CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

[Sista] Kening Lambang Keperibadian Seorang Wanita

5-10-2015 03:44 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 7807| Komen: 4

Description: Wanita dengan kening lurus adalah orang yang boleh dipercayai
Oleh Izzah Abbasy

Wanita dan gambaran yang berkaitan perwatakan sememangnya menjadi lumrah. Daripada setiap anggota badan melambangkan keperibadian dan karakter seseorang itu.

Percaya atau tidak, melalui kening juga kita dapat melihat perwatakan milik seseorang itu. Namun, anda jangan terkeliru dengan kening yang telah dicukur dan diukir cantik kerana kening sebegini sudah tidak asli.


Meskipun begitu, masih ramai wanita yang memiliki kening secara semulajadi. Jom, ketahui perwatakan individu melalui kening mereka.



Kening lurus

Kebanyakan wanita Asia memiliki bentuk kening yang lurus. Wanita dengan kening lurus adalah orang yang boleh dipercayai, kuat, sukar untuk dijatuhkan dan seorang yang boleh menyelesaikan masalah dengan baik. Wanita ini juga suka melakukan banyak hal sekaligus, dia merupakan good multi-tasker. Sangat berkebolehan melaksanakan sesuatu tugasan secara individu mahupun kumpulan. Wanita sebegini tidak mendiskriminasi wanita mahupun lelaki ketika di pejabat dan akan mengambil pekerja barunya melalui kiteria yang ditetapkan.




Kening Melengkung

Kamu yang memiliki kening melengkung adalah seorang pekerja yang bersungguh-sungguh. Kerja keras adalah kunci kejayaan anda.  Wanita ini akan bekerja keras menyelesaikan tugas yang diberikan sehingga ke saat akhirnya. Wanita sebegini sangat mementingkan kesempurnaan. Wanita ini juga mempunyai perasaan artistik yang kuat, dan kemampuan menilai warna sehingga sesuai untuk menjadi seorang pereka fesyen.



Kening Meruncing ke Atas

Wanita dengan kening meruncing terangkat ke atas adalah seorang yang dilahirkan dengan kebolehan memimpin. Wanita ini unik dan kompetitif. Dia juga tidak suka bergaduh, dan jika mempunyai lawan, dia akan menganggapnya sebagai memotivasi diri untuk lebih maju. Lebih banyak musuh, lebih banyak motivasi positif terhadap kerja.



  Kening Menurun

Wanita yang mempunyai kening menurun adalah seorang yang sangat peka dan sangat peramah. Wanita ini mudah terasa dan mudah simpati terhadap sesuatu. Ramai yang akan mempercayai diri anda dan sering dijadikan tempat mengadu dan melepaskan perasaan. Bahkan anda juga sering mengalami kesusahan disebabkan masalah orang lain dan bukannya masalah daripada anda sendiri.



Kening Menukik

Wanita mempunyai kening menukik ini adalah seorang yang bertanggungjawab. Wanita ini dikatakan seorang yang sangat berlaku adil dan kooperatif terhadap sesiapa sahaja. Walaupun mudah berprasangka, namun dia lebih suka mendiamkan diri sahaja.

Perwatakan melalui kening ini sekadar perkongsian sahaja. Ia bukanlah 100 peratus kajian yang tepat. Sesiapun anda, percayalah wanita yang hebat memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. - CARI Infonet
17

Bagus
19

Marah
10

Terkejut
16

Sedih
24

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 6-10-2015 12:41 AM
bhsa indon plak...
Quote kelip2_07 20-10-2015 02:01 PM
alis menukik??menakik aku tau la
Quote LolaLoly 20-10-2015 04:09 PM
hahahaa maksudnya menaik...
Quote blackvanilla 5-3-2016 06:54 PM
tq share! berguna

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.173882 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top