CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

‘Sumpahan Jerunei’ Angkat Misteri Adat Pengebumian, Sejarah Budaya Kaum Melanau

16-4-2023 11:26 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 546| Komen: 2|Original author: Tatod

Description: Selepas dua tahun ditunda tayangannya akibat pandemik Covid-19, filem berjudul Sumpahan Jerunei akhirnya bakal menemui penonton di pawagam pada Julai depan.Penerbit filem berkenaan Datuk Nancie Foo be ...
Selepas dua tahun ditunda tayangannya akibat pandemik Covid-19, filem berjudul Sumpahan Jerunei akhirnya bakal menemui penonton di pawagam pada Julai depan.

Penerbit filem berkenaan Datuk Nancie Foo berkata, Sumpahan Jerunei adalah inspirasi kisah benar mengisahkan tentang sejarah kaum Malanau yang sering dikaitkan dengan penuh misteri.


Babak dalam Sumpahan Jerunei

Menerusi naskhah ini juga, ia cuba mengupas rahsia di sebalik misteri adat pengebumian kaum berkenaan yang menggunakan Jerunei.

"Karya ini merupakan kisah benar tentang budaya dan pihak produksi perlu melakukan kajian mendalam sebelum mendapat kebenaran daripada Majlis Adat Istiadat Sarawak untuk menjalani penggambaran filem.

"Kajian itu juga mengambil masa dua tahun dan kami siap membuat tesis untuk budaya dan sejarah Jerunei ini," katanya.


Nancie berkongsi perkara itu ketika ditemui di sesi fotografi barisan pelakon Sumpahan Jerunei baru-baru ini.

Sumpahan Jerunei dibintangi barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Uqasha Senroses, Syafie Naswip, Daiyan Trisha, Amerul Affendi, Tony Eusoff, Ruminah Sidek dan Yuyun Hikmah.


Sementara itu, dalam usaha mencungkil bakat baharu dalam kalangan generasi muda, pihak produksi Seni 2020 turut mengadakan pertandingan reka bentuk poster khas buat pelajar di beberapa universiti tempatan.

Salah seorang lagi penerbit filem berkenaan, Datun Wendy Wong memberitahu poster yang terpilih akan dibawa bertanding di ASEAN International Film Festival (AFIFA) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Kalau kita buka kepada umum ia akan menjadi tidak adil kerana mereka yang profesional juga turut bertanding.

"Jadi bila kita buka untuk pelajar kita boleh cungkil bakat baru malah kalau mereka menang poster ini melalui AIFFA bukan sahaja nama mereka dikenali tapi nama universiti akan disebut," katanya.

Pertandingan poster ini akan berlangsung bermula 20 April sehingga 20 Mei 2023 ini yang melibatkan beberapa pelajar universiti terpilih.

Malah pemenang pertandingan ini turut membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 berserta telefon bimbit jenama Realme 3 Pro.

Manakala tempat kedua hingga kelima juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai berserta cenderahati.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh layari laman web www.seni2020.my.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nurkaseh01 16-4-2023 01:12 PM
Mcm best je huhu
Quote Perawankota 16-4-2023 10:19 PM
Menarik.. Perempuan melanau cantik2

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:20 PM GMT+8 , Processed in 0.042006 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top