CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Mak Mentua Mulut Lancang, Isteri Baru Faham Kenapa Suami Buang Keluarga Sendiri

2-9-2023 02:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3059| Komen: 12

Description: Seorang wanita membuat luahan tentang perangai ibu mentua yang didakwa gemar masuk campur urusan rumah tangganya.Paling menyakitkan hati, wanita itu berkata ibu mentuanya juga bermulut lancang dan gem ...
Seorang wanita membuat luahan tentang perangai ibu mentua yang didakwa gemar masuk campur urusan rumah tangganya.

Paling menyakitkan hati, wanita itu berkata ibu mentuanya juga bermulut lancang dan gemar menyebarkan cerita tidak benar tentang dirinya.



"Penat wei dengan drama mak suami saya ni. Tak habis-habis jaja cerita sana-sini, beritahu semua orang betapa jahatnya saya, betapa kejinya saya.

"Suami saya buang keluarga dia sebab jenis suka masuk campur urusan rumah tangga kami. Semua benda mak dia dengan adik-beradik dia nak tentukan pasal hidup kami.

"Kalau boleh satu taman, satu kampung mereka nak cerita betapa jahatnya saya," ujar wanita itu menerusi perkongsian tanpa mendedahkan identiti di Twitter.

Gambar hiasan


Menurut wanita itu lagi, dia kurang senang apabila perihal kerjayanya turut disentuh oleh keluarga mentua.

Malah, tindakan wanita itu yang keluar dari rumah mentuanya turut memburukkan lagi persengketaan antara mereka.

"Saya punya kerja dia menyampuk (ganggu), rumah kami pun mereka sibuk kata membazir sewa rumah, baik duduk dengan mereka je.

"Saya memang bantah tak mahu duduk dengan mereka. Lepas tu, adik-beradik suami saya WhatsApp maki-maki dan hina keluarga saya.

"Sama juga mak dia WhatsApp bukan-bukan. Banyak benda mengarut mereka buat," dakwa pengadu lagi.

Wanita itu turut mengimbas kejadian ketika Hari Raya yang mana dia disuruh pulang dan melutut untuk meminta maaf dengan keluarga suaminya.

"Waktu suami saya nak balik waktu raya, mak dia tak puas hati siap cakap kalau nak balik kena bawa saya sekali suruh melutut mintak maaf kat mereka semua.

"Memang gila wei cara mereka. Patutlah suami saya buat keputusan untuk jauh daripada keluarga dia," ceritanya lagi.

Dedah wanita itu lagi, persengketaan antara mereka berpunca kerana dia enggan bekerja dengan keluarga suaminya.

"Saya tak pernah buka aib mereka dekat sesiapa. Tapi sumpah saya rimas. Dia duduk cakap saya bawa lari anak lelaki dia. Gila ke apa saya nak bawa lari anak lelaki dia?

"Adik-beradik dia sama naik perangai. Syok cakap saya perempuan jalang sebab tak nak ikut keluarga dia kerja. Siapa je nak kerja dengan toksik macam tu,'" cerita pengadu lagi.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 2-9-2023 11:35 PM
Edited by Zazama at 3-9-2023 07:26 AM

Dulu, kaka n suami tinggal jauh dr mil. Kaka n mil punya hubungan yg baik. Bila fil meninggal, kaka n suami balik ke kg suami tinggal dgn mil. Tak tau la kenapa.. Sejak tinggal satu bumbung dgn mil, hubungan kaka n mil jd tak baik. Kaka tak buat apa2 jahat pd mil pun tp mata n mulut mil aktif. Ada je yg tak kena. Dijaja perihal kaka pd anak2 (ipar kaka) mil. Nampak buruk perangai sgt kaka pd mil.
Quote CatMiow 3-9-2023 01:11 AM
Zazama replied at 2-9-2023 11:35 PM
Dulu, kaka n suami tinggal jauh dr mil. Kaka n mil punya hubungan yg baik. Bila fil meninggal, kaka  ...

Jauh bau bunga, dekat bau busuk.

Hakikat manusia kita rasa kita je betul,orang lain salah, melainkan kita ada pertimbangan hati yang betul.

Rasanya kebanyakan mak-mak begini la,dengan rasa senioriti yang tinggi, apa kita buat semua salah, jadi semua pun buruk, lagi-lagi kita ada cara hidup dan pemikiran yang berbeza.

