CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Terinspirasi Dari Netflix, Wanita Buat Misi 'Dating' 100 Kali Sampai Jumpa Cinta Sejati

18-5-2023 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 503| Komen: 3

Description: Seorang wanita 'kaki travel' dalam misi melakukan 100 janji temu di tempat dilawatinya di seluruh dunia dan tidak akan berhenti sehingga menemui cinta sejati.Daily Star melaporkan, Starly Santos dari ...
Seorang wanita 'kaki travel' dalam misi melakukan 100 janji temu di tempat dilawatinya di seluruh dunia dan tidak akan berhenti sehingga menemui cinta sejati.

Daily Star melaporkan, Starly Santos dari Florida, Amerika Syarikat (AS) mendapat idea itu daripada rancangan Netflix yang menunjukkan seorang wanita mendokumentasikan perjalanan cintanya.


Kini, wanita berusia 27 tahun itu menghabiskan empat atau lima hari di satu lokasi dan mengehadkan dirinya kepada satu janji temu sahaja untuk mencapai matlamatnya, lapor The Sun.


IG

"Saya ingin tahu di mana lagi di dunia saya boleh jatuh cinta.

"Bukan hanya dengan orang itu tetapi juga tempatnya dan cuma mahu melakukan sesuatu yang unik semasa saya masih muda," katanya.

Pempengaruh laman sosial yang bijak itu tidak akan bercinta dengan sembarangan lelaki kerana individu itu mesti berasal dari negara yang sedang dia lawati dengan beberapa pengecualian.


Dia juga mendakwa semua calon lelaki pilihannya perlu mengikuti waktu rakaman dan memuat naik video di TikTok.

"Walaupun sudah bertemu seseorang yang sangat disukai, saya mahu terus mengembara.

"Kami boleh berhubung sekurang-kurangnya setahun. Begitulah cara saya untuk tahu sama ada ia adalah perkara sebenar.

"Jika serius, mereka boleh datang berjumpa saya di negara lain dalam jangka masa itu," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chilly 18-5-2023 09:14 PM
Risau kang jadi lain. Elok terinspirasi dengan kesah chenta orang lain dalam Netflix tetiberr masok Netflix sebab orang terinspirasi nak buat documentary CI pasal ko dekkk.
Quote KamikuP 19-5-2023 10:23 AM
Masalahnya ada ke laki yg nak kat nko yg byk sgt kerenah tu?
Quote ifanonline 19-5-2023 10:24 AM
mcm bohsia jalanan

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.046188 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top