CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Infozon Lihat artikel

Pembelajaran Hibrid Lebih Fleksibel Dan Menyeronokkan Dengan JOI Classmate® 30

27-6-2023 12:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 70669| Komen: 2|Original author: Kandungan Tajaan

Description: Jika dahulu, laptop dengan spesifikasi yang mantap mungkin dianggap sebagai keinginan atau impian bagi kebanyakan orang. Namun, dengan kemajuan teknologi yang pesat, laptop dengan spesifikasi tinggi m ...

Jika dahulu, laptop dengan spesifikasi yang mantap mungkin dianggap sebagai keinginan atau impian bagi kebanyakan orang. Namun, dengan kemajuan teknologi yang pesat, laptop dengan spesifikasi tinggi menjadi keperluan ramai.


Baik ibu bapa pelajar sekolah mahupun siswa sentiasa meninjau dan membuat kajian untuk membandingkan peranti yang dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran.

Dunia menjadi lebih saling terkait dan kompleks seiring perubahan dalam abad ke-21. Oleh itu, kita perlu memastikan pendidikan holistik dan berkualiti yang memperkasakan pelajar dapat mengoptimumkan potensi mereka supaya berfungsi secara produktif dalam masyarakat.

Sebagai penyelesaian pembelajaran digital yang fleksibel, SNS Network menampilkan JOI® Smart Classroom dengan ekosistem pendidikan pintar yang menghubungkan peranti antara tenaga pendidik dan pelajar.



Bukan sahaja menyelesaikan masalah komunikasi, malah pelaksanaan pengajaran dengan JOI® Smart Classroom mampu mewujudkan pemikiran kreatif dan kritis.

Papan putih pintar JOI® Smartboard dilengkapi pelbagai fungsi dan ciri menarik bagi memudahkan warga pendidik menyediakan bahan dan silibus pengajaran dengan efisien dalam kelas.

Dengan JOI® Connect, tiada Internet pun tiada masalah! Pelajar dan guru boleh mengakses kandungan di bawah satu pelayar. Apa yang mengagumkan, proses pengajaran menjadi lebih efisien kerana ia dikuasakan cip pemprosesan Intel® Core™. 

Selain mengesan progres pelajar, sistem pengurusan bilik darjah juga menjadi lebih mudah apabila guru tidak perlu membuang masa dan tenaga untuk mengawal kelas dari jauh dan membantu pelajar secara serentak serta menggalakkan penglibatan pelajar untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan berkesan.

Tetapi janganlah mengambil masa terlalu lama untuk berfikir ‘masak-masak’! JOI Classmate® 30 adalah jawapannya dalam menjamin pembelajaran berkualiti tinggi yang konsisten dan interaksi hebat melalui penyelesaian pendidikan pintar dalam bilik darjah untuk menggalakkan pembelajaran hibrid.

 
 
Bagi yang masih ragu-ragu, teruskan membaca dan hadamkan mengapa komputer riba atau laptop JOI Classmate® 30 pilihan terbaik sebagai peranti pembelajaran digital yang tidak terbatas dek waktu, tempat dan ruang. 
 
 
 
Dilema ketidaktentuan ekonomi hari ini menyukarkan ibu bapa pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi membuat pilihan peranti bagi tujuan pembelajaran dan pelaksanaan tugasan di dalam kelas.
 
Jangan risau! JOI memahami sepenuhnya kesusahan dirasai pelajar pada zaman ketidakstabilan ekonomi ini dan memberikan tawaran harga mampu milik yang sangat berpatutan dan berbaloi dengan kemudahan bayar kemudian.

Dengan kaedah pembayaran Atome, siswa dapat membuat pembayaran ansuran bulanan selama tiga bulan tanpa faedah atau bahkan empat bulan dengan PayLater melalui Grab.

Selain itu, pemegang akaun bank terpilih juga boleh menikmati keistimewaan membayar ansuran secara berperingkat selama 12 bulan.


 
Dikuasakan oleh cip pemprosesan cekap dari Intel® Core™ i3, laptop ini memastikan siswa menangani tugasan produktiviti harian dengan mudah seperti membuat dokumen Word, menghadiri kelas dalam talian melalui Zoom atau Microsoft Teams dan melayari web untuk tujuan penyelidikan dengan lancar.
 
Siapa tahu, ketika dalam perjalanan, laptop mungkin mengalami goncangan atau terjatuh. Jadi, tidak terbatas hanya pada perisian dalaman yang mantap, siswa tidak perlu bimbang lagi jika laptop ini terjatuh dari ketinggian dua kaki, sama ada dari atas meja atau terkena tumpahan minuman kerana JOI Classmate® 30 direka dengan reka bentuk yang tahan lasak.

 



Mana tidaknya, ia dilengkapi lapisan perlindungan tambahan daripada kelembapan sehingga 100 c.c. Jadi, jangan risau jika tertumpah air!
 
Kadang-kadang, pelajar kurang berhati-hati dalam mengendalikan peranti milik mereka. Oleh itu, laptop yang tahan lasak dapat memberikan perlindungan tambahan terhadap kerosakan yang mungkin terjadi akibat perlakuan yang kasar atau tidak sengaja.
 
Malah, ia juga dapat memberi ketenangan kepada ibu bapa dan guru yang tidak perlu bimbang lagi dengan kemungkinan kerosakan yang boleh berlaku kepada laptop dalam keadaan persekitaran sekolah yang aktif.
 
Paling penting, laptop dengan reka bentuk tahan lasak juga membantu menjimatkan kos dengan memastikan ia dapat digunakan secara berterusan dan tahan lama dalam jangka masa panjang, sekali gus mengurangkan keperluan untuk menggantikan peranti yang rosak atau tidak berfungsi dengan baik.
 
Tak cukup ‘power’ lagi? Laptop ini menyediakan kemudahan produktiviti dengan pelbagai pilihan port dan sambungan, ditambah pula dengan port paparan luar seperti VGA dan HDMI untuk sambungan ke skrin luaran.
  


Selain itu, ada banyak port USB Type-A untuk menyambungkan peranti tambahan seperti tetikus, headset, pencetak, dan banyak lagi!
 
Laptop dah mantap, kuasa baterinya macam mana pula? Jangan risau, cukup sangat! Dengan bateri yang tahan sehingga 8 jam, JOI Classmate® 30 membolehkan tugasan seperti membuat pembentangan PowerPoint, dokumen Word, dan tugasan Excel dilakukan sepanjang hari.
 


Tingkatkan pembelajaran dengan JOI Classmate® 30 dan bersiaplah untuk mengubah cara pembelajaran hibrid!
 

Layari pautan berikut untuk info lanjut atau pembelian:
 

 
 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kmanasa 21-8-2023 04:56 PM
Edited by kmanasa at 21-8-2023 05:01 PM

Hybrid learning is a very interesting topic, and students show a greater interest in it.I just wanted to share my moments i enjoyed in cancun. Cancun is a very beautiful place and a popular tourist destination in Mexico, offers a wide range of accommodations to suit various budgets and preferences.Most of the people interested to travel to cancun and there are some places to stay in cancun like resorts,hotels,beachfront cabanas etc.
Quote Melloew 17-11-2023 09:27 PM
Somehow I agree dengan hybrid learning ni cuma pelaksanaan kena lebih holistik

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.050325 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top