Walaupun tak semua, tapi kebanyakan orang akan alami begini, saya dulu pun begitu, tapi bila adik beradik suami buat benda yang sama, mil kata biar la tak pe, tak de masalah bagi dia, walaupun pada adik beradik lain rasa impak negatif atas pilihan itu.
Quote CatMiow 3-9-2023 01:12 AM
Walaupun bau hasanah layankan aje la
Quote liyamariska 3-9-2023 06:39 AM
ai percaya dgn kewujudan spesis mertua from hell nih...



Quote mamapea 4-9-2023 10:23 AM
mmg ramai je manusia mcm ni...pernah terkena jugak la...
Quote Lagubestbest 4-9-2023 11:02 AM
Zazama replied at 2-9-2023 11:35 PM
Dulu, kaka n suami tinggal jauh dr mil. Kaka n mil punya hubungan yg baik. Bila fil meninggal, kaka  ...

orang tua ni memula nak didik anak, sampai anak besar tak sedor ilmu tak cukup mendidik dah bertukor jadi ikut sedap mulut, sebab anak2 mula bekerjaya depa g jauh2 atas alasan kerja jadi xde sape kesah nak tegur sedangkan depa dah cross red line kurang ajor, balik sekali sekala kena maki apa adahal sbb dah tau selok belok gelak2kan saja, masalahnya si tua empunya diri sampai ke sudah tak cermin diri tak sedar anak menantu sekadar tolerate hadap je sekali sekala sehari dua balik padahal takde sape suka dah pun perangai gitu maybe dalam hati syukur masih ada orang tua.
Quote midori888 5-9-2023 08:29 AM
Zazama replied at 2-9-2023 11:35 PM
Dulu, kaka n suami tinggal jauh dr mil. Kaka n mil punya hubungan yg baik. Bila fil meninggal, kaka  ...

org2 tua nie kadang sbb dia dah terbiasa dgn cara hidup dia...sama jugak mcm kita, contoh meols kalu beli barang, balik rumah terus buka dan simpan kat tempat sepatutnyer, kalu org biarkan jer barang2 lama tak berusik, confirm meols akan sakit mata tgk dan of coz mulut akan start bising...the best solution, carik kan your MIL rumah sewa, yg dekat dgn rumah cuols..bila dia dah tak nampak apa yg dia tak suka, hati dia pun tak sakit, dia pun bole hidup aman damai dan happy. Meols suggest umah dkt dgn umah cuols supaya senang hubby cuols nak visit dia utk jlnkan tanggungjawab dia sebagai anak.
Someone meols kenal dah pnh buat mcm nie....dan dia berjaya happy kan arwah mak dia...mak dia happy, dia & hubby pun happy...
Quote green~tea 7-9-2023 08:09 PM
"Waktu suami saya nak balik waktu raya, mak dia tak puas hati siap cakap kalau nak balik kena bawa saya sekali suruh melutut mintak maaf kat mereka semua.


Wow....

Sound effing familiar.... sebijikkkkkkk

Itu ayat exMIL dgn exSIL aku... suruh aku datang rumah exSIL melutut minta maaf.. masalah nya aku konpius salah apa
Quote rara190 8-9-2023 04:05 PM
mcm sama je situasi dengan aku

dulu masa mula2 kawin boleh la aku mengalah sekarang tidak lagi.. laki aku nak jauhkan diri dari keluarga dia silakan. aku tak halang malah aku tak galakan. pada aku dia jaga hati aku dah cukup bersyukur
Quote annehuda 9-9-2023 02:33 AM
Arwah abah aku dulu mcm ni. Dia lebih suka kalau kitorg adik beradik rapat dgn family belah mak. Sebab adik-beradik belah mak aku memang rapat mesra adik beradik la. Even lepas mak aku meninggal pun, abah aku sanggup tu bawak kitorg pegi raya belah ipar duai dia, diorg pun tak segan la dtg raya rumah aku. Mungkin abah aku ni membesar dlm keluarga dia so die nampakla keluarga dia tu toksik mcm mane.
Quote cranell 9-9-2023 11:12 AM
Ambik gambar dengan ic mak mertua tu pastu pegi pinjam along.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.051012 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top