CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Terbuntang Mata Tengok Siswi UiTM Cantik Jual ‘Arnab Kangkang’ Untuk Peminat Selera Eksotik

30-5-2023 06:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3760| Komen: 54

Description: Usahawan muda yang juga siswa pelajar Diploma Pengurusan Pejabat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sungai Petani di Kedah mengetengahkan produk arnab bakar kepada masyarakat terutamanya merek ...
Usahawan muda yang juga siswa pelajar Diploma Pengurusan Pejabat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sungai Petani di Kedah mengetengahkan produk arnab bakar kepada masyarakat terutamanya mereka yang mempunyai selera eksotik.


Menu 'arnab kangkang' itu menjadi 'modal' pemasaran bagi Nur Dania Irdina Mat Said, pelajar Diploma Pengurusan Pejabat universiti berkenaan untuk memikat selera mereka.


Dania menunjukkan arnab bakar di gerainya di Sungai Petani.

Lebih mesra disapa Dania, katanya dia banyak menimba ilmu perniagaan ketika membuat reviu makanan dan produk seawal usia 18 tahun.

Gadis berusia 20 tahun itu turut menjelaskan tentang bisnes arnab bakar yang diusahakannya bersama rakan kongsi, Muhammad Fairiezal Basri, 33, sejak Disember tahun lalu.

"Ia dinamakan sebegitu sebab kerana kedudukan arnab yang 'kangkang' apabila dibakar. Bukannya kami saja-saja letak.


"Selain nama kangkang, ada juga yang tertanya-tanya tentang daging arnab sebab selalunya yang dijual adalah sate arnab, belum lagi dijual arnab seekor," katanya kepada mStar.


mStar

Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, kelainan berkenaan juga membuatkan gerai arnab bakar di Sungai Petani milik mereka menarik perhatian ramai.

"Mungkin kerana haiwan ini comel seperti kucing hingga membuat ramai tertanya-tanya. Namun ia halal dimakan dan cukup menyelerakan bagi mereka yang gemar makanan eksotik.

"Daging arnab juga ada banyak khasiat iaitu mengandungi protein yang tinggi dan tidak mempunyai lemak serta memberi tenaga.

"Sebab itulah ada pelanggan yang sanggup datang dari Kuala Lumpur dan Singapura untuk merasai daging arnab bakar. Itu belum lagi dicampur dengan sos lada hitam yang enak," katanya yang menjualnya mengikut bahagian serendah RM19 sehingga RM65 seekor.

Jelas Dania lagi, daging arnab mempunyai tekstur yang kenyal dan rasa lebih manis berbanding daging ayam.

Bermodalkan RM4,000 bagi memulakan perniagaan itu, Dania mengakui bisnes tersebut begitu mencabar buat dia yang sedang mengikuti pengajian di universiti.


Dania (kanan) bersama rakan kongsi, Muhammad Fairiezal Basri.

"Paling penting kena bahagikan masa. Saya ada waktu yang khusus untuk belajar dan terdapat pekerja yang mengendalikan operasi di gerai.

"Saya banyak melakukan video-video content bagi mempromosikan bisnes arnab bakar. Dalam bisnes makanan dan minuman (F&B), kita kena tampilkan kelainan.

"Pengalaman lalu banyak memudahkan saya berurusan dengan pelanggan. Impian saya adalah untuk menjadi usahawan berjaya," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 30-5-2023 06:21 PM
meleleh air liur tgk arnab kangkang
Quote Kitty_catz 30-5-2023 06:33 PM
cantik lagi acik porom cari

kata acik2 porom cari
Quote kelapaparut 30-5-2023 06:42 PM
iols xleh mkn binatamg2 chomel ni, serupe rase mcm mkn kucing hamster puppy.
Quote mojarean_X 30-5-2023 06:44 PM
Kitty_catz replied at 30-5-2023 06:33 PM
cantik lagi acik porom cari

kata acik2 porom cari

Sape???????
Quote Kitty_catz 30-5-2023 07:47 PM

hahaha
rah-sieeeeee
Quote edayildiz 30-5-2023 08:02 PM
arnab mmg blh mkn ek..masa kecik dlu mcm pernah termkn pastu muntah..xblh la sbb pencinta kucing kot..ayam blh la
Quote AbukRokok 30-5-2023 08:34 PM
jgn kata arnab biawak pun boleh makan
tapi melayu dulu dulu ejek keling makan biawak.. melayu skrg pun dah jd keling asbab asimilasi kahwin keturunan  asia selatan kot
Quote blue_blur 30-5-2023 08:56 PM
edayildiz replied at 30-5-2023 08:02 PM
arnab mmg blh mkn ek..masa kecik dlu mcm pernah termkn pastu muntah..xblh la sbb pencinta kucing kot ...

ikut baka, bukan yang comel lote tu, mana ada isi.....
baka arnab daging, memang untuk makan (harap dia guna baka yang betul la)
Quote BartholomewKuma 30-5-2023 09:52 PM
Lagu ni angpa kata lawa? Kampung angpa penoh org huduh ka? Keluaq kampung jadi jakun belaka
Quote KucaiHijau 30-5-2023 09:55 PM
Xleh nak telan daging arnab
Quote capiloton 30-5-2023 10:02 PM
menarik. tapi harge boleh tahan
makan sekali sekala boleh laa
baik beli ayam lagi murah

besar macam ayam, rasa pun macam ayam
pernah makan rendang arnab,
sedap gak
Quote missbigrockstar 30-5-2023 10:05 PM
Tak tergamak aku nak makan arnab
Quote Thunderclouds 30-5-2023 10:21 PM
Kitty_catz replied at 30-5-2023 06:33 PM
cantik lagi acik porom cari

kata acik2 porom cari



Hg kalo xtuang petrol xsah


Quote Thunderclouds 30-5-2023 10:27 PM
Kari arnab,rendang arnab,burger arnab aku patuk blake.
Haiwan ni kuat mengawan as the saying goes...f**k like rabbits
Skali branak belas² ekoq.
Bila dh byk sgt tu ujung² jadi lauk je lar.
Quote syamzana 30-5-2023 10:27 PM
blue_blur replied at 30-5-2023 08:56 PM
ikut baka, bukan yang comel lote tu, mana ada isi.....
baka arnab daging, memang untuk makan (hara ...

ingatkan semua jenis arnab blh makan. yg jenis hares tu apa nama kot bm ye mcm tggi dan muscular sket ala2 peter rabbit gitew.
pelik nape daging arnab lagi manal (based on sate) pdhal arnab ni membiak sakan nau kalah ayam.
Quote bitterchoc 30-5-2023 11:14 PM

Tak sampai hati aiols nak makan arnab tu. Tengok hidangan tu pun dah rasa kesian.
Quote I.K.A888990 31-5-2023 01:17 AM
tah la tapi mcm kembang lak tekak tgk arnab tu
Quote ChildrenOfBodom 31-5-2023 08:18 AM
Kitty_catz replied at 30-5-2023 06:33 PM
cantik lagi acik porom cari

kata acik2 porom cari

hahahahah acik porem paling kaya, paling cun, paling educated
Quote lurve82 31-5-2023 08:20 AM
ChildrenOfBodom replied at 31-5-2023 08:18 AM
hahahahah acik porem paling kaya, paling cun, paling educated

aku mcm tau je sapa...korg ni xbaik...

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.061497 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top