23-12-2022 06:50 AM
Tengok repeat cina buta pukul 4 ptg next day tapi macam tak masuk jiwa. Tak de rasa kelakar dan bosan . Tgg azhan rani keluar nanti tgk macam mana .
Quote ragnarox 30-12-2022 05:19 PM
Ntah laa dalam cita nie Si Nad tu dok pakai Seluar Pendek, pakai neck tie cam lelaki, si norreen tu dengan pengkid...cam Pelangi sgt

Dengan watak si bibah dengan lakinya tu...boring sgt

Quote bottompro 30-12-2022 08:06 PM
Meols lebih risaukan hidung uols. Bila nk visit surgeon di korea?
Quote virgocircus 30-12-2022 08:13 PM
ragnarox replied at 30-12-2022 05:19 PM
Ntah laa dalam cita nie Si Nad tu dok pakai Seluar Pendek, pakai neck tie cam lelaki, si norreen tu  ...

Kdrama inspired sgt pesyen2 dlm ni. Dgn alip ajis bertali leher 24/7, sharnaz pakai bucket hat acah2 cuaca kat mesia ni 4 musim... Ah gitewww
Quote VespaSilbe 30-12-2022 08:18 PM
Iols tak boleh nak hadam cerita ni
Baik takyah le kawen lagi dah kena talak 3
Jantan tu pun bau kentut bini pun boleh sukati bagi talak..  bukan jodoh tapi bodoh yach
Quote melanie 1-1-2023 11:39 AM
Tgh layan cerita ni.kira ok dan noleh la layan
Kelakar walaupun banyak tak logik bila bab aliff lalu kereta rosak n rumah parents besar gila x ada gambar family
Quote cikgojesss 1-1-2023 11:45 AM
busuk gila citer ni.. sikit2 nyah sikit2 nyah.. konon cool n trendy la sahngat kan gegeh ber nyah nyah mak mak segala.. sesuai la dengan nokok director pondan alami itu skrip penuh dengan bahasa pondan berangan hidopp
Quote cmf_premierleag 1-1-2023 11:45 AM
melanie replied at 1-1-2023 11:39 AM
Tgh layan cerita ni.kira ok dan noleh la layan
Kelakar walaupun banyak tak logik bila bab aliff lalu ...

akak baca sinopsis,alip sokri tu sebenarnya org upahan sharnaz
alip kene buat mia jatuh cinta n kawen dgn alip
pastu alip kene cerai kan mia
alip = cina buta
tp alip betul2 dh sayang mia
apa kesudahannya? sama2 kita saksikan episod seterusnya
Quote cmf_premierleag 1-1-2023 11:47 AM
akak takde astrok..tp sanggup pi umah mak stp weekend sbb nk tgk repeat show cina buta nih
lawak la...tp next time budak ijad,tolonglah jual drama ni kt tv3/rtm/viu
kowser akak nk subscribe astrok
Quote hyie 1-1-2023 11:48 AM
iye lucu banget citer ni nyah meols suka, baru tertengok satu episod haritu. Dengan Noreen molot puaka pun ada kelakar betul heshe yach
Quote likilu 1-1-2023 12:51 PM
Tunggang nad?

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.248394 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top