CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Dapat Sambutan Pelbagai Peringkat Umur Dan Kaum, Filem Anwar : The Untold Story Terus Ditayangkan

19-6-2023 03:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 453| Komen: 5

Description: Penerbit, Yusry Makmor memaklum filem Anwar:The Untold Story menerima sambutan daripada pelbagai lapisan umur dan kaum maka ia akan terus ditayangkan di minggu kelima.Sambutan yang diterima terhadap k ...
Penerbit, Yusry Makmor memaklum filem Anwar:The Untold Story menerima sambutan daripada pelbagai lapisan umur dan kaum maka ia akan terus ditayangkan di minggu kelima.

Sambutan yang diterima terhadap karya terbitan Yusrych Global Sdn Bhd dan edaran DMY Creation itu mengenai jatuh bangun perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya cukup membanggakan.


Babak filem.

"Alhamdullilah, filem ini berjaya ditayangkan sehingga minggu kelima atas permintaan ramai di seluruh negara. Terdapat juga tayangan khas yang membabitkan peminat-peminat serta penyokong Perdana Menteri kita tanpa mengira kaum.

"Ini adalah pencapaian yang sangat luar biasa dan jarang-jarang berlaku apabila filem tempatan ditonton semua lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak. Ini adalah filem sejarah yang wajib ditonton oleh semua," katanya.

Selain masih ditayangkan di beberapa pawagam, Yusry berkata, filem itu akan menemui seluruh rakyat Malaysia menerusi saluran Astro First pada 1 Julai ini, disusuli dengan rangkaian antarabangsa.

"Kami juga sedang dalam perbincangan untuk ditayangkan secara besar-besaran di luar negara termasuk Indonesia," katanya.

Filem karya asal Zunar ini diarahkan pengarah Indonesia, Viva Westi. Zunar turut bertindak sebagai penerbit eksekutif bersama Datuk Mohd Yusoff serta Mohd Maideen dan Aloysius Pillai dari DMY.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 19-6-2023 03:36 PM
meols dah pegi tengok Rabu lepas yach. Pening betul jalan ceritanya dari satu scene ke scene lain, tak berapa kemas dan macam terkejar2. Paling obvious bunyi slanga indon kat dialog BM, pastu majoriti pelakon dia kayu uols. Maybe kayu sebab diorang try hard nak bunyi slanga BM sampaikan tak menghayati watak tu, awkward sangat rasa

paling iols suka ada full lagu tema kat bahagian kredit.

yang watak izzah tu sampai terkeluar dialog indon dia, banyak kali plak tu Acha ok je, cuma adela slang indon tapi tak ketara sangat.

meols siap terlelap 10 minit masa scene kemunculan chedet yach. Sebab bosan sangat, maybe iols tak faham jalan citer dia.

paling kagum, dalam 10 orang kat wayang tu, 8 orang Cina yach. Budak cina sekolah menengah 3 orang pun gigih pegi tengok. Gituuuu. Rasanya slot tayangan dah habis kat kebanyakan panggung, kecuali KL.
Quote Perawankota 19-6-2023 04:02 PM
Aku tengah bermimpi ke baca artikel ni
Quote adizero11 28-6-2023 01:54 PM
sembang mahacai
Quote jiwakacau06 28-6-2023 02:25 PM
sembang babi pn terbang...klau ramai tgk ..1 slot ja shari...tu pn list dkt bawah....gsc aman centre brpa mggu lpas....
Quote CiliPadiSedap 28-6-2023 02:26 PM
ringgit dah jatuh pun masih ada selera tengok unsold stry

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:22 PM GMT+8 , Processed in 0.047242 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top