CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Papar Tradisi Penggal Kepala Kaum Iban, Filem 'Headhunter' Boleh Jadi Bahan Pendidikan Generasi Baharu

4-7-2023 10:52 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 917| Komen: 13

Description: Mengangkat tradisi, adat dan kepercayaan yang pernah wujud sebelum ini, pengarah Badd Badrul menceritkannya semula dalam sebuah karya fiksyen berjudul Headhunter.Menurut Badd, karya dengan latar belak ...
Mengangkat tradisi, adat dan kepercayaan yang pernah wujud sebelum ini, pengarah Badd Badrul menceritkannya semula dalam sebuah karya fiksyen berjudul Headhunter.

Menurut Badd, karya dengan latar belakang abad ke-18 ini juga menggambarkan kepahlawanan kaum Iban apabila seorang lelaki berani kepalanya sendiri dipenggal.



"Pahlawan Iban sejati bukan sahaja yang memenggal kepala tetapi sanggup kepalanya dipenggal, ini merupakan tagline untuk filem ini.

"Saya menghasilkan naskhah ini dalam bentuk fiksyen tetapi apa yang ingin disampaikan adalah tentang sejarah atau adat tradisi yang telah sebati dalam masyarakat Iban," katanya.

Bukan sekadar naskah untuk hiburan, Badd juga mahu filem ini menjadi bahan pendidikan buat generasi kini yang tidak lagi terdedah dengan budaya sebegitu.

Justeru dalam penghasilan filem ini, Badd mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk susunan bahasa bagi memastikan ia memberi gambaran sebenar tentang sejarah tradisi suku kaum Iban ini.


"Besar harapan saya pengisian di dalam Headhunter dapat ditonton sekaligus dikenali dan difahami oleh generasi masa kini tentang budaya serta adat tradisi kaum terdahulu sebelum kita.

"Naskhah ini bukan hanya bergantung kepada latar belakang tradisi Headhunter atau pemburu kepala itu semata-mata. Sebaliknya ia dipenuhi dengan pengembaraan, aksi, suspen dan pembalasan yang diselitkan bersama kisah asmara dan setiakawan yang sangat tinggi," ujarnya.


Headhunter memaparkan kisah empat orang sahabat iaitu Anang, Lebor, Untai dan Siah yang membesar bersama dan melalui pelbagai pengalaman hidup sejak kecil.

Anang (lakonan Anding Indrwani) bagaimanapun mempunyai jalan cerita tersendiri apabila bapanya mati dibunuh dan ia menjadi titik tolak semangat untuk dia membalas dendam.

Cabaran buat mereka bermula apabila perlu menjalani misi nyayau iaitu memburu kepada apabila mereka sudah meningkat dewasa sebagai salah satu syarat menjadi pahlawan Iban.

Selain Anding filem ini turut dibintangi oleh Chacha Maembong, Ebi Kornelis, Ahya Rosli dan Zulaika Zahari.

Filem yang pernah memenangi Anugerah Khas Juri Festival Filem Malaysia ke-31 ini boleh disaksikan di aplikasi Prime Video bermula 29 Jun lalu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko12 4-7-2023 11:01 AM
Wah. Taksabr nak tunggu ni
Quote Hypothetically 4-7-2023 11:34 AM
Mcm bagus je, ada tak mcm film mel gibson "Apocalypto".
Quote dudaberhias 4-7-2023 11:34 AM
badan anding tu kemain... tapi sayangnya rogayah sulong kan...

yang ahyaros memang sebijik kakaknya... dua2 tak selera nak tengok... kalau di pakaikan ahya tu rambut palsu mesti menyerupai kak km silap2 boleh live jual jamu dan semua pakat2 beli sebab ingat tu kak kilometer...

btw iols suka cerita2 ke filem pasal borneo punya budaya... macam tombiruo... best dan bukan cliche gittuhh...tapi sayangnya theyols tak ambik hun haqeem dalam filem ni... yang tu dah la herlok dan pekat likat kot boleh buat tampal tapak kasut...


Quote doubleharmonic 4-7-2023 11:57 AM
semua nampak tak helok
Quote Omai 4-7-2023 12:37 PM
anding ni dari dulu sampai sekarang sedap betul mata tengok.. tassstyyyy
Quote Kurex 4-7-2023 12:46 PM
Tak sabar nak tengok
Quote beautifulorchid 4-7-2023 02:48 PM
tak ory la pakai seluar pendek.. nak yang original pakai cawat..
Quote ketupatnasi 4-7-2023 05:05 PM
apa cekeding nau ahya rosli tu? sekali pandang macam hang kebun
Quote Buritan 4-7-2023 05:19 PM
koko12 replied at 4-7-2023 11:01 AM
Wah. Taksabr nak tunggu ni

Baguslaa.. harap lopes ni byk lagi cerita cerita berkisar pahlawan tokoh yg ditayang . Ini asyik cinta.. kawin paksa antara Amelia Henderson dgn bapuk kpop anak megah holdingss..

Cube bapuk anak megah holding tuu diberi peranan JD rentap ke.. datok bahaman ke.. panglima awang hitam ke
Quote ecahaha 5-7-2023 08:34 AM
Cabaran buat mereka bermula apabila perlu menjalani misi "NGAYAU" iaitu memburu "KEPALA" apabila mereka sudah meningkat dewasa sebagai salah satu syarat menjadi pahlawan Iban.

sekian, bini org iban
Quote myakayina 5-7-2023 08:38 AM
tiba2 tingat plk aku tengok tengkorak kepala yg dipenggal kt rmh panjang masa aku dok sarawak dulu..rezeki lah dpt tengok sendiri sbb bukan semua org dia nak tunjuk..
Quote kechikchomel 5-7-2023 08:41 AM
ecahaha replied at 5-7-2023 08:34 AM
Cabaran buat mereka bermula apabila perlu menjalani misi "NGAYAU" iaitu memburu "KEPALA" apabila mer ...

dorang buat lagi ke ngayau ni? buru kepala orang kan?
Quote ecahaha 7-7-2023 02:51 PM
kechikchomel replied at 5-7-2023 08:41 AM
dorang buat lagi ke ngayau ni? buru kepala orang kan?

belah kalimantan ada lagi.. diorang buat untuk jaga structure besar..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:41 AM GMT+8 , Processed in 0.156252 second(s), 57 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top