CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Belajar Secara Hibrid Lebih Mudah Dengan JOI Book 133 Pro!

24-6-2023 12:17 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 79634| Komen: 1

Description: Pandemik yang disebabkan penularan Covid-19 sudah pun berlalu namun perubahan kehidupan yang banyak bergantung pada peranti bagi meneruskan pembelajaran sehingga kini masih lagi dikekalkan dalam seset ...
Pandemik yang disebabkan penularan Covid-19 sudah pun berlalu namun perubahan kehidupan yang banyak bergantung pada peranti bagi meneruskan pembelajaran sehingga kini masih lagi dikekalkan dalam sesetengah situasi.


Ada segelintir pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah mahupun yang berada di universiti masih meneruskan pembelajaran secara hibrid.

Menghadiri kelas secara atas talian, mengadakan pembentangan atau perbincangan dengan rakan sekelas akan berjalan lebih lancar dan mudah dengan JOI Book 133 Pro!


Malahan, anda juga tidak perlu bimbang membawa bebanan peranti ini ketika menaiki kenderaan awam seperti bas atau LRT yang sesak dengan penumpang kerana JOI  Book 133 Pro direka tipis dan ringan.


Anda boleh menyesuaikan keadaan belajar di mana-mana sahaja!

Setelah penat belajar mahupun menyelesaikan tugasan, anda boleh melepaskan lelah dengan bermain ‘game’ sambil melayan secawan kopi di restoran pilihan hati tanpa perlu risau kehabisan kuasa kerana JOI Book 133 Pro dilengkapi bateri 5,000mAh.

Kemasan luarannya yang diperbuat daripada logam premium menjadikan anda tampak lebih elegan dan moden apabila menggunakan peranti tersebut!

Hadir dengan paparan skrin penuh bersaiz 13.3 inci, beresolusi tinggi 1920 x 1080 piksel, JOI Book 133 Pro menjanjikan paparan warna terang dan jelas

Maka, pembentangan kertas kerja, kelas dalam talian atau menonton video, sudah tentu hasilnya lebih dari memuaskan.

Bukan itu sahaja, ia turut mempunyai ciri lanjutan yang direka untuk kegunaan perniagaan dengan sistem pengendalian selamat.


Sesuai dengan kelas harganya, JOI Book 133 Pro dilengkapi 4GB RAM, storan 128B eMMC dan menawarkan ruangan pengecasan dan 'port' berasaskan USB Type-C, 3.0, HDMI dan 3.5 jack audio berserta 256GB slot SSD tambahan.

Dengan harga yang berpatutan, aktiviti pembelajaran dan pekerjaan secara atas talian dapat diselesaikan dengan lebih sempurna.

JOI Book 133 Pro pastinya dapat membantu meningkatkan produktiviti kerja.

Untuk setiap pembelian, pengguna bukan sahaja boleh menikmati hadiah percuma tetapi paling penting dapat menikmati pengalaman menggunakan komputer sepanjang hari dengan lebih sempurna!

JOI Book 133 Pro kini tersedia di pasaran dengan tawaran harga RM1,599.


Anda tidak perlu bimbang kerana SNS Network menawarkan beberapa pakej bayaran bulanan yang membolehkan anda menikmati kaedah pembayaran fleksibel dengan kos lebih rendah sama ada dengan menggunakan Atome, PayLater by Grab mahupun menerusi bank terpilih.

Untuk kemudahan Atome, anda boleh membuat pembayaran ansuran selama 3 bulan manakala PayLater by Grab pula selama 4 bulan dengan faedah 0%.

Menerusi beberapa bank terpilih, anda juga boleh melakukan bayaran ansuran bagi tempoh 12 bulan.

Memahami situasi pembelajaran secara hibrid pada masa ini, JOI dikuasakan oleh Intel menyediakan sistem pembelajaran bilik darjah pintar yang memudahkan guru menyampaikan informasi secara terus kepada pelajar walau di mana sahaja mereka berada. 

Sistem yang dibina itu juga dapat membantu pelajar untuk berinteraksi secara aktif sekali gus memahami subjek yang dibincangkan.










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 24-6-2023 12:20 PM
Gempar! Spammer thread iklan sampah yang kita sangkakan robot selama ini juga rupanya seorang editor Cari.

Editor Cari sila buka thread tentang ini.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.037935 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top