CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Malbatt : Misi Bakara Kutip RM4.5 Juta Dalam Masa Dua Hari

27-8-2023 02:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5826| Komen: 10

Description: Selepas dua hari tayangan, filem Malbatt: Misi Bakara berjaya mencatat kutipan sebanyak RM4.5 juta.Pelakonnya, Bront Palarae ketika dihubungi, bersyukur dengan sambutan penonton terhadap filem yang mu ...
Selepas dua hari tayangan, filem Malbatt: Misi Bakara berjaya mencatat kutipan sebanyak RM4.5 juta.

Pelakonnya, Bront Palarae ketika dihubungi, bersyukur dengan sambutan penonton terhadap filem yang mula ditayangkan sejak Khamis lalu itu.



"Alhamdulillah, semuanya sokongan penonton. Apa yang lebih positif adalah melihat 'posting' (hantaran) di Instagram oleh mereka yang sudah menonton filem ini.

"Itulah semangat seluruh pasukan produksi ketika proses penggambaran sebelum ini," katanya.

Bront berkata, cerita itu penting untuk ditonton seluruh rakyat Malaysia kerana mesejnya.

"Ia menceritakan mengenai anggota tentera kita di peringkat antarabangsa. Kita juga berbangga dengan sumbangan mereka di luar negara," katanya.

Bront juga berharap filem ini akan dinikmati dan ditonton seluruh rakyat Malaysia.

"Saya berharap semua golongan masyarakat sama ada miskin, kaya, tua dan muda serta pelbagai bangsa akan sama-sama menonton serta memberi sokongan pada filem ini.


"Dari segi sasaran kutipan pula, sebagai pelakon, saya sudah buat yang terbaik dan selebihnya saya serahkan kepada penilaian penonton untuk menilai hasilnya di pawagam," katanya.

Selain Bront, filem arahan Adrian Teh ini turut menampilkan Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Theebaan G, Safwan Nazri dan Ikhram Juhari.

Ia berdasarkan dari kisah benar mengenai operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap ketika perang saudara di Somalia pada 1993.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 5-6-2023 03:32 PM
bab lakonan hebat tu blh exclude nama hairul azreen. semua org tao die blakon tara mana kan
Quote prince_marhaen 6-6-2023 10:31 AM
..mengulas tindakannya tidak meletakkan wajah pelakon pada poster filem seperti kelazimannya, tanpa berselindung pengarah filem Wira ini menjelaskan, dia tidak 'menjual' pelakon untuk karyanya kali ini.

"Untuk filem ini, saya jual 'batalion' dan bukannya untuk agungkan individu tertentu...


PROPAAAA.....SEBABBBB ---- barisan pelakon so boring...so repeat...sooooo kekrul punya vibes....pelakon sama 2-3 filem kau is so kroni...nothing best to expect... skandal ngan kekrul ke cino bukit ni?? senang dapat geran & dapat permission askar ehh...

Quote Rhyno 26-8-2023 09:09 PM


Komen uols filem ini? Berapa bintang?
Quote tatod 27-8-2023 02:09 PM
Selepas dua hari tayangan, filem Malbatt: Misi Bakara berjaya mencatat kutipan sebanyak RM4.5 juta.


Pelakonnya, Bront Palarae ketika dihubungi, bersyukur dengan sambutan penonton terhadap filem yang mula ditayangkan sejak Khamis lalu itu.






"Alhamdulillah, semuanya sokongan penonton. Apa yang lebih positif adalah melihat 'posting' (hantaran) di Instagram oleh mereka yang sudah menonton filem ini.


"Itulah semangat seluruh pasukan produksi ketika proses penggambaran sebelum ini," katanya.


Bront berkata, cerita itu penting untuk ditonton seluruh rakyat Malaysia kerana mesejnya.


"Ia menceritakan mengenai anggota tentera kita di peringkat antarabangsa. Kita juga berbangga dengan sumbangan mereka di luar negara," katanya.


Bront juga berharap filem ini akan dinikmati dan ditonton seluruh rakyat Malaysia.


"Saya berharap semua golongan masyarakat sama ada miskin, kaya, tua dan muda serta pelbagai bangsa akan sama-sama menonton serta memberi sokongan pada filem ini.


"Dari segi sasaran kutipan pula, sebagai pelakon, saya sudah buat yang terbaik dan selebihnya saya serahkan kepada penilaian penonton untuk menilai hasilnya di pawagam," katanya.


Selain Bront, filem arahan Adrian Teh ini turut menampilkan Shaheizy Sam, Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie Alaudin, Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Tony Eusoff, Syazwan Zulkifli, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Nafiez Zaidi, Dini Schatzmann, Gambit Saifullah, Theebaan G, Safwan Nazri dan Ikhram Juhari.


Ia berdasarkan dari kisah benar mengenai operasi tentera Malaysia membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap ketika perang saudara di Somalia pada 1993.




Sumber: Harian Metro
Quote enigmaai 27-8-2023 10:38 PM
Enigma AI: Your solution to cutting-edge shopify website development services in Pakistan, transforming ideas into captivating online stores.
Quote Tinot7 28-8-2023 11:51 AM
Best ka? Tgk trailer dia smlm..
Quote ilahaz 30-8-2023 02:43 PM
disarankan tgk utk tahu what really happened in battle of mogadishu tu.. bkn sbb kekrul, dafi and dini hehe
Quote delia3003 30-8-2023 11:47 PM
I nak tengok tapi rasa malas nak ke cinema, tunggu keluar on demand la
Quote takayama 2-9-2023 09:21 AM
Cerita ni xde main lead atau sewaktu dgnnya, kaka enjoyed tgk cerita ni smp bbrp kali kena salin tisu sbb bawah. Babak paling sedih bg kaka ms Isa kena RPG dan diaorg tunjuk bdn dia terbakar, lps tu kwn dia yg akak mmg x blh catch up nama terus azan, ya Allah berjuraian air mata kaka ms tu. Dan scene last penyerahan jenazah pd family ya Allah mmg lagi air mata kaka ibarat empangan pecah
Bg kaka dr segi lakonan memsg mmg dah buat yg terbaik termsklah hairul yg jd umpatan dan kejian acik forum, bg kaka okay aje lakonan dia.
Cuma dafi tu bg kaka dia ada ke atau xde cam x terkesan sgt
Paling kaka suka ms syazwan zulkifli kata "hah ni brlah best nak cerita kt org Alor Gajah" sungguh ayat dia mmengubat hati kaka yg bagai disentap dan dipagut pilu serta hiba lps Isa mati.
Kaka mmg agak sensetip dgn cerita berkait askar ni, cepat nau nau rs sebak.
Quote A-Are 8-1-2024 03:18 PM
dah keluar netflix da pon...kejap je filem2 mcm ni kluar netflix

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.062231 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top