CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dah Lama Pendam Housemate Suka Curi Makanan, Ubat Gigi Pun Dia Rembat! Dah Sorok Belakang Tuala Pun Dia Sebat

27-7-2023 11:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1417| Komen: 6

Description: Seorang lelaki menahan marah dengan perangai jelik rakan sebilik yang dikatakan sudah lanjut usia, suka menggunakan barangannya tanpa izin.Dalam hantaran di Facebook, dia menceritakan keadaan bilik se ...
Seorang lelaki menahan marah dengan perangai jelik rakan sebilik yang dikatakan sudah lanjut usia, suka menggunakan barangannya tanpa izin.

Dalam hantaran di Facebook, dia menceritakan keadaan bilik sewanya yang didiami tiga penyewa lain.


"Seksanya hidup aku. Aku ada beli sabun basuh baju. Aku baru gunakan dalam tiga hingga empat kali je. Aku letak sabun tu di tepi mesin basuh.


Gambar hiasan - Blog CERITAKU CERITAMU

"Beberapa hari lepas tu bila aku nak gunakan balik, aku rasa paket sabun aku tu dah macam ringan. Lepas tu esok terus habis sabun tu. Benda sama juga untuk makanan ruji yang aku beli iaitu telur, beras. minyak, kicap dan sos cili.

"Aku waktu mula-mula beli ingat kot nak rajin memasak tapi bila balik kerja hari-hari letih, benda tu tinggal niat je. Aku selalu makan luar. Barang dapur tu semua aku biar je dulu.

"Jadi ada sehari tu, mood aku nak memasak akhirnya sampai dan aku pun ke dapur. Aku terus terkejut bila tengok apa dah jadi dengan barang dapur aku tu," ujar lelaki tersebut.


Menurut pemuda itu, barang dapurnya habis digunakan tanpa langsung meminta keizinan.

"Telur sepapan aku beli lesap dan beras sekampit aku pun dah 'kering'. Aku tahankan je perasaan ni dan pilih untuk diamkan diri. Lepas tu aku topup balik telur dan beras tu, aku sempat masak dalam dua hingga tiga kali.

"Sebulan lepas tu aku rehat kejap dari memasak dan bila aku datang check balik, habis disebatnya barang-barang masak aku tu. Panas hati ni rasa tapi aku pilih untuk diam lagi.

"Kemudian aku ada beli mi segera dan oat pula, aku simpan stok dekat dapur kalau ada hari aku lapar. Lepas tu satu malam tu aku pun ke dapur nak makan alas perut, aku tengok bekas oat tu dah kosong habis.

'Memang betul menguji ni tapi aku masih cuba fikir rasional. Tapi ia tak berhenti setakat tu, apa yang jadi lepas ni, itu yang betul buat aku hilang sabar. Pening dah aku nak buat macam mana ni," ujar lelaki berkenaan.

Selesai episod di dapur, kini giliran barangan di tandas pula untuk menjadi 'mangsa'.

"Ini yang baru berlaku, aku tengah nak gosok gigi, tiba-tiba aku perasan ubat gigi aku cepat semacam habis padahal aku pakai sikit je. Kemudian aku nampak dekat bekas ubat gigi tu ada kesan picitan yang bukan aku buat.

"Dah betul-betul di hujung kewarasan akal ni. Aku ikhtiar kali terakhir sembunyikan ubat gigi aku tu belakang towel nak tengok dia sebat ke tak. Dan ya betul, dia masih tebal muka nak pakai ubat gigi aku tu.


Gambar hiasan

"Aku terus pergi sound dia, lama sangat dah pendam ni. Buatkan aku lagi geram sebab housemate yang buat onar ni umurnya dah cecah 50 tahun macam tu. Aku dah pernah cakap dekat dia kalau nak sesuatu boleh minta.

"Aku tak kisah sangat bab makanan tu, ni sampai ubat gigi pun nak disebat. Dah la tak pernah minta izin. Hilang terus sabar aku. Nak tumbuk muka dia tapi dah tua. Aku pun hidup susah juga tapi tak ambil hak orang," kata lelaki itu.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya memberikan perspektif mereka dalam hal ini.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Yoonggi 27-7-2023 12:24 PM
ko simpan ler brg2 ko xnk share tu kt dlm bilik ko. letak kt dapur camtu, mmg la mengundang namanya. ko diskas ler dgn housemates ko, share ke beli brg2 dapur, jd semua org boleh sesama guna. klu x pun, ko duduk menyewa sorang ler. x timbul semua masalah ni.
Quote mamapea 27-7-2023 01:38 PM
kalau brg2 dapur share la beli...mintak la sbln sorang RM100 ke...kalau xnak share sorok je dlm bilik...benda mudah kot...buat mcm hostel...semua sorok dlm locker...
Quote zarulnazmi 27-7-2023 02:34 PM
Yoonggi: ko simpan ler brg2 ko xnk share tu kt dlm bilik ko. letak kt dapur camtu, mmg la mengundang namanya. ko diskas ler dgn housemates ko, share ke beli br ...


Kan dia ada tulis rakan sebilik. Maksudnya diorang sewa bilik yang sama. Kalau simpan dalam bilik lagi lah jadi rezeki percuma.
Quote chiyoasuka 28-7-2023 12:56 AM
mmg ada org yg mcm ni… hbs semua dlm bilik tu dia pakai mcm barang dia…
Quote penutupbotol 28-10-2023 03:16 PM
sound jerr. jgn dipendam dlm hati haha
Quote lyza2474 31-10-2023 09:49 AM
Roommate anak selalu curi maggi ????, anak aku cakap sekali tu dia ternampak masa tu dia tgh tido dan terbangun pastu dia smbg tido bila bgn dia haraplah budak tu ckap dia ada ambik ..smpi ke sudah dia buat derk,  swjak tu anak aku simpam stok megi dlm luggage pastu lock

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.046458 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top