CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tak Keruan Weh Tengok Abang Sado Seksi Cuci Gunting, Dah Macam Barber Kat Brazil!

8-6-2023 01:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1943| Komen: 31

Description: Tular video seorang tukang gunting rambut yang tidak berbaju sedang membersihkan gunting.Video tular itu turut dihujani usikan nakal netizen termasuklah yang bertanyakan lokasi kedainya.IGNak gunting ...

Tular video seorang tukang gunting rambut yang tidak berbaju sedang membersihkan gunting.

Video tular itu turut dihujani usikan nakal netizen termasuklah yang bertanyakan lokasi kedainya.



IG

Nak gunting rambut hari-hari kata netizen sebab rupanya dah macam 'barber' di Brazil.

Ketika dihubungi mStar, pemuda berkenaan, Muhammad Iswan Razif Surip berkata dia ada alasan tersendiri di sebalik perkongsian video-video tersebut.

"Sebelum ini saya kurus kering. Berat 48 kilogram (kg). Saya stres, nak pakai baju pun tak cantik. Jadi saya mula bersenam dan makan cara sihat sehingga dapat berat 55kg sekarang.

"Jadi, saya kongsi video ke aplikasi TikTok sebagai motivasi untuk diri. Kalau saya tak buat video, saya tak nampak perubahan pada badan. Orang yang follow saya dari mula mesti nampak perubahan" ujarnya ketika dihubungi.


Mengulas komen-komen nakal netizen, dia yang senang disapa Wan mengakui tidak berkecil hati, sebaliknya menganggap ia sebagai lumrah biasa di media sosial.



"Saya biarkan saja. Saya ambil pendekatan positif. Sebab kita dah masuk dalam media sosial, jadi kita kena tadah. Kena kecam tu benda biasa. Ia tak mendatangkan apa-apa.

"Orang kata, siapa suruh post? Yang mesej nak berkenalan pun ada. Itu benda biasa. Alhamdulillah, saya juga ada dapat pelanggan dari TikTok," ujar bapa kepada seorang cahaya mata itu.

Bercerita tentang perjalanannya dalam mengusahakan sebuah kedai gunting rambut di Batu Pahat, Johor, Wan berkata minat itu bermula sejak di bangku sekolah lagi.

"Saya mula masa tingkatan tiga. Kawan minta gunting rambut, jadi saya cuba. Masa tu tak ada YouTube. Bila pergi ke bandar, saya duduk depan saloon dan tengok cara mereka gunting rambut, balik rumah saya cuba tiru semula.

"Lama-kelamaan bila ada akses internet, saya juga tengok tutorial di YouTube. Selepas itu, saya masuk kursus juga untuk tambah kemahiran," ujarnya yang dibantu dua lagi tukang gunting rambut di kedainya.

Cerita Wan lagi, dia gembira dengan pencapaiannya ketika ini dan tidak pernah menyesali tindakannya meninggalkan bidang automotif.

"Dulu saya belajar bidang Automotif. Ketika sedang belajar, saya dapat tawaran sambung belajar ke Jepun. Tapi tak ada rezeki masa last interview.



"Selepas tamat belajar, saya sempat kerja di pusat servis dalam setahun. Kemudian keluarga bantu saya buka kedai gunting rambut.

"Terima kasih kepada pelanggan yang sentiasa bagi sokongan. Dari saya gunting tepi rumah sampai dah buka kedai. Tanpa sokongan anda, saya tiada di sini," ujar Wan yang sudah tujuh tahun mengusahakan kedai itu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 8-6-2023 03:14 PM
mmmmmmm
siap la satg acik2 porum masuk dgn komen msg2


btw 55kg cenggini ye
i agak heols 155 - 160cm

Quote dani-rox 8-6-2023 03:14 PM
isu semasa ke nih Kak Mal?
Quote tripleid 8-6-2023 03:19 PM
Edited by tripleid at 8-6-2023 03:21 PM

Kalau ada movie watak tarzan malaya mmg seswai sgt nih
Quote tumpanglalu74 8-6-2023 03:22 PM
Makanan High Council ni..
Quote Suchi 8-6-2023 03:26 PM
supernaturalee replied at 8-6-2023 03:14 PM
mmmmmmm
siap la satg acik2 porum masuk dgn komen msg2


Kalau tgk kategori sukan bina badan tu pun mmg tak berat sangat pun memasing.
Ada kategori bawah 55kg juga.
Paling berat kategori bawah 90kg kot.
Quote midori888 8-6-2023 03:32 PM
supernaturalee replied at 8-6-2023 03:14 PM
mmmmmmm
siap la satg acik2 porum masuk dgn komen msg2

meols rasa below 155cm...
Quote KamikuP 8-6-2023 03:59 PM
Puting kuyu cam sam
Quote missbigrockstar 8-6-2023 04:08 PM
Barber tapi rambut dia sendiri seregum
Quote anony-mous 8-6-2023 04:11 PM
Bdn ok dah tp muka i xboleh go. So i pass pd @Themilo
Quote Themilo 8-6-2023 04:18 PM
anony-mous replied at 8-6-2023 08:11 AM
Bdn ok dah tp muka i xboleh go. So i pass pd @Themilo

well, just to let you know, weols memang dah follow heshe since awal kemunculan di tiktok & tau heols orang Batu Pahat
Quote otai_g 8-6-2023 04:37 PM
Ada 6 pax. Kebanyakan lelaki melayu just ada 1 pax jer
Quote dekmieDandy 8-6-2023 04:39 PM
ooo kekadang nampak dia lalu fyp

tapi aku still prefer barber dekat rumah ni

jambu, hansome, putih, wangi, pakej semua kat dia lar
Quote xy_daen 8-6-2023 04:42 PM
55kg ringan je tu boleh dilambung2 dek @Kurex
Quote Lily_Elizabeth_ 8-6-2023 04:45 PM
midori888 replied at 8-6-2023 03:32 PM
meols rasa below 155cm...

Alaaa tak apalah. Dia pun nak tinggi gak tapi dah tak leh nak wat cam ne. Sian dia.
Kebanyakkan budak2 sekrang dah tk meninggi dah. Semua kecik2 je. Faktor pemakanan.
Tak apalah nak wat cam ner kan. Anyways this boy muka dia good looking.
Quote AbukRokok 8-6-2023 05:49 PM
Oklah dripada gangster baju merah yg dikata sado tu tp perut je yg sardoh
Quote dua_chzy 8-6-2023 06:04 PM
Muka fakboi gini pun korang tergedik2.
Quote Tinot7 8-6-2023 07:12 PM
Masa dia 48kg musti kuruih geller..
Quote midori888 8-6-2023 07:40 PM
Lily_Elizabeth_ replied at 8-6-2023 04:45 PM
Alaaa tak apalah. Dia pun nak tinggi gak tapi dah tak leh nak wat cam ne. Sian dia.
Kebanyakkan bu ...

meols scroll balik tgk muka dia...hmmm biasa jer....rambut dia remind me of someone meols kenal....sejenis malas potong dan jaga rambut...
Quote syamzana 8-6-2023 07:43 PM
supernaturalee replied at 8-6-2023 03:14 PM
mmmmmmm
siap la satg acik2 porum masuk dgn komen msg2


ooo kateknya

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.069985 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top