CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki Dakwa Pernah Diajak 'Motivator' Ajak Buat Hubungan Songsang, Pancing Upah Dengan Iphone

24-8-2023 01:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 331| Komen: 0

Description: Menerusi temu bual yang dimuat naik di TikTok, seorang lelaki berkongsi kisahnya menjadi mangsa gangguan seksual seorang 'motivator' yang juga bergelar ustaz.Pengalaman pahit itu berlaku ketika dia be ...
Menerusi temu bual yang dimuat naik di TikTok, seorang lelaki berkongsi kisahnya menjadi mangsa gangguan seksual seorang 'motivator' yang juga bergelar ustaz.

Pengalaman pahit itu berlaku ketika dia berusia 14 tahun dan bersekolah di sekolah agama di Kedah.


Difahamkan dia mula mengenali 'motivator' itu selepas dia datang ke sekolah untuk memberi ceramah. Mereka kemudian saling berbalas mesej di Instagram (IG).


"Kami chat lama kira-kira dalam sebulan, bila dah lama dia minta nombor telefon. Saya cakap nanti nak ajak borak atau nak lepak. Sebab dia duduk dekat dengan kawasan saya tetapi bukan di negeri saya," katanya.

Setelah makin rapat, motivator berkenaan meminta lelaki itu untuk menemaninya ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

"Dia cakap dia ada majlis di Kuala Lumpur, dia ajak saya teman dia tapi saya tak tahu ketika itu dia dah berkahwin.


"Dia cakap nak jumpa pelanggan dan hanya kami berdua sahaja. Kos semua dia tanggung, makan minum, bilik hotel semua dia bayar.

"Saya ok tetapi saya tak berani nak beritahu pada ibu bapa saya. Kemudian dia telefon ayah saya dan minta kebenaran untuk bawa saya ke Kuala Lumpur," katanya.

Paling mengejutkan apabila lelaki tersebut mendakwa motivator yang juga penulis novel itu memintanya untuk memuaskan nafsu dengan alasan untuk mengubati penyakit dan akan diberi upah.

"Dia ada tanya soalan yang mencurigakan tapi saya tak layan. Pada malam terakhir dia cakap dekat saya ‘boleh tak tolong saya’.

"Dia kata dia ada penyakit yang mana orang ada hantar ‘benda’ dekat dia, saya kena tolong dia tetapi dia akan bagi upah. Dia nak bagi sebuah telefon bimbit jenama iPhone kepada saya.

"Dia ajak saya buat ‘benda itu’ dia kata dia kena tidur dengan lelaki dan dia kena buat lelaki itu ‘cum’, tak kisahlah mana-mana lelaki," katanya.

Dia kemudian nekad menolak permintaan tidak senonoh itu kerana melanggar hukum agama Islam.

"Terus muka saya lain saya tak nak. Saya rasa dia cuba mana-mana budak yang senang dekat dengan dia..saya rasa bawah 18 tahun.

"Bila saya menolak, dia kata ‘ tak apalah kalau tak sudi nak tolong ustaz’," kata lelaki itu lagi.

Dalam pada itu, dia turut mendakwa motivator tersebut mencuba memujuknya sekali lagi untuk melakukan hubungan intim sebelum mereka pulang.

"Malam itu bila dah sampai sana dan selesai solat, dia duduk di sejadah saya tengok dia macam buat-buat gelisah ada masalah. Rupanya dia nak ‘pancing’ saya lagi.

"Dia kata ‘ustaz memang dalam masalah sekarang, benda ni nak attack ustaz’.

"Dia ada cakap dia kena masukkan dia punya dalam saya. Saya tak nak dan benda itu adalah haram," ceritanya.

Seminggu selepas kejadian, lelaki tersebut mendedahkan sisi sebenar 'motivator' itu kepada rakannya. Dia sangat terkejut apabila mengetahui rakannya juga pernah menjadi mangsa 'motivator' berkenaan.

"Dia ada jual pil untuk kurus, kawan saya yang kena tu dia suruh kawan saya datang hotel untuk cuba pil itu. Rupa-rupanya itu pil tidur.

"Dia sedar dia bangun dia dah tak pakai baju tetapi pakai seluar dan semenjak itu dia menyesal kenal ustaz itu," katanya.

Walau bagaimanapun, mereka tidak membuat sebarang laporan berhubung kes tersebut kerana berasa takut.


Sumber: Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.037720 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top