CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Cemburu Tengok Kemesraan Dua Beranak Ni, Dapat Seutas G-Shock Terus Cium Anak Dalam Kedai!

19-6-2023 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 645| Komen: 1

Description: Tular perkongsian seorang gadis yang memberikan hadiah sempena Hari Bapa.Video yang dikongsikan di media sosial iaitu momen ketika dia membuat kejutan kepada bapanya, mengundang perhatian warga maya m ...
Tular perkongsian seorang gadis yang memberikan hadiah sempena Hari Bapa.

Video yang dikongsikan di media sosial iaitu momen ketika dia membuat kejutan kepada bapanya, mengundang perhatian warga maya malah ada yang meluahkan rasa 'cemburu' melihat kemesraan dua beranak itu.



IG mStar

Menurut Damia Qistina Mohd Hanizal, video tersebut dirakam ketika dia dan bapanya, Mohd Hanizal Ibrahim, 54, serta ahli keluarga lain keluar makan tengah hari bersama-sama pada Sabtu, iaitu sehari sebelum sambutan Hari Bapa yang jatuh pada tanggal 18 Jun.

"Selepas makan, saya ajak mereka pergi sebuah pusat beli belah. Masa itu saya plan nak buat kejutan beri hadiah sempena Hari Bapa kepada abah. Mujurlah abah pun ikutkan saja.

"Bila sampai mall tu, saya beritahu abah, 'sebenarnya hari ini kakak nak belanja abah. Abah pilih je nak apa, kakak bayar. Sempena esok Hari Bapa'.


"Abah bila dengar je, dia buat muka lucu ala-ala terkejut. Memang macam itulah perangainya dengan anak-anak.

"Selalunya saya beli hadiah seperti baju, belanja makan dan sebagainya, kali ini saya suruh abah pilih. Itu yang dia buat reaksi terkejut macam itu," cerita gadis berusia 18 tahun ini.

Senang disapa sebagai Mia, gadis ini berkata bapanya memilih untuk memiliki seutas jam tangan G-Shock kerana jam tangan kegemaran yang sering dipakai sebelum ini sudah rosak.


mStar

"Abah gembira dapat jam baharu, tapi katanya esok (Isnin) baru dia nak pakai. Abah ucap terima kasih bagi hadiah dan cium pipi masa dekat kedai jam tu.

"Alhamdulillah, bila ada rezeki lebih, sebagai anak pastinya kita nak beri sesuatu untuk balas jasa orang tua.

"Kalau kita tanya nak apa, memang mereka tak nak jawab. Macam ibu dan abah, mereka pasti suruh saya simpan duit.

"Tapi saya sendiri berusaha untuk bekerja keras cari pendapatan sampingan, antaranya untuk membalas jasa ibu bapa dan menggembirakan orang sekeliling. Seronok tengok wajah happy mereka," ujarnya.

Menurut Mia yang merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik ini, dia berjinak-jinak mencari pendapatan sampingan sejak berusia 15 tahun lagi.

"Waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya cuba ambil tempahan tauhu bergedil secara dalam talian. Tapi sekarang saya sertai program affiliate di TikTok dan buat reviu produk.

"Waktu tunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, saya kerja part-time di taska. Mungkin sebab datang dari keluarga yang aktif berniaga, saya pun terjebak berminat cari pendapatan sampingan," ujarnya yang menetap di Klang, Selangor ini.

Menyentuh mengenai perwatakan bapanya pula, Mia menyifatkan bapanya seorang yang sangat 'supportive', 'sporting', gila-gila dan sangat bersifat protektif.


IG mStar

Tidak menyangka videonya menjadi tular, Mia berkata dia terharu apabila membaca komen warga maya yang rata-ratanya memberi komen positif.

"Ada yang tumpang gembira bila tengok video itu, ada yang rindukan bapa yang meninggal dunia dan tak dapat raikan bersama. Bila baca, rasa serba salah tapi niat saya nak abadikan kenangan saja.

"Apa pun, moga perkongsian ini diambil daripada sudut positif. Secara tak langsung, ia boleh jadi pembakar semangat untuk kita berusaha agar dapat buat benda yang sama," katanya lagi.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 28-7-2023 02:15 AM
anak yg bgs… bekongsi rezeki dgn ibu bapa.. inshallah makin bertambah rezeki ko dek…

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.038330 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top