CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pura-Pura Minta Bungkus, Lari Tidak Bayar Makanan RM27

26-8-2023 03:25 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11214| Komen: 5

Description: Pura-pura minta bungkus lebihan makanan yang telah dimakan, sebelum bertindak melarikan diri kerana enggan membayar harga makanan tersebut.Itu tindakan kurang ajar seorang pelanggan yang melarikan dir ...
Pura-pura minta bungkus lebihan makanan yang telah dimakan, sebelum bertindak melarikan diri kerana enggan membayar harga makanan tersebut.

Itu tindakan kurang ajar seorang pelanggan yang melarikan diri selepas makan di sebuah premis di Kota Bharu, Kelantan seperti diceritakan pemilik kedai makan tersebut.


Kak Ji yang juga pemilik kedai makan di Kota Bharu menceritakan pelanggannya melarikan diri enggan membayar makanan.

Berdasarkan video yang tular di TikTok, wanita yang juga pemilik kedai makan itu menceritakan, harga makanan dan minuman dipesan pelanggan tersebut berjumlah RM27.

“Dia datang makan dan lepas tu, dia tak bayar, dia lari. Dia buat-buat nak bungkus makanan. Tahu tak macam mana, spageti tinggal empat urat, lala tinggal ‘sebiji’ yang tak terbuka. Memang tak boleh makan pun lala tu.

“Mari kak bungkus (pelanggan panggil). Lepas tu lari. Jahatlah, sakit hati,” kata wanita itu yang dikenali sebagai Kak Ji bercerita menggunakan dialek Kelantan.


Seorang lelaki dalam video itu pula berkata, pelanggan tersebut sepatutnya memaklumkan kepada pemilik kedai jika benar-benar terdesak dan tidak perlu melarikan diri.

“Tak baik buat begitu, jangan buat. Kalau tak ada duit, bagi tahu saja.

“Kalau nak berhutang dulu, bagi tahu. Insya-Allah tuan kedai Kak Ji ni baik hati. Kalau orang buat begitu, siapa tak marah,” katanya. 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 26-8-2023 04:27 PM
Rasa dh boleh semua laksana byr dlo baru mkn. Lebih sng.
Quote opie5662 26-8-2023 07:29 PM
Edited by opie5662 at 26-8-2023 07:31 PM

Sabar la kak... Eddy awang tgh bincang nak buat hudud tu. Sementara nk lulus tu, akak doa je yg baik2... Byk pahala kak. Kita sebagai org islam ni redha je la dgn apa pon ketentuan takdir kita kak...

Tp betul ke kat kota bharu ni.... Mcm tak caya pulak.. Negeri pentadbiran islam kot.. Takkan diorg berani buat...
Quote sambaldurian 26-8-2023 08:34 PM
Perkara terpencil je tu. Tu mesti pengundi bn/ph tu x berfikiran syumul. Tu msti org berfikiran liberal tu, sbb tu mkn pun 'liberal'.
Quote jazaa100 27-8-2023 10:59 PM
Takkn le ada yg berani buat mcm tu kat serambi mekoh.....
Quote SalenaGomez 1-9-2023 10:00 PM
lanacondor replied at 26-8-2023 04:27 PM
Rasa dh boleh semua laksana byr dlo baru mkn. Lebih sng.

Kalau ikut islam pon bayar dulu sebelum makan…ada berlaku akad jual beli berlaku sblm duduk makan.bukan apa, kadang2 bila kita makan especially nasi campur, pelanggan pon ada yg x puas hati cara kira makanan tu

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.051092 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top